BAB 9

Horror & Thriller Completed 708

“Dengar cakap ayah tu, Razif.” Emak Razif pula bersuara.

“Adik-adik yang lain?”

“Mereka kena jaga rumah.”

“Kenapa biar mereka jaga rumah, kenapa bukan Razif ?”

“Razif anak kandung ayah dan emak. Mereka bukan.”

“Kenapa tak bawa adik-adik, semua sekali?”

“Nak bawa mereka semua, tak muat.”

“Tak apa, Bang. Kami boleh main sorok-sorok dalam bilik rahsia dekat dalam jam tu!” Salah seorang adik angkat Razif, bersuara.

“Oh!” Razif melihat jam antik tersebut.

“Kalau orang jahat datang, kami boleh sembunyi di dalam tu. Situ ada dunia yang selamat.”

“Badan kami kecil, boleh muat. Orang besar tak boleh masuk,” tambah salah seorang lagi adik angkatnya.

“Orang jahat tak dapat cari kami!”

“Jam ni pintu masuk ke dunia kami!”

“Aku dah ingat. Aku dah ingat siapa, aku,” ujar Razif kepada dirinya sendiri.

Buat kali pertama selepas sedekad tragedi itu berlalu, Razif,mengunjungi pusara adik-adik angkatnya. Sayu. Pilu.

Razif amat menyayangi adik-adik angkatnya, tetapi siapa dia untuk melawan kasih sayang Tuhan. Tuhan jauh lebih menyayangi adik-adik angkatnya.

Razif sedar ibu bapanya ada di mana sekarang. Sudah sampai masanya, untuk dia pergi bertemu mereka. Ada banyak soalan untuk ditanya atau mungkin sahaja, dia patut lupakan semua ini. Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Seronokkah kita mencari kesalahan orang? Seronokkah kita jika orang mencari kesalahan kita?

Adakalanya, kita harus biarkan seseorang itu menghargai kesedaran yang ada pada dirinya. Pengajaran yang membuatkan dirinya kesal atas kesilapan yang pernah dilakukannya dulu.

“Emak dan ayah mungkin pernah melakukan kesilapan pada suatu ketika dahulu. Namun, sekarang, pasti mereka telah sedar kesilapan mereka. Mereka akan sentiasa menjadi emak dan ayah kandungku.”

SELEPAS peristiwa itu, sekali-sekala pada waktu malam, Razif akan terdengar jam antik itu berdenting tiga belas kali pada waktu malam. Namun itu pasti bukan perbuatan roh adik-adik angkatnya.

Razif tahu, roh adik-adik angkatnya sudah lama meninggalkan dunia ini. Mereka telah dijanjikan syurga.

Apa yang ada di sebalik jam antik itu, adalah kisah lain. Sesuatu yang menyerupai adik-adik angkatnya. Suatu hari nanti, Razif akan tahu cara untuk berdepan dengan mereka, anak-anak kecil yang selalu muncul di tengah malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience