BAB 1

Horror & Thriller Completed 708

Malam itu sangat gelap. Bunyi daun-daun dan ranting menggesek sesama sendiri, jelas kedengaran. Angin sedang bertiup kencang. Cahaya kilat memancar menerangi bilik tidur Razif.

Seketika kemudian, guruh berdentum. Tap! Tap! Tap! Bunyi titisan hujan semakin lama semakin pantas. Suhu bilik bertukar semakin sejuk. Air hujan menempiasi ke dalam bilik, melalui jendela yang masih terbuka itu.

Razif yang sedang terlena kerana kepenatan bermain bola pada siang tadi, mula terjaga.

“Oh, hujan!” Razif berkerut kening.

Dia bergegas bangkit dari katilnya, lalu menutup tingkap bilik tidurnya. Rupanya bilik tidurnya di tingkat satu.

Tunggu! Razif rasa dia ada melihat sesuatu di luar tadi. Dia membuka balik tingkap biliknya. Dia menjenguk ke luar. Ya. Satu figura kecil manusia sedang berdiri sambil menundukkan kepalanya.

Berseluar pendek berwarna biru gelap atau hitam. Baju t-shirt putih tidak berkolarnya kuyup dibasahi hujan. Rambutnya terjurai menutupi dahi dan matanya. Itu budak kecil! Apa yang dibuatnya di luar rumah pada waktu malam begini!

“Oi! Balik tidur, jangan main-main. Dah malam sangat dah ni!” Razif melaung dengan nada suara yang agak tegas tetapi lembut kepada budak itu.

Budak itu tidak menjawab. Dia mendongak. Matanya tidak kelihatan. Rambutnya masih menutupi sebahagian besar mukanya.

Adakah ia seorang budak lelaki? Bentuk badannya kelihatan seperti seorang budak lelaki. Barangkali, usianya sekitar 5-6 tahun.

“Balik rumahlah! Jumpa hantu nanti, baru kau tahu!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience