BAB 5

Horror & Thriller Completed 708

Razif bagaikan terpukau. Dia menapak langkah demi langkah, menuju ke pintu rumah. Tangannya mengigil semasa dia membuka kunci. Pintu dibuka perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya Razif, apabila didapatinya terdapat sekitar sebelas orang budak kecil, lelaki dan perempuan sedang berkumpul di luar rumah.

“Siapa? Siapa mereka semua ni?” Razif kehairanan. Bulu romanya meremang.

“Jangan bimbang. Kami bukan musuh Abang.” Habis sahaja berkata-kata, kesemua budak itu pun berlari menerpa ke arah Razif. Razif rebah. Dia jatuh terlentang. Badannya menjadi sangat lemah.

Pandangannya semakin kabur. Dalam keadaan separa sedar itu, dia sempat melihat budak-budak tadi berlari masuk ke lubang tempat bandul jam berhayun itu tadi.

Budak lelaki yang mula-mula dilihatnya tadi berdiri di depan jam antik itu. Tangannya menyentuh badan jam antik itu. Dia berpaling ke arah Razif yang sedang dalam keadaan separa sedar, sambil berkata, “Ini rumah kami. Abang pun dulu, sama seperti kami. Jangan lupa.”

Budak itu pun melangkah masuk ke dalam peti jam antik itu. Pandangan Razif bertukar kelam. Gelap.

Ia adalah satu cerita lama. Ketika itu, ada sebuah rumah banglo. Rumah itu didiami oleh Sepasang suami isteri bersama-sama dengan dua belas orang kanak-kanak.

Salah seorang daripada mereka, yang paling tua, adalah anak kandung manakala sebelas orang yang lain merupakan anak-anak yatim yang dikutip. Anak-anak yatim terbiar yang ditemui di bandar.

Suatu hari, si suami mengalami kerugian besar dalam perniagaan. Si isteri risau. Mereka didesak supaya menjualkan rumah mereka. Hutang terlalu banyak. Setiap minggu, akan datang seorang pengutip hutang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience