BAB 5

Romance Completed 4825

Aku bukanlah orang yang skeptikal bahkan aku sentiasa yakin pada perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa, jika orang lain akan takut pada perkahwinan dengan insan yang kita tak cintai apatah lagi di zaman moden ini tapi tidak aku.

Siapa kata perkahwinan yang diaturkan keluarga tidak menjanjikan bahagia. Siapa kata pilihan keluarga akan membawa kemusnahan dalam diri. Sesungguhnya itu semua kerja tuhan dan siapa kita yang cuba masuk campur kerja Tuhan. Sesungguhny Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap ciptaanNya. Jika kita memahami konsep perkahwinan dan menghormatinya pasti kita akan redha dan menemukan bahagia.

Tanpa sedar jari jemariku Johanness William Bin Abdullah Hisham ini ku capai dan genggam lalu ku kucup tanda terima kasih.

“Abang juga cukup sempurna tidak ada kurang buat Lea, Lea bersyukur sangat kerana Tuhan menemukan kita dan lebih manis ia diatur oleh kedua ibu bapa kita.’’

“Sayang adalah bidadari di hati abang, pelengkap hidup abang dunia dan akhirat.’’ Terima kasih Allah memberi aku cinta ini. aku bahagia.

“Kenapa manis sangat isteri abang ni, hilang lapar abang, ni yang buat nak peluk, tak payahlh kita jalan jom berasmaradana di bilik nak?’’ tersedak aku mendengar kata-kata nakal dia ni, dahlah aku baru nak feeling macam Song Hye Kyo dalam cerita ‘That Winter The Wind Blows’ dengan suasana pagi yang dingin berangin macam ni, rasa macam scene Kdrama di Pulau Jeju pula walaupun cuma di Pulau Pangkor. Nyata dia hanya bergurau, kami menikmati panorama pantai dilatari mentari terbit dengan cukup romantis sambil berpegangan tangan.

‘’Thank you for letting me love you, I’m gonna love you one and only for the rest of our life.. My beautiful Wife, Nur Azalea.’’

Ku semat nota kecil yang ditulis suamiku di dalam kocek seluarku. Aku menoleh memandangnya semula yang sedang membebel seorang bercerita bermacam-macam cerita, kuat mengomel suamiku ini, tak pernah sunyi dan tak pernah rasa janggal bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience