BAB 2

Horror & Thriller Completed 708

Budak itu masih mendiamkan diri. Langsung tidak mahu bercakap atau bergerak. Lagaknya seperti patung.

“Masalah, betul!”

Sebagai salah seorang penduduk di kawasan kediaman itu, Razif rasa dia bertanggungjawab untuk melindungi budak tersebut. Ibu bapanya tidak balik ke rumah sejak dua hari lepas kerana urusan perniagaan.

Razif tinggal seorang diri di rumah. Dia menuruni tangga ke aras terbawah, mencapai kunci dan membuka pintu.

Guruh berdentum. Tidak ada sesiapa pun di luar! Razif meninjau ke sekeliling.

“Mana pula budak ni? Nak main-mainkan aku agaknya?” Geram. Itulah perasaan Razif sekarang. Dia pun menutup pintu rumahnya. Razif tiba-tiba terasa dahaga. Dia pun berjalan ke dapur.

Cahaya lampu berwarna jingga di dalam peti sejuk menerangi kegelapan di ruang dapur itu. Masih ada beberapa tin minuman di dalam peti sejuk itu.

Ketika Razif cuba meneguk air di dalam tin minumannya, dia sedar ada satu lembaga kecil sedang memerhatikannya. Razif melihat ke tingkap dapurnya. Tidak ada sesiapa pun. Dia kembali meneguk air.

Satu teguk, dua teguk, tiga teguk. Bulu roma Razif mula meremang. Dia rasa, ada seseorang menjenguknya di tingkap dapur. Dia meneguk sambil melirik matanya ke tingkap dapur. Tidak ada sesiapa.

Tok! Tok! Tok! Bunyi pintu diketuk orang. Razif menyempurnakan tegukan terakhirnya, sebelum membuang air tin tersebut ke dalam tong sampah di tepi sinki. Kemudian, barulah dia bergegas ke pintu depan.

Razif membuka kunci. Dia menggenggam tombol pintu dan memulasnya. Tidak dapat!

“Eh, kenapa ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience