BAB 6

Horror & Thriller Completed 708

“Sembunyi! Kamu semua sembunyi cepat!” Pasangan suami isteri itu sangat takut, kalau-kalau mereka akan menculik anak-anak yatim peliharaan mereka, untuk dijual.

Oleh itu dia telah mencipta satu pintu rahsia di sebalik dinding rumah itu, dan disembunyikan di sebalik jam antik tersebut. Jam antik tersebut sangat besar.

“Bayar hutang kami, atau rumah ini kami bakar!”

Si suami membayar setakat yang mampu. Namun bunga hutang meningkat setiap hari. Mereka tidak ada jalan lagi. Mereka tahu bila pengutip hutang akan datang.

Apabila pengutip hutang datang, mereka tidak akan berada di rumah bersama-sama anak kandung mereka. Budak-budak yang lain itu pula diminta bersembunyi di bilik rahsia itu.

Pengutip hutang sangat marah. Rumah itu dibakar, tetapi jiran-jiran sempat memadamkannya. Sebelas orang anak yatim ketakutan, tidak mahu keluar dari persembunyian. Mereka ditemui mati lemas di dalam bilik rahsia itu.

Pasangan suami isteri itu menangis dan kesal kerana menganggap kematian budak-budak itu adalah disebabkan kesalahan mereka. Pengutip hutang pula diburu dan berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Pasangan suami isteri itu juga ditangkap, mereka menyerahkan anak kandung mereka kepada sepasang suami isteri, yang juga merupakan rakan niaga mereka. Pasangan suami isteri yang mandul. Anak tersebut adalah Razif sendiri.

Razif mengalami kemurungan yang dahsyat selepas mengetahui kisah kematian adik-beradik angkatnya yang lain.

Dia dihantar untuk menerima rawatan mental. Ingatan Razif terhadap tragedi yang menimpa keluarganya dilenyapkan secara beransur-ansur.

Cahaya berwarna jingga memancar.

“Razif !” Suara itu bergema berulang-ulang kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience