AAC/SID 9-KEKASIH TAK DIUNDANG

Romance Series 21415

“APA awak ni!..Tiba-tiba nak pegang tangan saya pulak..".Tepis Ariana sambil mendegus ke arah Mikaell.

“Apa salahnya?..Sayang kan dah sah jadi isteri abang".Ujar Mikaell sambil merenung ke arah isterinya.

“Eh saya ni cuma isteri atas kertas..awak faham tak?".Balas Arianna dengan keras terhadap suaminya.

“Abang faham..mungkin abang perlu bagi sayang masa".Tutur Mikaell dengan perlahan seakan berkecil hati dengan kata-kata yang keluar dari isterinya.

“Eh..awak tak payah sibuk-sibuk lah nak ber'abang nak ber'sayang dengan saya..saya geli tahu tak!..Telinga ni macam nak bernanah dengar benda macam tu dan walaupun awak bagi saya masa sekali pun..saya akan tetap tak akan terima awak dalam hidup saya!".Kata Arianna lagi dengan sengaja..membuatkan Mikaell tertunduk dan mengukir senyuman tawar.

“Along nak balik dulu..Arin ikut Mika balik ya..".Kata Arfal yang baharu sahaja keluar dari masjid tersebut.

“Arin nak ikut Along balik..please Along...".Kata Arianna sambil merayu pada abangnya.

“Arin kan sekarang dah jadi isteri Mikaell..tak kan lah nak ikut Along pula..".Tutur Arfal dengan lembut.

“Along dah lupa ke syarat-syarat Arin?..Lepas kami bernikah,Arin tak akan duduk sebumbung dengan dia".Kata Arianna lagi dengan dingin.

“Along ingat..tapi Arin petang ni keluarga Mikaell akan datang sini..diorang dah tahu kauorang berdua dah bernikah..jadi mesti lah diorang nak jumpa Arin".Kata Arfal lagi.

“Awak jangan risau..lagi pun keluarga saya je tahu pasal hal ni..keluarga awak tak tahu pun.."Kata Mikaell sambil menggapai tangan isterinya.

“Okay fine..saya ikut awak balik hari ni..tapi bila keluarga awak dah balik sana Malaysia balik..saya nak awak jauhkan diri awak dari saya..boleh?".Kata Arianna pada Mikaell.

“Nak atau taknak..aku kena akur juga permintaan dia..kalau aku tak bawak dia balik..apa pulak mama dengan papa akan cakap nanti".Bisik Mikaell dalam hati.

“So macam mana?".Tanya Arianna dengan raut wajah yang dingin.

“Okay..".Ujar Mikaell dengan ringkas..benar hatinya pedih mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh isterinya.

*

“Mama faham..kamu berdua ni adalah mangsa keadaan kan?..mama tak pernah salah kan Mika atau Arianna..lagi pun memang mama berkenan sangat dengan Arianna".Kata Puan Sri Maria kepada Arianna dan Mikaell di rumah agam miliknya di Perth..Puan Sri Maria mengukir senyuman manisnya sambil mengenggam erat tangan menantunya Arianna.

“Papa nak mulai sekarang..Mika jaga Arianna baik-baik..sekarang ni dia dah jadi tanggungjawab kamu..sebagai seorang suami..kamu jangan sekali-kali abaikan dia".Kata Tan Sri Dhaffin sambil mengukir senyuman dan memandang tepat ke pasangan itu.

“Ya pa..Mika janji dengan Arianna dan diri Mika sendiri yang Mika tak akan pernah abaikan Arianna".Kata Mikaell sambil memandang ke arah isterinya.

“Arin..tak janji yang Arin boleh bahagia kan abang Mika..Arin perlu kan masa..".Kata Arianna dengan senyuman manisnya sambil memegang erat tangan ibu mertuanya.

“Mama faham..Arianna memang perlukan masa..tapi mama nak Arianna janji dengan mama..yang Arianna tak akan hampakan mama ya..".Ujar Puan Sri Maria sambil mengusap lembut pipi putih menantunya.

“Arin janji..".Kata Arianna dengan ringkas..sebenarnya dia takut untuk mengotakan janji..kerana dia tidak pernah mempunyai secebis perasaan terhadap suaminya.

*

“Nama saya..Mikayla..akak boleh panggil Kayla je..".Kata gadis itu sambil tersenyum ke arah Arianna.

“Kayla?..hm..Kayla ni adik Mikaell ya?".Soal Arianna dengan ramah.

“Aah..Kayla adik Mika..yang paling last sekali..".Ujar Mikayla lagi.

“Nama akak..Arianna Hanim..Kayla boleh panggil kak Arin je..".Kata Arianna sambil tersenyum manis.

“Ouh kak Arin..kak Arin ni pernah jadi ex girlfriend abang Mika ke?".Soal Mikayla sambil meneliti wajah Arianna.

“Ex girlfriend?..Akak kenal dia pun tak..mana nak jadi ex girlfriend..hahaha".Jawab Arianna yang sedang kebingungan.

“Tapi kan muka akak sebiji macam gambar ex girlfriend abang time sekolah dulu..".Kata Mikayla lagi.

“Ohh yeke..siapa nama dia?".Tanya Arianna dengan ringkas.

“Entahlah tak ingat pulak..lagi pun Kayla pernah tengok gambar ex abang tu sekali je..lepastu terus abang marah..rasa nya sampai sekarang abang Mika simpan lagi gambar tu kot".Kata Mikayla dengan ramah.

“Ouhh simpan lagi gambar ex rupanya..sayang lagi lah tu dekat perempuan tu..eh jap..jap..apa yang aku cakap ni..takkan lah jealous pulak..euw..tak ada masa nak jealous..".Bisik Arianna dalam hati sambil tersenyum pada adik iparnya.

“Huh..rasanya nama ex abang tu kak Hani.......".Kata Mikayla lalu dipotong oleh Mikaell.

“Huh!!mengumpat aku ke?".Soal Mikaell pada adiknya.
“Ehh tolong sikit..orang nak cerita pasal abang je kat kak Arin".Jawab Mikayla sambil mencebik bibirnya.

“Sayang tak payah nak dengar sangat adik ipar sayang ni..dia kalau lupa makan ubat..jadi macam ni la..jadi anak syurga".Kata Mikaell pada Arianna sambil tertawa melihat wajah adiknya yang sakit hati dengan usikannya.

“Eh hahahahaha tak baik la awak ni cakap Kayla anak syurga".Kata Arianna sambil tertawa dengan jenaka suaminya.

“Yelah..tak akan nak cakap dia anak neraka pulak".Kata Mikaell lagi membuatkan Arianna tertawa.

“Dah la..akak layan lah sewel abang Mika ni..nanti akak pun boleh jadi gila".Kata Mikayla pada Arianna dengan nada merajuk.

“Hahaha kesian adik ipar akak ni..nanti akan lepuk abang Mika untuk Kayla okay?".Kata Arianna pada Mikayla dengan senyuman sinis.

“Yay thanks kak Arin..you are the best sister in law in the world!".Kata Mikayla sambil memeluk tubuh Arianna lalu meninggalkan kedua pasangan suami isteri ruang tamu rumah keluarga Mikaell.
“Sayang cakap nak tolong lepuk abang tadi?".Kata Mikaell sambil menjongket keningnya dan tersenyum nakal.

“Aduhhh kenapa lah aku pergi cakap macam tu tadi..nanti mamat ni fikir apa pulak..".Bisik Arianna dalam hati dengan wajah yang rona kemerahan.

“Sayang...mengumpat abang dalam hati ke?Taknak lepuk abang ke?".Usik Mikaell sambil mendekatkan wajahnya ke pipi isterinya.

“Tak payah nak mengada..tak payah nak bersayang-sayang dengan saya..apa yang saya cakap tadi memang betul yang saya nak lepuk awak..sebab saya tak nak kahwin dengan awak faham?"Kata Arianna lalu meninggalkan tubuh Mikaell yang masih kaku disitu.

“Haih..baru nak sweet-sweet..tak apa lah sayang..you wait je okay?".Kata Mikaell sambil tersenyum nakal.

*

“So nanti Mika dah plan nak rent house dekat sini dengan Arianna?".Tanya Tan Sri Dhaffin pada anaknya yang sedang menikmati hidangan makan malam.

“No..Mika tak sewa rumah..Mika dah beli rumah dekat sini..sebab nak tunggu Arianna abis belajar lama lagi..lagi 3 tahun".Jawab Mikaell sambil menyuap spaghetti aglio olio ke dalam mulutnya.

“Huk...huk..huk..".Arianna tersedak mendengar perbualan bapa mertua dan suaminya.

“Arianna..okay tak ni?".Tanya Puan Sri Maria pada menantunya.

“Arianna okay je mama..maybe tekak ni kering sikit".Ujar Arianna sambil tersengih dan Puan Sri Maria mengangguk faham.

“Eishhh dia ni..kan aku cakap tak nak duduk satu rumah dengan dia..Eee kenapa nak kena beli rumah bagai dekat sini..pergi lah balik Malaysia tuuu!".Bisik Arianna dalam hati sambil menjeling suaminya yang berada disebelahnya.

“Eh nak jeling-jeling pulak dia ni..gigit pipi tu kang baru tahu..".Bisik Mikaell dalam hatinya sambil tersengih.

“So..disebabkan Mika akan stay dekat Perth selama 3 tahun..papa nak Mika tolong handle company kita dekat sini..sementara tu papa akan suruh abang Daniel balik ke Malaysia..settle kan kerja Mika dekat sana".Ujar Tan Sri Dhaffin terhadap Mikaell.

“Okay pa..thanks..bolelah Mika berkepit dekat sini dengan isteri Mika yang tersayang ni".Kata Mikaell sambil tersengih memandang isterinya.

“Eishhhhh...Mikaell Dhaffa ni saja je nak kena kan aku!".Ujar Arianna dalam hati sambil tersenyum paksa menatap wajah suaminya.

*

“Nah..amik toto,bantal dengan selimut ni..tidur kat bawah!".Kata Arianna dengan selamba memandang wajah suaminya.

“Aikk..kenapa pulak abang kena tidur bawah..abang nak tidur sebelah sayang..please...lagi pun harini first night kita as husband and wife right?"Kata Mikaell sambil membuat wajah meminta simpati.

“Tak payah nak first night sangat ek..cukup lah awak dah kena kan saya tadi depan family awak..tak payah sibuk-sibuk awak nak tidur sebelah saya..ingat kita ni kahwin olok-olok je".Kata Arianna sambil mendengus..bukan dia tidak tergoda dengan wajah tampan suaminya tetapi dia harus menahan rasa itu demi tunangannya Alif.

“Sampai hati sayang cakap dengan abang macam tu..abang tak pernah terfikir nak kahwin olok-olok dengan sayang..abang cintakan sayang tahu tak?".Kata Mikaell yang tidak dapat lagi menahan geram akan kata-kata yang dilontarkan oleh isterinya.

“Cinta?..Bila masa awak cintakan saya?sedang kan kita baru je kenal..".Tanya Arianna yang menginginkan jawapan sambil menatap wajah tampan suaminya.

“Sayang betul-betul tak ingat?..Tak apa lah..harini abang tidur bawah..sayang rest lah dulu".Jawab Mikaell dengan sayu.

“Orang tanya bukan nak jawab...ingat apa?Aku pernah kenal kau ke?..Taknak jawab tu mesti sebab dia tak cintakan aku".Bisik Arianna dalam hatinya lalu menarik selimut menyelubungi tubuhnya yang berbaring membelakangi suaminya.

Mikaell hanya melihat isterinya yang sudah pun telah dibuai lena..sungguh hatinya sakit mendengar kata-kata isterinya tadi. ‘Kahwin olok-olok'?..itu bukan yang dia mahukan diantara dia dan Arianna.

“Mungkin inilah rasanya menjadi kekasih tak diundang tapi tunggu je la nanti..sayang mesti akan cintakan abang".Bisik Mikaell dalam hatinya..lalu dia naik ke atas katil dan mengucup lembut dahi isterinya yang telah dibuai mimpi.

Sorry dah lama tak update..harap-harap masih ada yang sudi membaca..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience