AAC/SID 8-LET'S GET MARRIED!

Romance Series 21415

“ASTAGFIRULLAH..Apa yang kauorang buat ni".Kata Arfal dengan keras.

“Apa yang dah jadi ni..apa semua ni..awak buat apa dekat sini!".Jerit Arianna pada Mikaell sambil memegang kepalanya yang pusing.

“Argh..kenapa ada ramai-ramai ni..kejap..macam mana kita boleh ada diatas katil yang sama?".Ujar Mikaell lagi yang baru sedar dari lenanya.

“Sekarang ni Arin pakai tudung and Mika..pakai baju kau..kita bincang dekat bawah!".Ujar Arfal dengan raut wajah yang tegang.

Haziq mengerlingkan matanya pada Damia dalam masa yang sama Arianna memakai tudungnya dan Mikaell menyarung kembali kemejanya tuxedonya.

*

“Sekarang ni macam ni..tak akan kita nak biarkan perkara ni macam tu je!".Bentak Arfal dengan sedikit keras terhadap kedua pasangan yang terlanjur sebentar tadi.

“Satu je jalan penyelesaian..nak atau taknak kauorang kena akur..Along nak kauorang berdua nikah".Kata Arfal lagi sambil meraup wajahnya.

“Arin taknak..macam mana dengan alif..dia tunang Arin..tak kan la Arin nak kena nikah dengan Mikaell!".Bentak Arianna dengan keras menghalang cadangan abangnya.

“Aku akan menikahi dia..kau tak perlu risau Arfal..I will be responsible for this..awak jangan risau Arianna saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak..".Kata Mikaell sambil memandang tepat ke mata Arianna yang sedang berkaca.

“Apa yang awak mengarut ni..saya ni dah ada tunang..awak ingat senang-senang macam tu ke saya nak tinggalkan dia untuk bernikah dengan awak?..Kejadian tadi tu pun saya tahu macam mana boleh jadi,kita kena perangkap tahu tak!".Kata Arianna lagi lalu menitiskan air matanya.

“Sekarang ni bukan masalahnya Arin ni tunangan orang atau kena perangkap ke apa..masalahnya kauorang berdua dah ada dan dah pun tidur diatas katil yang sama tanpa ada sebarang ikatan..mana family kita dengan family Mikaell nak letak muka nanti kalau orang lain tahu hal ni!".Kata Arfal dengan nada sedikit keras.

“Arianna saya janji dengan awak yang saya tak akan pinta apa-apa pun dari awak lepas ni kecuali dua perkara berkahwin dengan saya dan....".Belum sempat Mikaell menghabiskan katanya Arianna sudah mencelah terlebih dahulu.

“Baik..saya setuju untuk kahwin dengan awak..tapi dengan tiga syarat..syarat pertama,lepas je kita sah menjadi suami dan isteri..saya taknak tinggal sebumbung dengan awak....".Kata Arianna lalu Arfal mencelah kerana tidak setuju dengan syarat itu.

“Apa yang Arin mengarut ni..Arin sedar tak time tu dia dah jadi suami Arin yang sah..berdosa kalau suami dan isteri tak tinggal sebumbung".Kata Arfal dengan nada yang tidak setuju.

“Along..kita cuma nak selamatkan maruah keluarga masing-masing je kan..jadi syarat-syarat Arin ni tak penting pun untuk membentuk satu perkahwinan yang sempurna..sebab kami bukannya berkahwin atas dasar cinta".Kata Arianna dengan menekankan sedikit perkataan cinta itu untuk didengar oleh Mikaell dan abangnya.

“Its okay..awak sambung syarat awak tu..".Kata Mikaell dengan raut wajah yang tenang.

“Okay..good..syarat yang kedua..my family and our friends dan juga termasuk tunang saya yang tak tahu hal ni..tak boleh tahu yang kita bernikah until I finish my master iaitu selama tiga tahun..dan syarat ketiga saya tak akan jalankan apa-apa tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk awak Mikaell Dhaffa".Kata Arianna yang telah mengguriskan hati seorang lelaki yang akan menjadi suami sahnya.

“Saya terima syarat tu..asalkan saya bergelar suami kepada Arianna Hanim".Kata Mikaell dengan nada yang lembut.

“Okay masing-masing dah setuju..esok along akan nikahkan kauorang."Kata Arfal dengan sedikit berat dengan syarat yang diletakkan oleh adiknya pada Mikaell lalu dia membawa Arianna keluar dari bilik hotel Mikaell tersebut.

*

“Eh betina..apa yang kau dah buat ni haa bodoh!..Ni semua salah kau tahu tak..aku suruh kau perangkap dia untuk tidur dengan kau!..Bukan perangkap dia untuk tidur dengan Arianna!"Kata Haziq lalu menampar pipi Damia di dalam keretanya dengan kuat sehingga tepi bibir wanita itu luka dan mengalirkan darah.

“Aaa..tolong jangan pukul aku lagi..Aku tak tahu macam mana diorang boleh tidur sekatil..".Kata Damia sambil mengalirkan tangisan.

“Woii kau tahukan aku cintakan perempuan tu..macam mana dia boleh pergi bilik Dhaffa haa!".Bentak Haziq lalu menarik-narik rambut perang Damia dan menghempaskan nya ke cermin kereta.

“Sumpah aku tak tahu..aku pun cintakan Mikaell tapi aku tak sangka dia boleh tidur sekatil dengan Arianna".Kata Damia sambil menekup bibirnya yang luka berdarah.

*

KEESOKAN HARINYA.


Arianna menatap lama wajahnya dicermin dengan dikenakan busana serba putih dengan kilauan batu-batu swarovski di tubuhnya.Air mata juga turut mengalir dipipi bersama solekan fresh nude tipis diwajahnya yang disolek oleh Victoria Henderson iaitu makeup artist terkenal di Australia yang sempat di book oleh Mikaell pada last minute.

“Arianna..you janganlah nangis okay..nanti makeup cair walaupun I famous makeup artist yang makeup kan you".Kata Victoria sambil menguntum senyuman terhadap Arianna.

Victoria merupakan kenalan rapat Mikaell dan Arfal..dan disebabkan itu Victoria dapat menyolek Arianna walaupun dalam keadaan last minute.

“Ya..i tak akan nangis dah..by the way Victoria..macam mana you boleh fasih cakap melayu".Tanya Arianna sambil tersenyum.

“Accually my mom orang Malaysia..My dad orang Australia..so I ni kira mix la..lagi satu tunang I pun orang Malaysia..sebab tu la i fasih".Kata Victoria dengan ramah.

“Okay la..solekan you pun dah siap..I nak keluar kejap..nak amik veil tudung you".Kata Victoria lagi lalu keluar dari bilik Arianna.

*

Baru sahaja Victoria keluar dari bilik..telefon Arianna berdering mempamerkan nama tunangnya Alif pada skrin telefonnya yang sedang menghubunginya.Arianna mengesat sedikit air matanya lalu mengangkat panggilan telefon tersebut.

“Hello Ayang..buat apa tu?Kenapa saya call awak banyak kali..awak tak angkat-angkat?".Kata Alif dengan nada yang seakan merajuk.

“Hello..sorry tak angkat saya busy sikit dekat sini".Kata Arianna sambil mengawal nada suaranya seakan mahu menangis.

“ Ouh yeke..takpela kalau macam tu..tapi kejap..kenapa suara awak macam lain je ni..awak nangis ke Ayang?".Tanya Alif lagi dengan nadanya yang risau.

“Tak lah saya cuma selsema je..tak sihat sikit,yela saya tak biasa dengan cuaca dekat sini".Bohong Arianna kerana mahu menyembunyikan akan hal yang terjadi.

“Ouh..patut lah saya macam tak sedap hati pasal awak..tak apa lah..awak rest dulu okay..bye..i love you so much Ayang".Kata Alif pada Ariana.

“Okay bye..".Balas Arianna dengan ringkas.
“Okay bye je?..Erm tak ada i love you too pun!..".Kata Alif dengan mood merajuk.

“Yela-yela..bye i love you too sayang".Kata Arianna sambil menahan sebak dan tangisan di hatinya.

Mikaell mendengar perbualan Arianna dan Alif sebentar tadi tanpa Arianna tahu kehadirannya disebalik pintu biliknya yang terbuka sedikit.Mikaell terdiam kerana hatinya terluka mendengar perbualan pasangan itu sebentar tadi.

“Aku akan pastikan perkataan ‘I love you' tu akan beralih pada aku lepas ni..Ni Mikaell Dhaffa la..aku takkan kalah dengan mana-mana lelaki".Bisik Mikaell dalan hatinya lalu menguntum sebuah senyuman di bibir merahnya.

*

Pernikahan mereka akan berlangsung di Perth City Musallah Mosque,iaitu salah satu masjid yang berada dia Perth Australia.

“Kamu dah sedia?".Tanya imam Salleh yang menjadi saksi antara pernikahan Mikaell dan Arianna.

Mikaell menarik nafasnya lalu membetulkan butang baju melayu putihnya dan terus menggenggam tangan Arfal yang berada dihadapannya.

“Mikaell Dhaffa Bin Arsyad Dhaffin".Kata Arfal sambil memandang tepat ke mata Mikaell.

“Ya saya".Jawab Mikaell dengan ringkas.

“Aku nikahkan dikau dengan adik kandung perempuanku Arianna Hanim Binti Adnan Hisham yang berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai".Kata Arfal lagi.

“Aku terima nikahnya Arianna Hanim Binti Adnan Hisham dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai".Kata Mikaell dengan yakin.

“Alhamdulillah..sah..sah.".Kata imam Salleh dan saksi-saksi yang lain.

Arianna hanya menitiskan air matanya lalu dia memeluk tubuh yang berada disampingnya iaitu buah hati abangnya..kak Hany Syahirah yang turut hadir pada pernikahannya.

sorry dah lama sangat tak update..disebabkan kekangan masa dan hal yang tak dpt dielak..harap korang setia membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience