“SORRY sir..I'm really sorry.. I accidentally spilled coffee on your shirt".Kata Arianna setelah Mikaell melepaskannya dari dakapan.
“Its okay..not your fault..lagi pun saya orang Malaysia.Tapi awak memang suka tumpahkan air atas baju saya ke?".Tanya Mikaell sambil tersengih.
“Ouh orang Malaysia..saya minta maaf sangat-sangat..saya betul-betul tak sengaja".Kata Arianna lagi sambil membersihkan baju Mikaell dengan tisu yang pelayan cafe berikan.
“Tak apa..saya suka kalau awak yang tumpahkan air atas baju saya".Ujar Mikaell lagi sambil memandang kelakuan Arianna yang sedang membersihkan kesan kopi pada baju sekitar dada bidangnya.
“Suka?..Gila ke mamat ni?Tak betul agaknya".Bisik Arianna dalam hati sambil menatap mata tampan Mikaell.
“Eh Mika..sampai pun kau,kejap...apa yang dah jadi ni?".Tanya Arfal pada Arianna dan Mikaell.
“Ni kawan Along yang nak datang sini tu ke?"Tanya Arianna pada Arfal dengan raut wajah yang sedikit malu.
“Laa..ni kan kawan Along Mikaell Dhaffa tu..alaa yang kita pergi kenduri doa selamat dekat rumah dia tu".Kata Arfal pada adiknya lagi.
“Alaa yang handsome,manis,cute,oppa-oppa.. macam bidadara kayangan tu..takkan cik adik tak ingat".Kata Mikaell pada Arianna dengan senyuman yang nakal.
“Eh kau..masuk bakul angkat sendiri nampak..hahaha".Kata Arfal pada Mikaell sambil ketawa.
“Awak yang saya langgar lepastu tertumpahkan air oren atas baju melayu awak haritu ke?..Saya betul-betul minta maaf".Kata Arianna dengan nada suara yang bersalah.
“Tak apa lagi pun..kalau lepas ni awak nak tumpahkan air dekat baju saya banyak kali pun..saya sanggup tadahkan sebesar lautan atlantis".Ujar Mikaell sambil tersenyum membuatkan pipi Arianna berona kemerahan .
“Ehem-ehem..dah lah tu..nak mengayat adik aku pulak..jom lah kita pergi coffee-coffee".Kata Arfal sambil menepuk bahu Mikaell.
*
“Aku balik dulu lah Mika dah nak maghrib dah ni..nanti apa-apa roger lah".Kata Arfal pada Mikaell sambil menghidupkan enjin kereta.
“Fal..sebelum aku lupa..minggu depan ada majlis company sikit dekat hotel The Westin Perth, semperna kerjasama antara Micaluv Sdn.Bhd dengan HR Holdings untuk keluaran perfume baru tu..so nanti kau datang tau..bawak sekali Arianna."Ujar Mikaell sambil matanya menatap wajah jelita Arianna.
“InsyaAllah nanti aku dengan Arianna datang".Kata Arfal pada Mikaell lalu memasuki perut keretanya.
*
KEESOKAN HARI,
THE UNIVERSITY OF WESTERN AUSTRALIA.
“Hi..are you Malaysian?".Soal Fazwin pada Arianna.
“Yaa..I'm Malaysian..You?".Soal Arianna kembali pada gadis itu.
“Iyaa..aku orang Malaysia..tapi kejap..kau..Arianna kan?".Tanya Fazwin dengan raut wajah yang teruja.
“Yes..aku Arianna..kau siapa ya?Kita pernah jumpa ke?".Tanya Arianna pada Fazwin dengan raut wajah yang hairan.
“Aku Fazwin Syafiah..kawan baik kau waktu zaman sekolah dulu..sampai hati kau dah lupakan aku..tahulah dah bertahun tak jumpa".Kata Fazwin lagi sambil mempamerkan raut wajah yang monyok.
“Aku kenal lah..saja je buat-buat tak kenal tadi and tak sangka pulak boleh jumpa kau dekat sini".Ujar Arianna pada Fazwin.
“Ingat pun dekat sayang kau ni..by the way..aku dekat sini sebab nak sambung master la..kau pulak nak sambung apa dekat sini?".Tanya Fazwin lagi pada Arianna.
“Aku pun nak sambung master..cours law..kau ambil cours apa?".Tanya Arianna sambil mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan berjenama Chanel miliknya.
“Seriously babe..aku pun ambil cours law jugak..nampaknya aku adalah teman dekat sini."Ujar Fazwin sambil memaut kan tangan pada lengan Arianna.
“Yes! finally..boleh la kita jadi macam dulu-dulu balik..hehe".Kata Arianna sambil tersenyum.
*
“So macam mana dah daftar dekat nama dekat Universiti?".Tanya Arfal pada adiknya sambil menonton televisyen.
“Dah tadi..Along nak tahu tak tadi Arin jumpa Fazwin dekat sana..tak sangka dia sambung master and ambil cours yang sama macam Arin..best lah Arin lepas ni sebab dah ada teman yang sekepala dekat sini."Ujar Arianna sambil tersengih.
“Ouh yeke..tapi memang lah best sebab ada geng hantu dekat sini".Kata Arfal dengan nada mengusik.
“Apa?..geng hantu Along cakap?".Tanya Arianna sambil memuncungkan mulutnya.
“Yelah..geng hantu kan..jangan ingat Along tak tahu yang Arianna dengan Fazwin tu pernah buli orang dekat sekolah dulu".Ujar Arfal sambil menatap wajah adiknya.
“Eh mana ada kitaorang buli orang dekat sekolah..Along jangan nak tuduh-tuduh ya..lagipun Arin kan pengawas..agak-agaklah kalau nak membuli pun".Ujar Arianna lagi dengan raut wajah yang tidak bersalah.
“Memang lah Arin tu pengawas..tapi jangan ingat Along tak tahu yang Arin dengan Fazwin pernah tampar budak tingkatan dua dulu". Kata Arfal sambil tersenyum sinis.
“Memang kitaorang tampar budak tu..tapi bukan buli..tu nak mempertahankan diri sebab diorang yang cari pasal dulu."Kata Arianna lagi.
“Haa yelah..adik Along ni kan baik kalah malaikat..ni Along nak ingatkan jangan lupa nanti ikut Along pergi majlis syarikat Mikaell tu nanti".Kata Arfal pada adiknya.
“Alaaa nak kena pergi jugak ke?Malas lah nak pergi cari baju nanti."Kata Arianna dengan nada merungut.
“Of course kena pergi..lagi pun syarikat family kita pernah ada projek dengan syarikat family dia..pasal baju tu nanti esok ikut Along pergi cari".Ujar Arfal lalu pergi meninggalkan adiknya yang masih berada di ruang tamu.
“Eishh yela-yela..Along ni pun orang tak cakap apa lagi lepastu terus pergi bilik dia".Kata Arianna sambil mendengus.
*
6 HARI KEMUDIAN,
“Along okay ke baju yang Arin pakai ni?".Kata Arianna sambil membetulkan dress satin unggu mewah miliknya.
“Okay je Along tengok..cantik ya ampun..ni kalau lelaki-lelaki yang kat dalam sana tu tengok..comfirm diorang cair punya".Kata Arfal sambil tersengih.
“Eishh macam tu pulak dia ni..orang tanya elok-elok..dia nak main-main".Kata Arianna pada abangnya sambil menutup pintu kereta.
*
“Hah sampai pun kau Fal!..ingat tak sampai-sampai tadi..by the way mana Arianna?".Tanya Mikaell pada Arfal sambil membetulkan tuxedo unggunya.
“Ouh adik aku pergi wash room kejap..nanti dia datang la tu".Kata Arfal pada Mikaell.
*
“Mana Along ni..dari tadi aku cari tapi tak ada".Bisik Arianna dalam hatinya.
“Hi miss..tengah cari siapa tu?".Tanya tengku Haziq pada Arianna.
“Saya cari..abang saya..Arfal Hadiff..Encik kenal tak?".Tanya Arianna pada Haziq sambil matanya melilau mencari kelibat abangnya.
“Kejap..you Hanim right?".Tanya Haziq dengan raut wajah yang terkejut kerana seakan dia mengenali wajah gadis tersebut.
“Yes saya Hanim..by the way dah lama orang tak panggil saya dengan nama tu..saya Arianna Hanim".Kata Arianna sambil tersenyum.
Mikaell mengepal tangan sasanya kerana melihat Arianna dan Haziq yang sedang berbual..dia menahan rasa cemburu lalu dia melangkah ke arah Arianna dan Haziq yang sedang bermesraan.
maaf kalau ada salah ejaan dan bahasa..harap korang semua setia membaca.
Share this novel