BAB 8

Horror & Thriller Completed 708

“Tu! Dekat jam antik tu!” Razif bercakap dalam suara yang tersekat-sekat.

“Oh! Cerdik. Di situ kau simpan, ya!” Lelaki itu menyumbat kembali mulut Razif. “Ni, hadiah untuk kau!”

Lelaki itu melangkah ke arah jam antik tersebut. Dia menjenguk ke dalam lubang di tengah peti jam antik. Badannya tiba-tiba kaku. Lelaki itu berundur beberapa langkah sebelum rebah. Senyap!

“Oii... lamanya!” Dub! Dub! Dub! Seorang lagi lelaki atau perompak turun dari tingkat atas.

“Eh?” Terbeliak mata perompak yang kedua itu apabila mendapati rakannya terbaring di depan jam antik. Dia berpaling ke arah Razif. Masih terikat. Mulut masih tersumbat.

Dia pun mendekat Razif dan memeriksa ikatan di tangan dan di kaki Razif. Pada ketika itulah, perompak yang pertama tadi bangkit semula.

“Oii, engkau ni!” Terkejut perompak kedua apabila perompak pertama mendekatinya secara senyap-senyap. Tangannya menggenggam pisau. Perlahan-lahan dia mengacukan pisau itu ke leher perompak yang kedua.

Razif menyaksikan situasi yang mencemaskan itu dengan hati yang kuat-kuat berdebar-debar. Jantungnya seperti diramas beberapa kali dengan pantas. Orang-orang jahat itu akan saling berbunuhan!

Tik! Tok! Tik! Tok! Kedengaran bunyi hayunan bandul dari jam antik itu. Jam antik itu tiba-tiba hidup kembali. Jam antik itu pun berdenting tiga belas kali.

Ketika itu, Razif berusia 7 tahun. Dia lebih tua berbanding adik-adik angkatnya.

“Razif, hari ini Razif ikut emak dah ayah tau,” pesan Ayah Razif.

“Razif nak ajar adik-adik. Nak ajar Matematik.” Razif cuba menolak.

“Tak boleh. Setiap hari Sabtu dan Ahad, Razif kena ikut mak dan ayah!”

“Kenapa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience