BAB 1

Romance Completed 4825

Serba tak keruan aku melihat lelaki di hadapanku yang sedari tadi tak berenti dari merenungku.

Kulitnya putih mulus, bibirnya merah barangkali juga bukan lelaki perokok, sesuailah sangat dengan kriteria lelaki yang aku suka. Hidung mancung, giginya berlapis-lapis dan matanya kuyu seperti Jo In Sung.

Aduh dah sudah dia dah mula kenyit, kenyit mata kat aku pulak. Melting tahap pecah ovari nak, otak naik menggelegak mendidih teruja. Tak dapat Jo In Sung, actor korea tu, kena usha oleh pelanduk dua serupa pun dah cukup!

Joe geli hati melihat telatah gadis di hadapannya itu. Ya dia memang sengaja bermain hati, mengusik-ngusik gadis di hadapannya, padan muka! Siapa suruh dari tadi hadiahkan dia renungan menggoda.

Ingat hati jantannya itu tak melting ke? Wahai Cik Azalea tau tak saya ni pun ada hati. Ingat saya ini tunggul ke, boneka, staitu ke tak ada perasaan?

“Fine! Ill give you one last shot!” berderau darah aku mendengarnya.

Sedari tadi bila ayat itu terus bermain di telinga tiap itu jugalah dia merasa sebaldi air panas maha menggelegak menyimbah kulitnya. Pipinya rasa panah membahang. Eh dah kenapa ni, tak pernah-pernah jadi begini.

“saya memang tak pernah kenal dan tak pernah menyintai awak. Tapi saya nak cuba menyintai awak, menyukai awak. Awak sudi bagi saya peluang itu ?” itu yang terbaik buat masa sekarang.

Biarpun mereka berkahwin atas pilihan keluarga namun dia lebih percaya pada jodoh Allah. Ini pilihan Allah untuk dia. Amanah untuk dia, senget perjalanan rumah tangganya, sengetlah bahunya besok bila diakhirat.

“Azalea sampai bila awak nak merenung baju itu ? Muka saya tak cukup hensem ke sampai awak tak mau tengok” Joe simpan ketawa, dia sebenarnya suka melihat pipi merah isterinya.

Ya! Dia sudah beristeri sejak 4 jam lalu. Pilihan keluarga, dia tak menolak seperti selalu. Mungkin kerana ini jodohnya mudah sahaja dia menerima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience