Jane mengekori Merelisa yang bersama putera Benedict di taman istana. Pembantu putera itu disuruh meninggalkan mereka berdua. Jane dengan William pula masih berbincang untuk mencari jalan agar jampi itu hilang.
“Saya akan minta bantuan Leo,”kata William. Leo merupakan orang tua yang bijak membuat penawar bagi penyakit. Dia seorang tabib istana. Jane naik ke atas kuda, dan William juga naik ke kuda bersama Jane. Mereka meredah kampung dan hutan untuk sampai di sebuah rumah besar berkayu.
“Knok. Knok. Knok,”pintu rumah diketuk William.
“Harap dia boleh bantu,”kata Jane. Pintu dibuka, dan kelihatan seorang lelaki tua berjambang tebal berdiri di hadapan mereka.
“Apakah yang kamu mahu?”kata Leo.
“Kawan saya, Merelisa dijampi bagi menyukai putera Benedict, adakah cara untuk menghilangkan jampi tu?”kata Jane tidak ingin membuang masa. Leo berfikir sedalamnya.
“Kamu ada jumpa apa-apa?”kata Leo memandang mereka dengan tajam.
“Serbuk hijau,”kata Jane.
“Itu jampi penggoda,”kata Leo.
“Saya rasa ada caranya untuk menghilangkannya,”
………
Merelisa duduk di sebelah putera Benedict, sambil putera Benedict mendakap Merelisa dari belakang. Mereka berpandangan tanpa menghiraukan keadaan sekelilingi. Tiba-tiba, datang rombongan putera Harry, dari negeri Blue Head.
Ketika itu, Merelisa bangun, dan menuju ke tengah istana. Jane dan William datang ke luar istana, meletakkan kuda di dalam kandang lalu, mencari masa untk membawa Merelisa ke kandang itu. Namun Merelisa dilihat menampar putera Harry yang ingin membawanya pergi. Putera Benedict tersenyum-senyum. Merelisa memegang tangan putera Benedict dan menyuruh putera Harry pergi dari situ. Jane dan William segera mengikuti putera Harry. Ketika putera Harry keluar dari pagar istana dengan hati hancur, Jane dan William datang kepadanya.
“Putera Harry, ada sesuatu kamu patut tahu,”kata Jane. Putera Harry menyembunyikan air matanya yang berguguran.
“Apa lagi harus saya dengar, wanita yang saya cintai memilih orang lain,”kata putera itu marah.
“Dia dijampi!”kata Jane.
“Apa?”putera itu turun dari kuda, memandang mereka berdua.
“Awal pagi ni, Merelisa dibawa oleh putera itu untuk dijampi penggoda, selepas itu, Merelisa berubah sikap. Semua perhatiannya untuk putera Benedict,”kata Jane.
“Haruskah saya percaya kamu?”
“Harus putera Harry, kamu kena berjuang demi cinta kamu!”kata William.
“Bagaimana menghilangkan jampi itu?”kata putera itu mulai percaya mereka.
“Dengan ciuman dari lelaki lain,”kata Jane.
“Mean saya harus cium Merelisa di hadapan putera tak guna tu,”kata putera Harry.
“Yup, itu akan menghentikan jampi,”
“Baiklah saya boleh buat,”kata Harry. Jane dan William berpandangan. Leo yang sudah memberitahu mereka cara untuk menghilangkan jampi. Namun, jika tidak berkesan, jampi serbuk hitam harus dimasukkan ke dalam minuman Merelisa, agar dia meminumnya, lalu menghilangkan ingatannya mengenai putera itu, agar dia kembali normal.
Putera Harry kembali ke istana, mencari-cari Merelisa. Puteri Madonna berjumpa dengan putera itu dan mengajaknya makan tengahari. Dia berfikir itulah saatnya dia akan menghentikan jampi. Sudah pasti Merelisa akan berada di samping putera Benedict.
Tengahari itu, juadah dihidangkan di meja dapur yang besar, dengan puteri Benedict dan puteri Madonna duduk di kanan meja, manakala, putera Harry duduk bertentangan putera Benedict memandangnya dengan tajam. Merelisa pula berdiri di samping putera Benedict.
“Merelisa kamu boleh pergi,”kata puteri Madonna.
“Tak ibu, dia kekal bersama saya,”kata putera Benedict.
“Atau tak,”kata putera Harry, lalu berdiri dan mendekati Merelisa yang terkejut dengan perbuatan putera itu. Putera Harry menarik pinggang Merelisa dan menciumnya dengan lama. Putera Benedict marah, dan menolak putera Harry. Mereka bergelut, sehingga puteri Madonna memanggil pengawal untuk meleraikan pergaduhan mereka.
“Kamu tak akan mendapatkan Merelisa!”kata putera Harry. Merelisa dilihat meliarkan mata sekeliling bagai baru sedar dia berada di situ. Dia ternampak dua putera yang bergelut, dan dia mendekati mereka.
“Cukup! Putera Benedict!”kata Merelisa, dan putera Benedict memegang tangan Merelisa. Merelisa meronta-ronta, dan melepaskan genggaman putera itu.
“Apa yang sudah dilakukan saya?”kata Merelisa.
“Kamu dijampi oleh putera ni!”kata putera Harry lalu menarik Merelisa keluar dari ruangan itu.
“Saya tak ingat apa-apa lagi,”kata Merelisa.
“Its ok, saya akan bawa kamu ke istana saya mulai saat ini, agar putera tu tak kacau kamu lagi,”putera Harry menaikkan Merelisa ke atas kuda, dan dua pengawalnya naik ke atas dua kuda bagi mengikutinya dari belakang.
“Tapi puteri Madonna.. pasti marah saya,”kata Merelisa. Tidak lama kemudian, Jane datang bersama William.
“Kamu harus ikut putera Harry, kamu tak selamat berada di samping putera Benedict,”kata Jane memahami situasi.
“Jaga dia baik-baik putera Harry,”kata Jane.
“Terima kasih kepada kamu berdua,”kata putera Harry tersenyum pahit. Pengawal istana diarahkan oleh putera Benedict mengambil kembali Merelisa, namun mereka tidak berjaya. Puteri Madonna mematikan arahan itu. Menyuruh semua pengawal membuat kerja masing-masing. Dia perlukan penjelasan dari anaknya itu.
“Apa yang dicakapkan putera Harry itu, betul ka?”kata puteri Madonna, melihat putera Benedict yang lebam pada mata sebelah kanannya.
“Sebab saya cintakan Merelisa!”kata putera itu.
“Tapi itu salah, Benedict! Kamu gunakan jampi untuk dia sukakan kamu!”kata puteri itu.
“Saya sarankan kamu berdiam di istana, tak boleh keluar sehingga majlis perkahwinan mereka berlangsung, dan kamu jangan kacau lagi mereka berdua!”kata puteri Madonna lalu pergi meninggalkan anaknya di ruang meja dapur itu. Putera Benedict berdiri dan menjatuhkan makanan ke lantai. Pembantu putera mengambil makanan itu dan mengemaskannya.
“Putera Benedict, kamu tak seharusnya berbuat demikian terhadap Merelisa,”kata Daniel yang risau akan putera itu.
“Kamu yang akan terluka pada akhirnya,”kata Daniel lagi ingin putera itu sedar.
“Banyak lagi wanita di luar sana, menanti kamu,”kata Daniel lalu memberikan putera itu tisu muka bagi mengelap mukanya yang berpeluh sejuk.
“Tak Daniel, Merelisa adalah destini saya,”kata putera itu.
“Tak putera Benedict, sedarlah, mereka berdua akan kahwin, jangan ganggu mereka lagi,”lalu putera Benedict menangis, dan beredar ke luar istana. Dia menaiki kuda yang dibawanya dari kandang kuda.
……….
Merelisa mendakap pinggang putera Harry, dan melihat pemandangan. Mereka merentasi hutan tebal sehingga sampai ke negeri Blue Head dalam masa sejam. Di luar istana, putera Harry menurunkan Merelisa dari kuda, dan bersama-sama masuk ke dalam istana yang besar.
“Di sini, kamu akan selamat,”kata putera itu memegang tangan Merelisa dan membawanya ke ruang besar istana,
“Jaga dia,”kata putera Harry kepada dua orang dayang. Merelisa diiringi masuk ke sebuah bilik luas. Di situ, disediakan katil yang empuk dihiasi manik-manik halus di tepinya. Dayang itu membawa teh untuk Merelisa biarpun Merelisa tidak mahu dilayan oleh mereka berdua.
“Putera Harry, menyuruh kamu bersiap malam ni, dia ada kejutan untuk kamu, wahai cik Merelisa,”kata dayang yang berambut panjang itu.
“Kamu siapa nama?”kata Merelisa ingin mengenali dua dayang itu.
“Ini Merlinda, dan saya Josephine,”kata Josephine tersenyum. Mereka berdua memakai gaun panjang, berwarna putih susu. Merelisa ke katil, dan memejamkan mata mengenangkan betapa rindu dia akan Jane dan Zack di bilik mereka.
Share this novel