Bab 5 : Jatuh Cinta

Romance Series 2571

Mereka naik ke atas kuda, dan menunggangnya merentasi sempadan negeri Lourdon dan negeri Blue Head. Perjalanannya mengambil masa sejam untuk sampai di sebuah istana yang besar tersergam indah dengan lampu biru di luar istana. Banyak pengawal istana mengalu-alukan orang ramai ke majlis hari lahir dan majlis pertunangan itu.
“Wow,”kata Jane setelah turun dari kuda. Kuda mereka diletakkan di luar pagar, sambil Jane memberikan mereka lobak. William pula memakai kot hitam formal untuk majlis. Dia memegang tangan Jane, dengan Merelisa yang bergerak perlahan di belakang mereka. Setelah berjalan untuk masuk ke istana, pintu istana terbuka, dan lelaki di sebelah menyebelah pintu berbisik kepada mereka.
“Kamu siapa nama, wahai saudara saudari?”kata lelaki itu kepada Jane dan William.
“Cik Jane Mahone, saya, Encik William Robert, dari negeri Lourdon,”kata William. Kemudian lelaki itu menganggukkan kepala, dan melantangkan suara.
“Ini Cik Jane Mahone, dan Encik William Robert, dari negeri Lourdon!!”kata lelaki itu, dan semua orang di majlis itu melihat mereka berdua.
Kemudian, tibalah giliran Merelisa. Merelisa berbisik kepada lelaki itu, dan lelaki yang merupakan pengawal istana melantangkan suara.
“Ini Cik Merelisa James, dari negeri Lourdon!”kata lelaki itu lalu tersenyum.
“Enjoy the event!”kata lelaki itu kepada Merelisa. Tiba-tiba, semua mata melihat Merelisa di atas tangga itu. Kelihatan semua orang melihatnya tanpa berkelip, lalu ada sesetengah mereka berbisik dan para lelaki pula terpesona melihat Merelisa.
Merelisa memegang skirt kembangnya, sambil perlahan-lahan turun dari tangga menuju ke tengah istana besar itu. Ketika sampai di aras bawah, semua orang masih melihatnya. Kemudian, seorang lelaki dari beranda atas melihat Merelisa juga. Dia adalah putera yang bertembung dengan Merelisa di hadapan istana. Putera Harry Oliver. Dia turun dari beranda dan mendekati Merelisa.
“Kamu datang,”kata putera itu. Merelisa terkejut dengan sapaan putera itu. Hampir sahaja dia menjatuhkan gelas kaca di tangannya selepas seorang pelayan memberinya wain itu.
“Hei jangan terkejut, saya putera Harry,”kata putera itu lalu tersenyum melihat Merelisa.
Merelisa tunduk hormat, dan meliarkan mata mencari Jane dan William. Mereka berdua sudah hilang dari pandangannya. Kemudian, tiba-tiba, musik bertukar kepada lagu nostalgia yang perlahan-lahan. Kelihatan lelaki mencari pasangan menari di antara wanita di majlis itu. Putera Harry menghulurkan tangan ke arah Merelisa.
“Bukankah kamu ada tunang?”kata Merelisa. Putera itu terkejut, dan mulai berubah mukanya.
“Dia..anggap saja, saya lebih tertarik dengan kamu,”kata putera itu dan Merelisa terkejut.
“Tak tak, kamu tak boleh berlaku curang, hari ni majlis pertunangan kamu,”kata Merelisa.
“Merelisa mahuka kamu menari dengan saya?”Lama-kelamaan Merelisa tunduk dan menghembuskan nafas. Dia mengambil tangan putera itu, dan berasa serba salah terhadap bakal tunangnya.
“Kamu tak takutka dia melihat kamu?”kata Merelisa berbisik sambil bergerak ke kiri dan kanan dipegang oleh putera Harry.
“Well pertunangan dan perkahwinan, adalah tugas,”kata putera itu. kemudian, musik ditukar, dan putera itu menarik tangan Merelisa menuju ke sebuah pintu keluar ke taman. Tiada orang di taman itu. Putera itu berasa lega dapat bersendirian dengan Merelisa.
“Kamu nak bawa saya ke mana?”kata Merelisa bingung.
“Di buaian taman,”putera itu menyuruh Merelisa duduk di tempat duduk buaian sementara dia berlutut di tanah.
“Merelisa ada sesuatu dengan kamu yang saya suka,”kata putera itu.
“Apa dia?”
“Ketenangan dan sederhana, saya rasanya jatuh cinta kerana itu,”kata putera itu meluahkan isi hatinya.
“Tak tak tak, kamu akan bertunang malam ni,”kata Merelisa.
“Saya sudah berbincang dengan puteri Marian, dia juga tak mahu bertunang, dia akan memutuskan pertunangan malam ni setelah berbincang dengan keluarganya, jadi malam ni, saya tak akan bertunang,”
“Dengan ini diumumkan, tiada pertunangan yang berlaku,”suara lelaki memakai mikrofon kedengaran dari ruang istana.
“See, puteri Marian sukakan orang lain,”kata putera itu. Merelisa mengerti, dan melihat ke arah langit. Penuh bintang-bintang.
“Cantikkan langit,”kata Merelisa. Putera itu tidak melihat langit, sebalinyak melihat Merelisa. Putera itu lama-kelamaan memegang tangan Merelisa, dan Merelisa mengenggam tangan putera itu sambil tersenyum.
Mereka mendekatkan diri, dan Merelisa tidak sangka dia juga mulai suka akan putera itu. Orangnya jujur dan kacak. Kemudian, mereka mendekatkan diri, dan Merelisa cepat-cepat mencium pipi putera itu. Putera itu kemudiannya, memegang tangan Merelisa, dan Merelisa berdiri untuk memandang putera itu.
“Saya tahu ni sungguh cepat, tapi mahuka kamu bersama saya, Merelisa?”kata putera itu.
“Saya sudi,”kata Merelisa mengandaikan dia akan berhenti menjadi dayang, dan pergi ke negeri itu untuk bersama putera. Mereka berpegangan tangan, dan melihat langit yang dipenuhi bintang-bintang. Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu putera, dan meminta maaf kepada putera Harry kerana menganggu suasana mereka yang romantik.
“Raja Oliver ingin berjumpa kamu, putera Harry,”kata pembantu itu. Putera itu menarik tangan Merelisa, dan menyuruhnya datang bersama-sama.
“Kamu yakinkah ayah kamu akan setuju?”kata Merelisa. Putera itu mengeluh.
“Saya akan cuba yakinkan dia,”
Mereka berjalan masuk ke dalam istana, pergi ke aras dua, di mana, raja Oliver sedang duduk di kerusi, memerhatikan orang ramai dari atas. Merelisa takut. Dia memikirkan raja itu akan menghalang mereka berdua dari bersama.
“Ayah,”kata putera itu tunduk hormat, dan Merelisa juga tunduk hormat.
“Nampaknya kamu bersama gadis lain,”kata raja itu.
“Puteri Marian sudah menghentikan pertunangan kami, kami cintakan orang lain, ayah,”kata putera itu memandang ayahnya yang berjanggut putih sehingga dada. Dia memakai mahkota besar dengan pakaian formalnya.
“Dia..siapa? orang biasa?”kata raja itu.
“Dia Merelisa, ayah, seorang dayang istana negeri Lourdon,”
“Dayang? Ok baiklah,”kata raja itu sambil menyepetkan mata melihat Merelisa, dari atas sampai bawah. Merelisa terkejut, dan putera itu mengenggam erat tangan Merelisa.
“Jangan takut,”kata putera itu berbisik ke arah Merelisa.
“Dengan satu syarat, kamu kena minta maaf dengan puteri Marian, kerana kamu memilih orang lain,”kata raja itu, lama-lama, menghilangkan rasa gundahnya. Dia tersenyum ke arah Merelisa, dan Merelisa tersenyum lebar.
“Terima kasih, tuan!”kata Merelisa.
“Perkahwinan akan diadakan bulan hadapan,”kata raja itu, lalu tersenyum.
“Tapi kami baru kenal,”kata Merelisa. Raja itu ketawa, dan putera itu berhadapan dengan Merelisa, dan mengambil tangannya untuk dicium.
“Sebulan masa kenal, masih ada masa,”kata putera itu tersenyum. Merelisa juga tersenyum.
“Merelisa!”kata Jane dari aras bawah istana, dia terkejut melihat raja Oliver dan putera Harry, dan cepat-cepat melambai ke arah Merelisa.
“Nampaknya kawan saya mencari saya,”kata Merelisa kepada putera itu.
“Baiklah, saya akan berada di sini,”kata putera itu tersenyum ke arah Merelisa, dengan muka kacaknya.
Merelisa mencium pipi putera itu, dan kembali ke arah Jane. Merelisa menceritakan segalanya kepada Jane, dan Jane melonjak gembira.
“Kamu akan kahwin dengan putera! Yass!”kata Jane melompat-lompat mempedulikan gaunnya yang labuh.
Merelisa hanya senyum, dan dia ternampak seorang lelaki mengintai dia dari jauh. Itu putere Benedict. Dia mendekati Merelisa, dan menyapanya.
“Merelisa saya dah lama cari kamu,”kata putera itu. Merelisa tidak berani bertentangan mata dengan putera itu.
“Well…saya di sini, dengan Jane,”kata Merelisa.
“Mahuka kamu menari dengan saya?”kata putera itu mengharap Merelisa akan setuju. Merelisa mendongak ke atas ke arah putera Harry yang berbual dengan ayahnya.
“Tak tak, saya tak pandai menari,”kata Merelisa membuat alasan.
“Biar saya menari dengan kamu,”kata Jane lalu mengambil tangan putera itu yang tidak dapat melarikan matanya ke arah Merelisa bersama perasaannya yang hampa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience