BAB 7

Romance Completed 4825

Oh rupanya dia datang hanya mahu melunaskan dendam yang bersarang di hatinya sejak sekian lama. Semua ini gara-gara Nur Azalea menolak cintanya demi menunaikan permintaan kedua orang tuanya.

Walhal saat itu dia sedang waktu itu dia berperang dengan peperiksaan ditahun akhir pengajian. Bisa-bisa saja Nur Azalea meranapkan hatinya. Sudahnya Keputusan ujiannya ranap sekelip mata, daripada pelajar cemerlang terus jatuh merundum.

Kali terakhir Azalea mendengar khabar tentang Hadi ialah dia mendapat tahu Hadi terpaksa repeat paper, namun keputusan sama tetap gagal sudahnya pengajiannya terbengkalai. Sudah pasti tiada ruang di hati Hadi mahu menyelamatkan bayi yang dikandungnya.

“Demi Allah sakit sungguh ni Hadi, tolong saya.’’ Rayu Nur mengerang kesakitan, esak tangisnya semakin kuat. Hadi menampar wajahnya lalu mencengkam perutnya, kesakitan yang dirasanya bertambah sakit dan tak semena-mena pandangannya terasa kabur.

Kelibat Hadi mulai hilang hanya gelak tawa hadi berlegar di telinganya. Jika dia punya kudrat dia akan menghalau Hadi dan mahu diteriakkan padanya, meski dua, tiga tahun sebelumnya atau bila-bila pun, hatinya tidak pernah ada untuk lelaki yang obses dan psiko seperti Hadi.

Joe melemparkan senyuman saat matanya terpandang Nur Azalea yang sudah mulai celik dari lenanya. Mulutnya tak henti melafazkan kalimah Syukur kerana isterinya itu akhirnya sedar.

“Abang, abang, mana anak Lea, anak kita mana bang?” Nur Azalea meraba-raba perutnya yang sudah kempis dan kosong. Berderau darahnya panik. Deras air matanya mengalir turun ke pipi.Sungguh segala yang berlaku mustahil untuk dilupakan.

“Bawa bersabar, banyakkan istighfar ya sayang, tak elok macam ni tak baik untuk kesihatan awak. Saya tak mahu awak sakit. ‘’ pujuk suaminya. Nur Azale menghidu ada sesuatu yang dirahsiakan dari ppengetahuannya, sesuatu yang pasti menjadi hakikat yang menyakitkan untuknya. Sungguh dia tak terdaya menanggung keperitan dan kehilangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience