AAC/SID 1-BIDADARA KAYANGAN

Romance Series 21415

“ARIN! Cepatlah sikit kita dah lambat nak pergi kenduri doa selamat kawan Along ni! Cepat!"

Arianna Hanim yang baru sahaja hampir siap memakai tudungnya kini ternampak kelam kabut turun melalui tangga rumah banglo mewah milik keluarganya.

“Arin...Arin ingat Along ni driver ke nak tunggu Arin siap punya lah lama?"Mulutnya membebel kepada adiknya Arianna,namun Arfal masih lagi menjaga tutur katanya supaya tidak menyinggung hati adiknya.
“Iya sabar lah Along, Arin ni kan perempuan nak siap lama nak pakai tudung lagi nak tacap-tacap muka lagi..Along tu kan lelaki tu siap cepat".Kata Arianna sambil menjulingkan matanya sambil mendengus.

“Iyalah.. jom pergi rumah kawan Along,dia dah tunggu tu".Kata Arfal kepada adiknya.

Mereka memasuki ke dalam perut kereta lalu Arfal pun memandu keretanya untuk ke rumah kawannya.

“Along! Siapa kawan Along yang buat kenduri doa selamat tu?"Tanya Arianna pada abangnya.

“Ouhh...Dhaffa,kenapa?"Jawab Arfal sambil merenung ke arah Arianna.

“Tak ada apa-apa,saja je tanya.Erm by the way..umur dia berapa and kenapa dia buat kenduri doa selamat?"Tanya lagi Arianna pada abangnya.

“Umur dia 26 tahun sebaya dengan Along dia buat kenduri doa selamat tu pun sebab tak lama lagi dia dengan family dia akan berhijrah stay dekat Australia,sebab nak handle business dekat sana".Ujar Arfal.

“Ouhh..faham sebab tu je la ek?"Jawab Arianna.

“Iya sebab tu je kenapa tiba-tiba tanya ni?Nak mengorat kawan Along pulak ke?"Tanya Arfal sambil ketawa melihat wajah adiknya menjadi blur selepas soalan itu diajukan oleh dirinya.

“Ishh Along ni gila ke apa Arin nak mengorat kawan Along dah lah tua,lagipun Arin kan dah ada boyfriend!"Jawab Arianna sambil memuncungkan bibirnya tanda tidak suka dengan soalan yang diajukan oleh abangnya itu.

“Hahaha relax lah..lupa pulak Arin kan dah ada Alif,tak akan nak campak Alif dekat dalam lombong pulak kan?Lagi pun kawan along tu bukannya tua pun beza tiga tahun je dengan Arin.Si Dhaffa tu dah lah handsome,kaya,tinggi,putih macam bidadara kayangan and semua perempuan nak dekat dia".Kata Arfal sambil tersengih.


“Eish Along ni Arin saja je tanya bukan nak mengorat kawan Along tu pun,walau hensem mana pun kawan Along tu bak bidadara kayangan sekali pun,Arin hanya tetap akan jatuh cinta pada Alif je!"Kata Arianna sambil menjeling pada abangnya.

“Yelah-yelah tapi jangan cakap besar sekali tengok terjatuh cinta baru tahu,dah lah kita dah sampai jom turun".Ujar Arfal sambil mematikan enjin kereta.

Arianna pun keluar dari perut kereta milik abangnya sambil mengemaskan dirinya dan baju kurung modern berwarna soft pink yang tampak manis dan cantik dipakai olehnya.

“Assalamualaikum aunty,Mikaell Dhaffa ada dekat dalam ya?"Tanya Arfal pada Puan Sri Maria ibu kepada kawan baiknya Dhaffa.

“Eh Arfal sampai pun rumah aunty,haa iya Mika dekat dalam tu tengah layan tetamu yang lain.Kamu duduk lah kejap lagi bacaan Yassin dah nak mula , kejap lagi aunty panggilkan Mika ya.Kata Puan Sri Maria sambil tersenyum mesra.

“Ouh yeke takpelah saya duduk dulu ya aunty".Kata Arfal sambil tersenyum.

“Ouh iya..ini yang cantik manis ni siapa? Teman wanita Arfal ke?"Tanya Datin Maria sambil tersenyum ke arah Arianna.

“Aik hahaha lambat lagi saya nak ada teman wanita ni aunty,ni adik perempuan saya Arianna Hanim".Ujar Arfal sambil ketawa dengan soalan yang diajukan oleh ibu kawannya itu.

“Assalamualaikum aunty,saya Arianna".Lalu Ariana pun mengucup tangan Datin Maria.

“Ouh adik kamu rupanya...Arianna? maaf lah aunty tak perasan tadi".Puan Sri Maria tersenyum lagi sungguh hatinya begitu tenang dan mula berkenan melihat wajah Arianna.

Lalu Arfal dan Arianna pun masuk ke dalam rumah milik keluarga Dhaffa.

“Arin pergi lah duduk dengan belah perempuan dekat sana,kejap lagi dah nak bacaan Yassin".Kata Arfal pada adiknya.

“Iya lah,tapi...Along lepas bacaan Yassin tunggu Arin tau,jangan tinggalkan Arin seorang-seorang pulak,yela..segan pulak nanti."Kata Arianna pada abangnya dengan raut wajah yang seperti malu-malu kucing.

“Haish iya lah,Along tahu".Jawab Arfal.

“Baiklah mari kita semua mulakan bacaan Yassin ya..Al-Fatihah".Kata seorang Ustaz pada semua yang ada pada majlis tersebut.

Arianna pun duduk disebelah Puan Sri Maria lalu dia memandang seorang lelaki yang duduk disebelah abangnya.

“Handsomenya lelaki ni...putih,tinggi dah macam bidadara kayangan aku tengok.Haish apa yang aku fikir ni?Aku kan dah ada Alif".Bisik Arianna Hanim dalam hatinya.

“Siapa perempuan yang duduk sebelah mama tu?Haish cantik betul,tergugat iman aku sebagai seorang lelaki".Bisik Mikaell Dhaffa dalam hatinya.

Mata mereka turut saling bertentangan,jelas sekali dari raut wajah Mikaell Daffa yang dia sudah jatuh cinta pada keayuaan gadis tersebut.

Maaf jika tersalah ejaan dan bahasa.Harap anda semua suka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience