Bab 2 : Bertembung

Romance Series 2571

"Apapun selamat hari lahir!”kata Jane lalu mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poketnya.
“Bukalah,”kata Jane tersenyum lebar. Merelisa membukanya dan ternampak kelip rambut yang bertahtakan permata besar.
“Itu dari negeri jiran, Samson, bulan lalu saya pergi bersama William, harap kamu suka,”kata Jane riang.
“Terima kasih, ni adalah hadiah terbaik saya pernah dapat..well.. sebelum-sebelum ni pun terbaik, tapi ni lebih bermakna, terima kasih Jane,”kata Merelisa lalu memeluk kawannya itu.
Setelah itu, Merelisa kembali ke istana untuk menyediakan tuala dan pakaian malam kepada puteri Madonna. Dia masuk ke bilik, dan ternampak kertas yang sama seperti yang dipegang oleh putera Benedict. Dia membaca kertas itu. ianya bertulis;
“Meraihkan kemenangan terbesar pimpinan putera Harry Oliver, sebagai waris raja, mendapat hadiah terbesar dari negeri Samson, piala kebajikan kerana membantu rakyat Samson dan rakyat negeri Bird Head..”baca Merelisa, dan dia tertanya-tanya, siapakah yang menulis kertas itu. Itu merupakan pesanan berita dari negeri jiran mereka. Negeri mereka itu bernama Lourdon, manakala negeri Bird Head diketuai oleh raja Oliver. Dia tidak pernah berjumpa raja itu, apalagi puteranya. Dia tidak pernah pergi ke negeri jiran kerana tugasnya berada di istana bersama puteri Madonna, isteri raja Hercules.
“Saya sudah siap, mana tuala?”kata puteri Madonna keluar dari bilik air. Merelisa memakaikan pakaian malam untuk puteri itu lalu membawanya segelas teh suam.
Selepas itu, dia kembali ke biliknya berdekatan dapur, dengan ruang sempit disatukan dengan katil kecil. Mejanya juga kecil, namun penuh dengan buku. Dia seorang yang sukakan buku sejak kecil. Dia ternampak gambar dia dan Panthom. Panthom pula sudah diberi ganjaran oleh raja Hercules kerana menjaga Merelisa dan Jane. Dia kini, hidup bekerja di sebuah kedai makan, dengan rumah sewa berbekalkan duit dari istana.
Sudah lama, dia tidak melawat Panthom. Sudah lebih setahun. Dia rindukan Panthom yang menjadi ayah baginya dan Jane selama mereka hidup mengemis sejak kecil.
Keesokkannya, Merelisa bangun awal pagi, cepat-cepat bergerak ke bilik puteri Madonna, untuk mengurus mandiannya. Semasa puteri Madonna mandi, dia mengambil masa berjumpa Jane. Di kandang kuda, Jane sedang membersihkan badan kuda. Merelisa mendekati Jane, dan mengejutkannya.
“Aiss sakit jantung tau!”kata Jane, dengan Merelisa yang ketawa terbahak-bahak.
“Saya dengar ada putera datang ke istana pagi ni,”kata Jane.
“Dari mana kamu dengar?”
“Buah mulut pengawal dan William,”kata Jane. Membuatkan Merelisa mengingati kertas bertulis di bilik puteri Madonna itu.
“Siapa?”
“Tak tahu, yang pasti putera dari negeri jiran,”kata Jane.
“Siapa agaknya,?” selepas berjumpa Jane, Merelisa bergerak ke ruang tengah istana, dan ternampak putera Benedict beserta Raja Hercules duduk di pelamin yang mempunyai tiga kerusi emas. Dayang dan pengawal berada di kiri dan kanan mereka, bersama pembantu putera juga, termasuk Daniel.
“Saya mengalu-alukan kedatangan kamu,”kata seorang lelaki berpakaian formal, sambil tunduk hormat. Raja Hercules berdiri, dan mengambil sekeping kad dari tangan lelaki kacak itu.
“Baiklah kami akan memberitakan kepada semua rakyat jelata Lourdon,”kata raja Hercules.
“Ianya minggu depan, diharap secepatnya berita ini diperluaskan,”kata lelaki itu lagi, lalu tunduk hormat. Selepas itu, lima lelaki mengiringi lelaki yang kacak itu, sehingga keluar ke pintu istana. Kuda hitam sudah menunggu mereka di luar istana. Merelisa berada di sebelah kanan istana, dari sudut pintu yang kecil. Dia mengintai dari jauh sahaja. Dia menemui putera Benedict, yang tersenyum ke arahnya.
“Hei saya dah lama cari kamu,”kata putera itu. Dia memeriksa leher Merelisa yang menunjukkan ketiadaan rantai itu. Dia berasa hampa sedikit kerana Merelisa tidak memakainya.
“Apa kamu tingu ni? Minta maaf, saya tergesa-gesa pagi ni untuk membangunkan puteri..terlupa pakai rantai pemberian kamu,”kata Merelisa tersengih-sengih ke arah putera.
Putera itu tersenyum.
“Saya hendak berburu, nak ikut?”
“Tak lah, kamu tahu, saya tak suka haiwan dibunuh sesuka hati,”kata Merelisa mencebik bibir.
“Baiklah,”putera itu melihat Merelisa pergi mendekati ibunya, dan mengiringi keluar ke taman.
Putera itu pula keluar dari istana untuk pergi berburu. Ada tiga lelaki menemaninya termasuk Daniel. Merelisa pula menemani puteri Madonna di taman istana, sambil berjalan-jalan melihat kolam berisi ikan emas. Kolam itu pemberian raja Hercules kepada isterinya itu.
“Puan, boleh tahu siapa lelaki tu yang datang ke istana?”kata Merelisa gagap berkata kerana bimbang dia akan dimarahi kerana ingin masuk campur dalam hal istana.
“Dia? Putera Harry Oliver, dia datang untuk mengundang seluruh rakyat negeri ni termasuk kami, bagi majlis hari lahirnya ke 20 tahun. Negeri Blue Head,”kata puteri Madonna, melegakan hatinya yang bimbang dimarahi.
“Dan kamu…tak patut datang ke istana itu jika tak memakai pakaian yang indah dilihat,”kata puteri itu sombong. Dia melihat Merelisa dari bawah ke atas.
“Dan kamu tak sesuai untuk datang biarpun menjadi cantik dengan gaun dan mekap,”Merelisa sedikit geram akan hal itu, namun dia memendamkan sahaja. Dia bergerak ke ruang tengah istana, dan ternampak raja Hercules berbincang dengan para menteri. Keadaan ekonomi turun kerana musim kemarau di negeri itu. Mereka meminta bantuan negeri Samson untuk memberikan mereka bekalan beras dan lain-lainnya. Oleh sebab itu, raja Hercules melawat raja Joseph.
“ Jane, putera itu bernama putera Harry Oliver, mengundang semua rakyat Lourdon untuk datang ke majlis hari lahirnya pada Sabtu hadapan, sebelah siang sehingga malam,”kata Merelisa, menunggu respon kawan baiknya itu yang sedang menyikat bulu halus kuda.
“Hmm…mean, semua dialu-alukan, betul tak?”
“Yup, sepertinya macam tu,”kata Merelisa mengayakan tangan ke udara.
“Sudah lama saya tak pakai gaun, saya nak ke majlis tula! Bila majlis tu diadakan?”
“Sabtu hadapan, sebelah siang sehingga malam,”kata Merelisa mengingati perbicaraan puteri Madonna.
“Mari ke sana!”kata Jane riang.
“Hmm.. maybe kita akan sibuk dengan kerja masing-masing, saya akan mengurus puteri Madonna yang tentu ingin memakai gaun cantik, dan bermekap tebal, manakala kamu, menyediakan kuda yang bersedia untuk dibawa berjalan,”kata Merelisa panjang.
“Well.. tak salahkan ikut, semua dialu-alukan, kita tak patut lepaskan peluang..dan saya tahu, kamu pasti terjumpa jodoh di sana!”kata Jane teruja. Merelisa menaikkan mata ke atas dan memeluk tubuh.
“Jangan terlalu gembira sangat, ok saya nak balik ke istana,”kata Merelisa, lalu meninggalkan Jane. Di luar istana, dia ternampak seorang lelaki yang tidak asing buatnya sedang berbual-bual dengan pengawal, dan dia mulai naik ke badan kuda. Merelisa terasa kasutnya rosak, dan berhenti di tengah jalan, sehingga menyebabkan kuda yang dinaiki lelaki itu terhenti. Kuda itu mendengus kuat.
“Maafkan saya..kasut saya..”dia memandang lelaki itu yang tersenyum melihatnya dari atas kuda. Lelaki itu turun ke tanah, dan menghulurkan tangannya.
“Err.. patutka saya tunduk hormat..”
“Its ok, mari berikan kasut kamu,”kata lelaki itu tersenyum. Dia sungguh kacak apabila mendekatinya. Dia ialah putera Harry Oliver seperti yang dibicarakan oleh puteri Madonna.
Kasut itu digerakkan dan lelaki itu mengembalikan kasut itu ke tangan Merelisa.
“Kasut itu terbuka alasnya, perlukan kasut baru,”kata lelaki itu mengerdipkan mata melihat Merelisa.
“Ok.,. maafkan saya tuan, kerana menghalang perjalanan kamu,”kata Merelisa mengaru kepala. Lalu tunduk hormat.
“Kamu, kerja di istana ni?”
“Yaa.. saya sebagai dayang,”
“Well.. tak sabar tingu kamu ke majlis hari lahir saya sabtu hadapan,”kata putera itu tersenyum lebar. Mereka bertentangan mata, sehingga ada saatnya Merelisa terasa tenang melihat mata biru lelaki itu.
“Saya..tak pasti akan datang,”kata Merelisa jujur.
“Dan saya harap kamu datang wahai cik..”
“Merelisa,”kata Merelisa tersenyum.
“Nama pun cantik seperti orangnya,”kata putera itu lama bertentangan mata dengan Merelisa.
“Ok saya rasa menjadi penghalang bagi kamu meneruskan perjalanan, ok saya pergi masuk dulu,”kata Merelisa tersengih-sengih dan tunduk hormat ke arah putera itu. Putera itu tersenyum-senyum, dan memerhatikan Merelisa yang masuk ke dalam istana sebelum menaiki kudanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience