BAB 7

Horror & Thriller Completed 708

“Bangun, Razif !”

Razif tersedar. Dia mendapati dirinya masih di ruang tamu. Hujan masih lebat di luar rumah. Razif cuba bangkit, tetapi tidak dapat. Tangannya dan kakinya terikat! Mulutnya pula telah disumbat dengan kain!

Apa yang dah berlaku ni? Razif terdengar bunyi tapak kaki orang di tingkat atas. Pencuri! Ada pencuri masuk ke dalam rumah?

“Eh, Bos! Dia dah sedar dah Bos!” Tiba-tiba Razif terdengar suara seorang lelaki dewasa di tingkat atas. “Macam mana ni, bos?”

“Kau pergi tanya dia, mana barang-barang berharga dalam rumah ni.”

“Cepat, bodoh! Nanti mak ayah dia balik, susah!”

Dub! Dub! Dub! Bunyi kaki menapak turun tangga. Kelihatan seorang lelaki sederhana tinggi berdiri di depan Razif. Dia memakai sarung topeng. Cuma mata dan mulutnya sahaja yang kelihatan. Dia meletakkan hujung mata pisau ke leher Razif.

“Kau cakap sekarang, mana semua barang-barang kemas, duit, apa-apa sahaja benda berharga dalam rumah kau ni!”

Razif cuba bercakap, tetapi mulutnya sudah disumbat dengan kain.

“Oh, lupa pula! Mulut kau tersumbat.” Lelaki itu merapati Razif. “Aku akan bagi kau peluang bercakap, tapi kalau kau cuba menjerit, aku bunuh! Kau faham? Kalau faham angguk!”

Razif pantas mengangguk beberapa kali.

“Bagus!” Lelaki itu pun menarik keluar kain yang menyumbat mulut Razif.

“Mana? Cakap sekarang!” Garang sekali suara lelaki itu. Razif menggigil ketakutan.

‘Jangan risau, Bang. Suruh dia datang sini.” Suara budak lelaki, tiba-tiba berbisik ke telinganya. Bulu roma Razif meremang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience