BAB 6

Romance Completed 4825

Segala memori dua tahun lepas masih segar di ruang minda dan masih berbekas manis di hati. Mana mungkin segala yang indah itu dilupakan. Namun saat ini, dia bertarung dengan rasa sakit yang berulang datang, peluh dingin memercik dan kesakitan itu semakin sakit melemahkan seluruh tubuhnya.

“Ya Allah mana laki aku ni? Abang!!” seisi kamar itu bergema dengan teriakan Nur Azalea . Tak lama kemudian pantas sahaja telinganya menangkap detak tapak kaki dan bunyi daun pintu dikuak. Saat ini air ketubannya pecah membasahi celahan pehanya.

Namun alangkahnya kagetnya bagai mahu tersembuk keluar Bebola matanya saat melihat susuk tubuh yang menerpa masuk ke kamar peribadinya. Nafasnya turun naik, dadanya sesak bagai tak percaya akan kelibat lelaki yang tidak asing berdiri di hadapannya. Kenapa dia? Kenapa kau datang?

“Kau?! Apa kau buat kat rumah aku ni? Apa kau nak?!’’ Nur Azalea terkesima dan mulai panik, melangkah ke belakang cuba mengelak dari lelaki tersebut dan dalam masa yang sama dia merasa kesakitan yang maha dashyat di perutnya.

“Azalea! Awak kejam! Bukan awak tak tahu yang saya tak boleh hidup tanpa awak, kenapa awak tak tolak jodoh pilihan parent awak sedangkan awak tahu yang saya gilakan awak?” lelaki itu makin menghampirinya dengan bahang amarah.

“Hadi please help me , air ketuban saya dah pecah. Bawa saya ke hospital, I need to go to hospital now” pinta Nur Azalea . meski mustahil untuk didengari rintihannya namun dia mencuba sahaja meminta belas dan bantuan dari lelaki yang hatinya tersakiti sejak bertahun lamanya. Dia harus berjuang untuk selamatkan bayi yang dikandungnya.

“Apa? awak nak suruh saya selamatkan zuriat dari lelaki yang dah rampas awak dari saya? Awak gila ke Azalea? Sama gila macam parent awak ke? Awak tahu tak kalau saya dan benci jantan keparat tu, dengan anak dalam perut awak tu pun saya benci!’’Bentaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience