BAB 4

Romance Completed 4825

“Eh apa pulak, awak tahu tak yang saya tak tega melihat permaisuri saya ini keletihan mengangkut barang berat atau apa sahaja beban, kalau boleh dengan awak-awak sekali saya nak dukung, biar awak tak letih berjalan. Meh saya dukung nak?’’ cepat-cepat isterinya mengelak namun Joe pantas membelai lembut rambut isterinya yang sedari tadi membebel dan mengejarnya tanpa henti semata-mata mahu membantunya mengangkat beg.

Daun pintu ditutup dan dikunci lalu badan dihempas di atas katil empuk. Arhh penat! Matanya sempat mengerling pada susuk tubuh wanita dibalkoni bilik. Ada perasaan aneg yang mula menjentik hatinya.

Tiba-tiba ada sesuatu yang melilit pinggangnya, harumannya menusuk dan membangkitkan satu perasaan aneh, ini haruman suami aku. Eh dah sah-sah dialah! Siapa lagi yang berani peluk aku kalau bukan dia? Hanya kami berdua saja di bilik suite mewah ini. Amboi bukan main gatal kau ye.

“Eh adeh, adeh sakitlah, janganlah cubit! Adoi nak bermanja mesra dengan bini sendiri pun tak boleh ke?’’ Makin kuat aku cubit makin kuat pelukannya ye. Tak makan saman langsung!

“Sayang jom tidur, letihlah, dah lah bangun dari awal pagi tadi lepastu tak cukup tidur, long drive hari ini”. Tuturnya namun masih jua pelukan tadi enggan dilepaskan.

“Azalea turutkan saja jika itu yang terbaik difikirkan oleh ibu dan ayah. Azalea percaya pilihan ibu dan ayah.’’ aku termenung melihat jari jermari yang berukir inai merah indah. Manis sungguh momen itu dan hari ini lagi sesuatu yang manis tahap diabetis sang suami lakukan. Sekeping nota kecil diatas tapak tangan. Aku membelek nota tersebut tercengang lalu menoleh semula ke arahnya.

“Ayuh jalan-jalan di tepi pantai tengok sunset.’’ Tanpa banyak kata aku menyambut huluran tangannya. Dia memakaikan aku baju tebal sempat juga titipkan pesanan agar jangan ia ditanggalkan, tak mahu dia angina pagi yang sejuk buat aku demam.

“Nur Azalea, saya nak awak tahu yang saya bersyukur miliki awak. Betapa bertuahnya saya punya isteri sepereti awak. Serasa sayalah orang paling bertuah di muka bumi ini.” Tanpa sedar airmata ku bergenang mendengar bait kata-kata dari suamiku, dapat aku merasakan keikhlasan hatinya saat mengucapkan kata itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience