AAC/SID 2-TANPA SENGAJA

Romance Series 21415

“ALHAMDULILLAH dah habis pun bacaan Yassin kita,semoga kalian semua yang turut menjayakan bacaan Yassin tadi dilimpahkan kebahagian,keimanan serta sama-sama menuju ke syurga Allah SWT".Ujar Ustaz yang mengetuai bacaan Yassin tadi.

Para tetamu semua dijemput menuju ke khemah untuk dijamu beberapa jenis makanan yang telah dihidangkan oleh pihak catering yang ditempah oleh Puan Sri Maria.

“Arin,duduk dulu ya..Along nak pergi cari kawan Along kejap".Ujar Arfal pada adiknya.

“Ala...Along jangan lah tinggalkan Arin lama-lama pulak dekat sini".Jawab Arianna dengan raut wajahnya yang sedikit monyok.

“Iya,kejap je..Arin pergi lah amik makanan ke air dulu..kejap lagi Along datang balik".Ujar Arfal lagi pada adiknya.

“Erm yelah-yelah".Arianna pun bangun pergi untuk mengambil air oren yang telah dihidangkan oleh pihak catering tersebut.

“Mana si Mika ni..tadi ada ni dah menghilang pulak".Bisik Arfal dalam hatinya sambil mencari-cari kelibat kawan baiknya itu.

“Aik macam mana ni dari tadi bukak benda alah ni air ni tak keluar-keluar pun".Kata Arianna sambil menolak button air ke atas.

“Cik,meh saya tolong".Ujar seorang lelaki yang berada dibelakang Arianna.

Arianna pun memandang ke arah sosok tubuh dibelakangnya sambil membawa air oren yang berparas suku didalam gelas kaca itu.Tangannya secara tidak sengaja terhayunkan gelas kaca itu pada arah Mikaell lalu dengan secara tidak sengaja air oren itu terkena pada baju melayu berwarna navy blue Mikaell dan kaki Arianna tersadung dan telah disambut oleh Mikaell.

“OPSS".Arianna dan Mikaell sama-sama terjerit kecil kerana masing-masing terkejut dengan insiden yang berlaku.Bibir merah Arianna bak delima ditenung lama oleh Mikaell,baginya sungguh cantik sekali seorang gadis yang berada dihadapanya.

“Sorry encik saya minta maaf saya betul-betul tak sengaja I'm really sorry for you".Kata Arianna sambil memandang ke arah baju melayu navy blue Mikaell yang telah tertumpah air oren.

“Its okay miss,saya yang perlu minta maaf sebab terkejutkan awak dari belakang.By the way...my name is Mikaell just call me Mika tapi kalau nak panggil abang Mika pun lagi sedap".Balas Mikaell sambil tersenyum.


“Mikaell?"Arianna merenung ke arah Mikaell sambil berbisik dalam hatinya.“Dia ni tak marah ke aku tertumpahkan air atas baju dia?"

“Cik oh cik?Kenapa ni?Tengah terbayangkan kita atas pelamin ke?Tanya Mikaell sambil ketawa kecil.

“Eh tak..tak saya cuma pelik encik tak marah saya ke sebab tertumpahkan air atas baju encik?"Balas Arianna dengan mimik muka yang malu akan kejadian tadi.

“Eh saya tak marah pun,lagi pun awak tak sengaja terjatuhkan air atas baju saya kan?Its okay saya ada baju nak tukar nanti".Ujar Mikaell sambil tersenyum ke arah Arianna.

“Mikaell Dhaffa!"Panggil Arfal pada Mikaell.“Eh kenapa aku cari kau dari tadi tak jumpa-jumpa rupanya kau ada dekat sini..ha yang Arin kenapa ada dekat sini?Tanya Arfal sambil mengalihkan pandangannya kepada Arianna.

“Wait.....dia adik kau Arfal?"Tanya Mikaell sambil merenung ke arah Arfal
“Haah dia adik aku kenapa Mika?"Tanya Arfal pada Mikaell.

“Kenapaaaaa....kau tak bagitahu ada adik yang cantik kalah model?"Bisik Mikaell pada telinga Arfal.

“Along...Arianna masuk dulu ya,aunty Maria panggil tadi".Ujar Arianna sambil merenung ke arah Mikaell.Dia juga tidak menyangka bahawa lelaki itu adalah kawan abangnya dicerita oleh Arfal didalam kereta tadi.

*

“Erm adik kau nama apa?Dah ada yang punya ke?"Tanya Mikaell sambil menyisip teh tarik panas yang telah disediakan catering.

“Adik aku tu nama dia Arianna Hanim.Dah dia dah berpunya..lagi pun dah nak bertunang pun..kenapa kau nak try adik aku ke?Sorry lah dah terlambat".Jawab Arfal sambil ketawa kecil.

“Ohh".Itu sahaja yang diungkapkan oleh Mikaell,benar dia merasakan hatinya sedikit terluka kerana perempuan yang dia baru cintai telah mempunyai kekasih hati.

“Aduhh melepaslah aku,tapi...baru je nak bertunang kan?Belum kahwin lagi kan Mikaell Dhaffa?Jadi kau masih ada peluang untuk merebut Arianna Hanim!Hahaha kau ni memang gila la Mika!Aku bersumpah akan ikat dia sebagai isteri!".Kata Mikaell di dalam hati sambil tersenyum sinis.

Sorry pembaca semua..sebab dah lama tak update next chapter..disebabkan tak berapa nak sihat dan kekangan masa sebelum ni..harap anda semua dapat menerima karya saya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience