BAB 3

Romance Completed 4825

Apa lagi, laju saja dia berpura-pura melipat kain cuba cover line, malu atas perbuatan sendiri. Tapi kalau difikirkan, apa yang nak dimalukan sebab mereka adalah pasangan halal dan dia punya hak menggauli dan menyantuni isterinya itu.

“I’ll wait you downstair ya”tuturnya yang dalam hati juga cukup teruja untuk berbulan madu. Pangkor menjadi destinasi bulan madu sulung mereka. Malam pertama? Gulp..Gulp..

Puas dia menelek-nelek diri sendiri cuba memeriksa jikalau ada .

Diperiksa aurat terdedah yang tidak disedarinya. Bukan apa, dia tidak mahu ayah dan seterusnya suaminya dihumban ke neraka kerana dirinya.

Dalam hati debaran demi debaran dek telatah nakal suaminya tadi buat dirinya tak keruan dan menggila.

Dia hanya mampu tersenyum. Hatinya berbunga menuruni tangga, janggal dan malu tapi hatinya mahu dan teruja menikmati bulan madu pertama mereka.

“Alhamdulillah, terima kasih sudi, senang dan sejuk hati saya tengok awak pakai macma ni. Cantik isteri saya ni. ” cair hatinya mendengar kata-kata manis itu dibisikkan ke telinganya. Dia hanya mampu tertunduk malu, perlahan-lahan Feri muula beranjak dari jeti. Tangannya dipegang lembut oleh sang suami.

“Azalea, kalau awak rasa loya bagitau, kalau takut bolehlah peluk ya,’’ usik Joe lagi. Girang hatinya melihat si isteri yang tadi duduk tenang menikmati panorama lautan luas mulai tak senang duduk saat dia mengusik nakal isterinya, menggenggam jari jemari dan mengusap pipi isterinya.

“Meh bagi saya pegang beg tu, bukannya berat sangat sampai saya tak larat nak bawa” mamat ni memang pekak badak kea tau pura-pura tak dengar apa yang aku cakap. Punyalah lama aku minta dia pass beg tu dari jeti nak ke pangkor sampailah nak ke resort ni tapi dia buat dek je kat aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience