BAB 8

Romance Completed 4825

“Jangan risau ya sayang, syukur Alhamdulilah puteri kembar kita selamat dan sekarang ditempatkan di wad rawatan rapi. Semuanya okay.’’

‘’tapi macam mana bang? Mana Hadi? Bukankah Hadi ada..’’

‘’Shhh… nasib baik ada Fauzy yang bertindak pantas kejarkan sayang ke hospital.Fauzy datang ke rumah tadi atas arahan saya. Saya suruh dia ambil plan rumah Tan Sri Hashim yang tertinggal di meja kerja saya. Mujur dia terdengar jeritan sayang di tingkat atas.’’ Terang Joe tenang.

‘’Masa saya naik, dia tengah duduk atas perut akak, sergahan saya buat dia terkejut. Apalagi berdas-das tumbukan dan tendangan maut saya bagi dia kak. Akak jangan risau. Mamat nama Hadi tu kalau bukan meringkuk di lokap mungkin kena pasung di rumah sakit mental.

Semakin deras linangan airmata Nur Azalea . Dia masih terkejut namun lega kerana semuanya selamat dan paling penting penantian cahayamata seama tiga tahun lahir dengan selamatnya.

Rangkulan lemah penuh hiba diberikan padasuaminya disambut dengan dakapan erat. Dilepaskan segala kegusaran pada suaminya namun halus dan lembut saja belaian suaminya. Cukup selesa serasa kebah segala duka Nur Azalea.

Joe sejujurnya panik, cemasm takut dan marah namun disembunyikan rasa yang pelbagai dari dihidu isterinya yang baru sahaja bertarung nyawa melahirkan zuriatnya. Kesihatan emosi isterinya lagi penting dari perasaannya. Apapun dia bersyukur ujian datang sebentar sebagai peringatan buat mereka suami isteri agar sentiasa berjga-jaga.

Semuanya akan dijadikan pengajaran agar mereka melangkah erat dan kukuh sebagai pasangan suami isteri, semoga keluarga mereka merajut Sakinah Mawaddah Warohmah.

Tiga tahun berlalu selepas peristiwa hitam yang berlaku, Nur Aileen dan Nur Ainun masing-masing sudah berusia tiga tahun, sedang bertatih berjalan dan semakin banyak akal dan ragam hingga adakalanya tak menang tangan Azalea dan suaminya yang persis pelakon korea itu menjaga.

Dan dengan keadaan Azalea yang sedang sarat mengandungkan bakal anak lelaki sulung mereka, maka tugas menjaga dua orang puterinya yang aktif itu sedikit sebanyak menggugat imannya namun bijak saja sang suami membuat semua kerja rumah dan tugas menjaga anak, bertuah sungguh Azalea mendapat suami yang bukan saja kacak macam Jo In Sung tapi juga ringan tulang membantunya.

Rutin hariannya menghadap drama korea lebih-lebih lagi drama lakonan actor A-list tersebut, tak cukup dengan itu, sebelum tidur ditatap muka suaminya sepuas-puasnya biar Kenan kacak dan manis pekerti seperti suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience