BAB 2

Romance Completed 4825

Dagu dia sangat comel, bibir dia kecik manisnya bila dia tersenyum. Tak perlu bulu mata palsu, bulu matanya sendiri cukup menawan. Mata dia sangat cantik. Renungannya eh dia jeling aku lah.

“saya nak tengok isteri sendiri pun tak kan salah kot? Kenapa awak jeling saya? Awak tau tak saya tergoda tengok awak menjeling macam itu ” Joe mengusik lagi.

“malas layan awak ini ” kusyen kecil tepat mengena mukanya. Makin kuat dia ketawa. Nur Azalea nama itu sudah mula ada dihatinya. Dia tersenyum.

“Why ? Awak tak nak pergi ke?” dari tadi Joe nampak isterinya tak sedang duduk macam cacing kepanasan. Apa terkena serangan panik gara-gara bulan madu mereka kah?

“Yang sebenarnya saya tak tau dan tak reti nak bawa baju awak, yang mana satu awak nak pakai dan suka. Rasa janggal nak usik barang orang.’’

“Eh kan saya dah izinkan, bagi green light kat awak. Bawak je pakaian ana yang awak rasa sesuai, lagi satu tak ada istilah usik barang orang. Awak tu isteri saya, say ni suami awak, Apa saja pilihan awak saya turutkan dan apa jua barang adalah hak milik kita bersama.’’ Joe menghampiri Nur Azalea.

Dia suka mengusik isterinya itu sehingga jadi tak senang duduk dibuatnya, suka dia melihat wajah isterinya yang bertukar kemerah-merahan dan panik setiap kali dia mengusik dan acah-acah marah.

Eh dia ni! Cakap jelah, tak payah nak datang dekat macam nak terkam aku. Duduk atau berdiri jelah tak payah datang dengan haruman mencengkam dan menggoda nurani ni wahai Johannes aka encik Joe, stop right there!

Namun Aku mampu terkedu sahaja bila semakin lama tubuh sasa dan bidang itu datang mendekatiku, dengusan nafasnya yang hangat itu menjentik keperempuanan dalam diriku yang sudah lama bersarang dan dahagakan ehem ehem.. Haippp stop right there Azalea!

“Let me be the only one to love you” Joe merenung mata isterinya sedalam-dalamnya dan seraya itu juga jarinya pantas menyentuh dagu si isteri. Dan tanpa sedar seakan ada tarikan magnet, bibirnya itu laju saja mengucup pipi isterinya lalu membasahi bibir Nur Azalea. Isterinya cuba menepis berkali-kali namun akhirnya tewas sehinggalah Azalea mulai sedar seraya berhenti menyebabkan Joe sendiri terkejut dan terpinga-pinga malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience