Malam itu, Merelisa memakai gaun labuh, dan menunggu putera Harry di luar pagar. Kuda dinaiki oleh putera itu dan berhenti di luar pagar, bagi Merelisa menaikinya. Dua pengawal di setiap kuda mereka mengiringi mereka berdua.
“Kita nak pergi ke mana?”kata Merelisa.
“Majlis keramaian di pantai bak-bak,”kata putera itu. Merelisa mendakap putera itu agar dirinya tidak tergugat dari kelajuan kuda di jalan besar masuk ke kampung.
“Saya akan kenalkan kamu kepada kawan saya,”kata putera itu lagi.
“Kamu tak maluka? saya…bukan princess,”kata Merelisa sayu,
“Tak tak, jangan cakap begitu Merelisa, kamu bermakna bagi saya,”kata putera itu membuatkan Merelisa tersenyum.
Mereka sampai di tepi pantai, di mana, orang ramai berkumpul. Keramaian itu diundang oleh kerabat diraja. Mereka meletakkan kuda di sebuah garaj. Kemudian, melangkah ke arah orang ramai. Merelisa mengenggam erat tangan putera Harry. Satu-persatu, dia mulai memperkenalkan Merelisa kepada orang berada di situ.
Merelisa sekali-sekala berasa malu, namun dinasihati oleh putera itu. Mereka mencari meja dan kerusi, kemudian, menjumpai meja di sudut kanan pantai. Mereka merasai hidangan makan malam, sambil Merelisa berusaha menggunakan garfu dan pisau selain mengunakan tangan seperti kebiasaannya.
Tidak lama kemudian, mereka dikejutkan oleh suara lelaki ingin menyanyi di hadapan. Merelisa menoleh dan ternampak putera Benedict di pentas. Lampu terang dihalakan ke arah putera itu.
“Saya mencintai seorang gadis namun tidak dibalas, saya ingin dia tahu, dia amat bermakna bagi saya, Merelisa, saya cintakan kamu selamanya,”kata putera itu dan orang ramai bertepuk tangan. Lalu dia menyanyikan lagu. Musik itu membuatkan orang ramai menari di tengah tepi pantai.
Merelisa melihat putera Benedict, dan memahaminya, kemudian, Merelisa berdiri, dan melangkah ke arah putera Benedict. Putera Harry tidak sempat menarik tangan Merelisa. Merelisa sudah di hadapan pentas, dengan putera Benedict yang berhenti menyanyi, namun musik masih berjalan.
Merelisa menampar putera itu. Dia lakukannya supaya putera itu menerima kenyataan, dan kemudian, Merelisa mencapai mikrofon.
“Saya hanya cintakan seorang..iaitu putera Harry,”lalu orang ramai melihat putera Harry di meja yang tersenyum.
“Datanglah ke perkahwinan kami, sebulan nanti,”kata Merelisa, lalu turun dari pentas. Putera Benedict menangis dan berlalu pergi. Dia kemungkinan beredar dari majlis itu. Merelisa melihat putera itu pergi, dan bergerak ke arah putera Harry.
“Kamu harus nyatakan hal itu,”kata putera Harry, tersenyum. Dia menarik kerusi untuk Merelisa. Mereka berbual-bual dan sehinggalah jam 10 malam, mereka hendak balik ke istana. Merelisa dinaikkan ke badan kuda, dan putera Harry juga naik. Setelah sampai ke istana, dayang Merlinda dan Josephine bersedia di luar istana bagi mengiringi Merelisa masuk ke bilik. Merelisa mencium pipi putera dan melambai tangan ke arahnya sebelum berpisah.
Di bilik, dia mencari pakaian di almari, dan ternampak pakaian malam di sana, lalu memakainya. Dia terasa biliknya itu bekas bilik ibu putera Harry kerana terdapat gambar lukisan yang besar, di mana ibu putera itu sedang duduk di kerusi bilik itu.
Dia membaringkan diri di katil, dan tertidur walaupun rindu akan biliknya di istana Lourdon.
Keesokkannya, Merelisa bangun, dan putera Harry mengetuk biliknya. merelisa cepat-cepat berdiri, dan membasuh mukanya.
“Helo, selamat pagi,”kata putera Harry senyum ke arah Merelisa yang masih berpakaian tidur.
“Kamu hendak tukar pakaian dulu?”kata putera itu ketawa kecil.
“Yaa, tunggu sebentar,”kata Merelisa. Merelisa memakai gaun yang sama dipakainya kelmarin.
Dia keluar dari bilik mendapatkan putera itu yang berdiri dengan tangannya ke belakang. Merelisa menaikkan kening dan merenung putera itu.
“Ok saya tahu kamu curiga, ini bunga untuk kamu,”kata putera itu menunjukkan sejambak bunga mawar kepada Merelisa. Merelisa mengambilnya dan meletakkannya ke dalam pasu di meja.
“Mari ke taman,”kata putera itu, berpegang tangan dengan Merelisa sehingga menemui raja Oliver di ruang tengah istana, sedang berbual dengan para menteri yang berkumpul di situ.
“Merelisa,”kata raja itu. Merelisa tunduk hormat, dan tersenyum ke arah lelaki tua itu.
“Enjoy ur time in here,”kata raja Oliver yang tahu akan anaknya yang begitu setia mencintainya.
“Terima kasih tuan,”kata Merelisa, lalu mereka berdua pergi ke taman. Pembantu putera, Brandon mendekati putera Harry, dan berbisik sesuatu di telinganya.
“Apa?”kata putera itu.
Merelisa mengambil bunga hidup di taman sambil meletakkannya ke tepi rambut. Putera Harry kelihatan masam, dan melihat Merelisa di hadapannya.
“Merelisa ada sesuatu kamu perlu tahu,”kata putera itu serius.
“Puteri Benedict…bunuh diri,”kata putera Harry itu, mengejutkan Merelisa.
“Tak mungkin,”Merelisa menekup tangannya ke mulut.
“Ini semua salah saya,”kata Merelisa.
“Dia..mengantungkan diri,”kata putera itu lagi, tunduk ke lantai.
“Dan ianya bukan salah kamu,”kata putera itu lagi.
Merelisa ingin ke istana itu, dan cepat-cepat membawa kuda di luar istana. Putera Harry mengikuti Merelisa dengan cepatnya kuda mereka bergerak.
“Merelisa tunggu saya!”kata putera itu. Merelisa memperlambatkan kuda, dan setelah putera Harry di sebelahnya, barulah dia melajukan kudanya. Mereka sampai di istana negeri Lourdon setelah sejam meredah hutan tebal dan perkampungan.
Upacara pengebumian berlaku pada hari itu juga. Jane dan William di sebalik perhimpunan dayang-dayang dan tukang masak, melambai ke arah Merelisa. Puteri Madonna dilihat memakai pakaian hitam begitu juga raja Hercules. Mereka menangis di tengah orang ramai yang turut bersimpati dengan mereka berdua. Keranda diusung, dan diletakkan di tanah rata di tapak perkuburan nenek moyang raja Hercules.
Rakyat semua bersedih. Merelisa mendekati puteri Madonna, dan puteri Madonna terkejut melihat Merelisa.
“Anak saya mati sebab kamu!”kata puteri itu. Putera Harry cepat-cepat bergerak ke arah Merelisa.
“Ini bukan masanya mempersalahkan sesama kita, kami bersimpati dengan kematian anak kamu, puteri Madonna, tapi ini bukan salah Merelisa,”kata putera Harry, semua orang melihat mereka berdua silih berganti. Setelah upacara pengebumian berlangsung, Merelisa berjumpa Jane. William datang di sebelah Jane sambil tunduk hormat kepada putera Harry.
“Dia tinggalkan kamu ni,”kata Jane memberi suatu kad kecil.
“Selamat berbahagia Merelisa,”baca Merelisa, lalu menitiskan air mata. Putera Harry memeluk Merelisa yang sebak.
“Ini bukan salah kamu,”kata putera itu.
Jane menenangkan Merelisa, dan William tunduk ke tanah. Orang ramai beransur pulang ke rumah mereka, meninggalkan raja Hercules, dan puteri Madonna bersama pengawal istana mengiringi mereka berdua.
Putera Harry berhadapan dengan raja Hercules, dan menyatakan simpatinya. Raja Hercules memanggil Merelisa, dan melihatnya,
“Kamu tinggal di istana Blue Head? Teruskan…supaya tiada sesiapa terluka lagi termasuk anak saya ni.. dia seorang yang degil, dan ingin mencapai matlamatnya tidak kira apa…dalam kes ni, dia tidak dapat memiliki kamu, Merelisa, sebab itu, dia tekad membunuh dirinya sendiri,”kata raja Hercules.
“Dan ini bukan salah kamu,”kata raja Hercules. Merelisa tersenyum pahit. Air mata tidak berhenti mencurah-curah ke pipi.
“Apapun selamat berbahagia, buat kamu berdua,”kata raja itu lagi, lalu meninggalkan putera Harry bersama Merelisa, di tapak perkuburan itu. Putera Harry memegang tangan Merelisa, dan menciumnya.
“Mari balik,”
Tq kepada semua saporter!!! Harap enjoy baca semua karya saya!
Share this novel