AAC/SID 10-GOOD MORNING WIFEY!

Romance Series 21415

“AARHH!".Arianna membuka perlahan matanya lalu menjerit.

“Apa yang awak nak buat ni?..Awak dah gila ke apa Mikaell Dhaffa?".Soal gadis itu dengan reaksi cemas.

“Abang nak mandi lah sayang..nak mandi kan kena bukak baju..tak akan nak mandi pakai kain batik ala-ala macam kat sungai pulak".Jawab Mikaell sambil mengenyit mata nakalnya pada Arianna yang masih berselubung dengan selimut putih di atas katil.

“Kalau nak mandi sekali pun..bukak lah baju dalam bilik air..tak payah lah bukak depan saya..tak malu ke haa?

“Lahh,buat apa nak susah-susah bukak baju dalam bilik air..bukak dekat sini kan boleh..lagi pun kita dah halal kan sayang...boleh la sayang cuci mata pagi-pagi ni".

“Eee..banyaklah awak punya cuci mata..dah lah pergi lah mandi cepat..lepastu saya nak mandi pulak".Ujar Arianna yang masih berselubung dengan selimutnya.

Bibir Mikaell menguntum satu senyuman nakal.Dia mendekati isterinya lalu berbisik pada tepi telinga Arianna.

“Taknak mandi sama?Jimat sikit masa".Bisik Mikaell sambil mengukir senyuman tampannya.

“Awak...taknak lah.."Jerit Arianna dengan wajahnya yang sudah berona kemerahan.

Mikaell menghamburkan tawanya lalu memasuki tandas ingin membersihkan diri.

“Haih takut sangat aku buat apa-apa dekat dia..kalau aku nak buat..dah lama dah aku buat..tapi tak apa..I will give you time my love.."Ujar Mikaell sambil menatap cermin tandasnya.

*

“Dah sayang pergi mandi pulak..lepas tu kita solat subuh sama-sama".Ujar Mikaell yang baru keluar dari tandas sambil mengelap badan tegapnya itu.

Arianna memandang tubuh sasa suaminya tanpa berkedip..sungguh dirinya berasa malu melihat tubuh suaminya yang hanya dililit oleh tuala mandi.

“Kenapa sayang tengok abang macam tu?Nak morning kiss ke?"Sengih Mikaell sambil memandang wajah cantik isterinya.

“Huh?Nak apa?"Tanya Arianna yang masih blur dengan kata-kata suaminya.

Mikaell mendekatkan wajahnya pada isterinya,kemudian menghadiah satu kucupan pada bibir merah Arianna tanpa segan silu.

Arianna terkeksima dengan perbuatan suaminya.“Apa yang awak buat ni?Awak dah gila ke?".Tanya Arianna dengan raut wajah yang menahan amarah.

“Kan abang tanya tadi sayang nak morning kiss ke..pastu sayang diam..kalau diam tandanya nak lah kan".Kata Mikaell dengan tiada rasa bersalah.

“Lain kali..kalau awak nak buat apa-apa pun minta lah izin saya dulu..ni main buat je".Kata Arianna lagi.

“Oohh maknanya nak lagi lah ni?"Kata Mikaell lalu memuncungkan bibirnya pada Arianna.

“Ehhh taknak lahh.."Jerit Arianna yang ketakutan dengan aksi suaminya tadi lalu lari memasuki tandas.

“Tahu takut..tadi macam berani sangat.."Gumam Mikaell dalam hati sambil tersenyum manis.

*

Usai membaca doa selepas menunaikan solat subuh,Mikaell memusingkan tubuhnya menghadap sang isteri yang telah menjadi makmumnya buat pertama kali sebentar tadi.Dia dengan pantas memegang tangan isterinya lalu mengucup lembut punggung tangan isterinya.Arianna kaku melihat tindakan suaminya terhadapnya.

“Abang tahu perkahwinan kita memang bukan lah perkahwinan yang diimpikan oleh sayang dan..abang tahu juga yang hati sayang masih pada lelaki lain dan bukan abang".Ucap Mikaell sambil menatap wajah cantik isterinya.

“Saya minta maaf sebab sebelum ni saya berkasar dengan awak..apa yang kita lalui sekarang ni..semua tu terjadi dengan sangat pantas dan terduga bagi saya".Ucap Arianna dengan lembut sambil membalas pegangan tangan Mikaell.

Mikaell tersenyum dengan tindakan sang isteri di depannya tetapi...adakah semudah itu Arianna akan menerimanya?

“Abang cintakan sayang..seumur hidup abang..abang tak pernah cintakan mana-mana perempuan lain selain perempuan yang bernama Arianna Hanim..abang tahu bukan senang untuk sayang lalui semua ni..bertunang dengan orang lain dan membina rumah tangga dengan orang lain".Kata Mikaell dengan penuh kelembutan.

“Saya tahu..ni semua dah tertulis dan mungkin Allah dah tetap kan yang jodoh saya memang dengan awak..Saya harap awak boleh berikan saya masa dan saya jugak harap awak tak akan memaksa saya..bila tibanya masa nanti saya sendiri yang akan ungkapkan segalanya..awak hanya perlu tunggu dan sabar".Kata Arianna dengan mata yang merah ingin sahaja menghamburkan tangisan.

“Abang akan berikan sayang masa..tapi satu je buat masa sekarang ni yang abang minta..
can you call me Abang?and..can I call you sayang".Ucap Mikaell sambil mengukir senyuman di wajahnya.

“Yes..Sure..mulai hari ni..saya akan panggil abang bukan lagi Mikaell.Saya harap kita boleh mula dari awal".Kata Arianna sambil tersenyum manis.

“Okay my sweet wife..".Jawab Mikaell dengan ringkas.

“Dah jom teman saya pergi bawah..kita buat sarapan sama-sama".Ujar Arianna sambil menarik tangan Mikaell.

“Sure..abang pandai masak tau..mesti sayang suka punya makan masakan abang".Kata Mikaell dengan bangga.

“Eh yela tu..entah sedap ke tak kan".Balas Arianna sambil menghamburkan tawanya.

“Eh abang masak sedap okay..sayang yang pun cakap sedap dulu".Kata Mikaell lagi.

“Saya cakap sedap bila..tak pernah pun saya makan masakan awak rasanya".Balas Arianna dengan kehairanan.

“Haa tengok tu panggil awak-awak lagi..".Ujar Mikaell sambil mencebik bibirnya.Sengaja dia mengubah topik untuk tidak menjawab pertanyaan isterinya sebentar tadi.

“Hehe Sorry lah..people make mistakes.."Ujar Arianna sambil tersengih.

Pada Arianna,bukan mudah dia untuk mengungkap kan kata cinta bagi seorang jejaka yang masih baru dikenalinya dan telah pun menjadi suaminya tanpa diduga oleh dirinya.Dia sendiri ditimpa dilema antara cinta jauh yang sedang menantinya serta antara cinta yang sedang menunggu kasihnya.Dia sendiri juga tidak menyangka yang secepat dan semudah ini dirinya telah mula menerima kehadiran Mikaell Dhaffa yang telah menjadi sang suami padanya.Apakah perasaan ini datang ditatkala sunyi kerana tidak bertemankan seorang kekasih?Atau hatinya benar-benar sudah terpaut pada kekasih halalnya.

Sorry dah lama sangat tak update chapter baru..sis bz sikit sbb nak exam kan..hopefully u all enjoy dengan karya yg tk seberapa ni..jangan lupa support..????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience