AAC/SID 7-OUR PLAN

Romance Series 21415

“MIKAELL..dari tadi aku tak nampak kau..kau pergi mana?".Tanya Tengku Haziq sambil tersenyum.

“Arianna..Along awak panggil tu..dia dekat sana..awak pergilah dulu dekat dia..nanti saya datang".Kata Mikaell pada Arianna sambil merenung tajam pada Haziq.

“Okay..thanks awak..".Ujar Arianna lalu pergi meninggalkan Mikaell dan Haziq yang masih berada di tempat mengambil minuman.

“Kau tak bagitahu aku pun yang dia datang..kenapa ya?Takut aku rampas dia dari kau ke?".Kata Haziq sambil tersenyum sinis pada Mikaell.

“Jangan kacau dia,dan...jangan tegur atau bercakap dengan dia lagi..kalau kau taknak rasa penumbuk aku lagi".Ujar Mikaell dengan penuh amarah.

“Kau takut ke kalau dia jatuh cinta pada aku pulak?".Kata Haziq sambil menatap mata amarah Mikaell.

“Aku langsung tak takut sebab...dia akan jadi isteri aku".Balas Mikaell lagi sambil mendengus kasar lalu meninggalkan tubuh Haziq yang masih berdiri diruangan minuman.

“Mikaell..Mikaell..Aku akan pastikan dia akan jadi milik aku malam ni".Bisik Haziq dalam hatinya sambil tersenyum sinis.

*

“Hi my baby..penat tau i cari you dari tadi..you pergi mana ha?".Tanya Damia pada Mikaell sambil tangannya merangkul leher Mikaell.

“Apa ni Damia..macam mana kau boleh ada dekat sini? Setahu aku..aku tak pernah pun jemput kau datang sini!".Ujar Mikaell dengan amarah lalu menolak tangan Damia dengan kasar yang sedang merangkul lehernya.

“You tak perlu tahu macam mana i boleh ada dekat sini..i datang sini sebab i rindu u lah baby".Ujar Damia sambil menggoda.

“Eh sana boleh tak..jijiklah aku dengan kau ni".Kata Mikaell dengan dingin lalu pergi meninggalkan Damia.

*

“Arianna...awak taknak makan apa-apa ke?".Soal Mikaell pada Arianna lalu menghenyakkan punggungnya pada kerusi sebelah Arianna.

“Kejap lagi saya makan..tunggu Along kejap".Jawab Arianna sambil menatap mata Mikaell.

“Ouh okay..sayang".Kata Mikaell lalu mengenyitkan mata tampannya pada Arianna.

“Eee gatallah awak ni".Kata Arianna dengan raut wajah yang berona kemerahan.

Setiap kali Mikaell mahu berbual dengannya..Arianna dengan secara tidak sengaja melayani sahaja..hatinya semakin berbunga-bunga melayan teletah Mikaell yang semakin mahu mencuri hatinya.

“Ehem..ehem nampak sepadan kauorang..pakai baju pun sedondon..dah macam laki bini aku tengok".Ujar Ashraf iaitu salah seorang kawan rapat Mikaell dan Ketua Pengarah di GR Global.

“Eh yelah..baru aku perasan adik aku dengan Mikaell sedondon hari ni".Sampuk Arfal yang sedang berdiri di belakang kerusi Arianna.

“Aah lah..mesti jodohkan sayang...".Ujar Mikaell sambil memandang tepat pada Arianna yang mempamerkan reaksi wajah yang malu.

“Euw..jodohlah sangat".Kata Arianna dengan bersahaja.

*

“Eishh..siapa pulak minah yang pakai baju warna sedondon dengan Mikaell tu..eee..menyesal pulak aku pakai dress hitam ni..ingatkan Mikaell pakai tuxedo yang biasa tu".Ujar Damia sambil melihat Arianna dan Mikaell dari jauh.

“Dah lama tak nampak kau..ingatkan dah mampus kena ganyang dengan bini sugar daddy kau tu..".Ujar Tengku Haziq pada Damia sambil tersenyum sinis.

“Kau tak payah nak perli-perli aku lah..lagi pun kau yang jemput aku datang sini kan?".Kata Damia dengan reaksi wajah yang bengang dengan apa yang dikatakan Haziq padanya.

“Memang aku jemput kau..tapi aku jemput ni bukannya saja-saja tau..sini!.........".Kata Haziq pada Damia lalu membisikkan sesuatu pada telinga gadis itu.

“Faham...mana benda tu?".Kata Damia sambil tersenyum sinis pada Haziq.

“Nah..tapi pastikan tak ada siapa nampak apa yang kau buat".Ujar Haziq sambil memberikan satu plastik kecil berisi pil berwarna putih yang dikeluarkan dari poket kecil tuxedonya.

*

Damia mencapai gelas Mikaell yang berisi air tembikai yang ditinggalkan oleh Mikaell di atas
meja kerana dia ingin pergi ke tandas.Damia memasukkan pil putih yang diberi oleh Haziq padanya dengan memerhatikan suasana sekeliling supaya perbuatannya tidak diketahui.

“Adeh..mana Arfal dengan Arianna ni cepat betul menghilang..aku baru pergi tandas sekejap".Kata Mikaell lalu meneguk air tembikainya yang berada di atas meja.

“Apasal lain macam je rasa air ni".Ujar Mikaell dengan hairan.

“You buat apa dekat tepi sini seorang diri?..Nah i ada bawakan air fresh orange untuk you..mesti you dahagakan".Tanya Haziq pada Arianna sambil menghulurkan segelas air.

“Saya ambil telefon yang tertinggal dalam kereta tadi..tu saja-saja duduk sini kejap..by the way thanks sebab tolong ambilkan air untuk saya".Ujar Arianna sambil tersenyum manis lalu meneguk air yang diberikan Haziq sebentar tadi.

*

“Eh awak okay ke ni?".Tanya Haziq sambil menyandarkan kepala Arianna pada dada bidangnya kerana Arianna hampir pitam.

“Kepala saya sakit sangat...tak tahulah pasal apa".Jawab Arianna yang sedang tersandar pada tubuh Haziq.

“Its okay..you pergi naik atas dulu..tekan lif tingkat 10..lepastu you pergi bilik belah kiri hujung sekali nombor 356".Ujar Haziq pada Arianna.

*

“Adoi..mana satu ni kiri ke kanan tadi yang Tengku tu cakap..haish..kanan rasanya".Kata Arianna sambil memegang kepalanya yang pening lalu berjalan pergi ke bilik yang berada di hujung pada arah kanan.

“Bilik 365?Betul lah kan?".Kata Arianna lagi sambil menolak pintu bilik.

Arianna membuka tudungnya lalu merebahkan dirinya ke atas katil empuk hotel.Arianna menyelimuti dirinya kerana kedinginan akan suhu bilik tersebut.

“Argh peningnya kepala ni".Kata Mikaell sambil menolak pintu bilik hotel yang telah dibooking olehnya.

Mikaell juga turut merebahkan dirinya di katil lalu membuka tuxedo dan singlet yang dipakai olehnya dan mempamerkan dada bidangnya yang sasa.Dia menarik selimut untuk menyelimuti dirinya dan tanpa sedar dia memeluk Arianna yang berada di sebelahnya yang turut berkongsi katil dengannya dan baring membelakanginya.
*

Damia membuka pintu bilik hotel dengan perlahan.Dia menuju ke katil bilik tersebut lalu langkahnya terhenti dan dia menjerit kerana melihat Mikaell dan Arianna yang sedang berpelukan dia atas katil dihadapannya.

Kerana mendengar suara Damia yang terjerit..Ashraf,Haziq dan Arfal pergi menuju ke arah bilik Mikaell.Mereka terkejut melihat adegan yang telah berlaku dibilik tersebut.

“ARIN!..MIKAELL!..BANGUN!".Jerit Arfal yang berada dihadapan katil.

jangan lupa support novel ni ya..Maaf kalau ada tersilap ejaan atau bahasa..harap korang sukakan karya ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience