“EISH..kenapa susah sangat dia nak follow back instagram aku ni!".Kata Mikaell sambil melihat akaun instagram miliknya.
“Tak akan awak langsung tak ingatkan saya?Hm..Its okay my dear..I will keep waiting until you will know that I am the one who should exist in your life".Kata Mikaell lagi sambil melihat gambar Arianna yang kelihatan sungguh cantik mengenakan dress berwarna marroon yang dipamerkan pada telefon bimbit Mikaell.
Ya!memang Mikaell sudah gila kerana mahu merampas wanita yang telah menjadi tunangan orang.. Itu kerana dia terlalu mencintai Arianna yang selama ini pernah mencuri tempat dalam hatinya.
*
FLASH BACK 9 TAHUN YANG LALU
“Ingat tau jangan pernah bagi tahu abang saya pasal kita..saya takut abang saya tak sukakan awak".Ujar Hanim pada Dhaffa.
“Ya jangan risau..hm lagi pun abang awak dia tingkatan 5 sebaya dengan saya kan?"Balas Dhaffa pada Hanim.
“Ya tapi kalau dia tahu pasal saya couple dengan awak mesti dia marah..walaupun abang saya tu duduk asrama tapi apa yang saya buat dekat sini mesti dia akan dapat tahu".Ujar Hanim pada Dhaffa lagi.
“Ouh yeke..abang awak mesti tak akan dapat tahu punya..takpa lah saya naik kelas dulu tau".Kata Dhaffa lagi sambil tersenyum manis pada kekasihnya Hanim.
*
Arianna menuruni anak tangga rumahnya untuk menikmati sarapan pagi bersama keluarganya.
“So bila flight Arin nak ke Australia?".Tanya Tan Sri Hisham pada anak perempuannya.
“26 Februari ni...ikut kan Arin punya flight 25 Februari ni..tapi tulah delay pulak".Balas Arianna sambil menikmati sekeping roti bakar yang telah disapu jem strawberry.
*
“Hah datang pun kau..aku ingatkan lagi setahun baru kau sampai".Kata Arfal pada Mikaell sambil mengerling matanya.
“Hehehe..kau dah order air ke Fal?".Tanya Mikaell pada kawan baiknya itu dengan raut wajah yang tidak bersalah.
“Bukan setakat order air je..dengan cawan-cawan dekat sini pun aku dah telan sekali sebab tunggu kau tak sampai-sampai".Balas Arfal.
“Sorry lah aku kemas-kemas barang tadi sebab esok dah nak flight ke Australia."Kata Mikaell sambil melihat menu yang diberikan pelayan cafe.
“Esok kau nak pergi?Baru sekarang kau nak bagitahu aku?".Tanya Arfal pada Mikaell sambil mendengus.
“Ala relax lah..aku pergi sana pun setahun je sebab nak settle kan business kat sana".Balas Mikaell.
“Tak apalah nanti boleh jumpa kau dekat sana".Kata Arfal lagi.
“Aik jumpa aku dekat sana..asal pulak?Kau pergi Australia jugak ke?".Tanya Mikaell sambil menghirup secawan hot latte caramel yang baru dihantar oleh pelayan cafe.
“Seminggu lepas kau pergi ke Australia..adik aku akan pergi jugak ke sana..yelah dia kan nak sambung master so aku kena teman dia dan ada lah hal-hal syarikat yang perlu aku settlekan dekat sana".Ujar Arfal kepada Mikaell.
“Huh!Seriously?...Arianna nak pergi sambung master dekat Australia?".Tanya Mikaell pada Arfal dengan penuh teruja.
“Iya...yang kau ni kenapa nampak suka sangat..bukan bini kau pun yang nak pergi sana".Balas Arfal lagi.
“Tak ada apa..aku cuma teruja je dengar yang kau pun akan ke sana jugak disebabkan hal-hal syarikat kau tu..hehe".Balas Mikaell sambil tersenyum manis.
“Yes....ini lah dinamakan jodoh tak salah alamat..aku nak ke Australia dalam masa yang sama Arianna pun nak ke sana..ada lah peluang aku nak pikat hati dia".Bisik Mikaell di dalam hati dengan penuh keterujaan.
*
Setelah hampir 1 jam perjalanan Mikaell dan keluarganya ke KLIA..Mikaell menurunkan beg luggagenya daripada bonet kereta Alphard milik Tan Sri Dhaffin kerana ingin memasuki ke dalam Airport.
“Nanti lagi 2 bulan mama akan datang ke sana ya..sementara tu Mika duduk dulu dekat sana settle kan apa yang patut".Ujar Puan Sri Maria sambil mengikuti langkah anaknya ke dalam KLIA.
“Ingat pergi sana uruskan business bukan nak berfoya-foya dan nak buat kerja gila tu lagi".Kata Tan Sri Dhaffin pada Mikaell.
“Iya papa Mikaell bukannya macam dulu lagi..cukup lah apa yang dah jadi sebelum ni".Balas Mikaell.
“Bagus lah kalau macam tu jangan lupa attend meeting dengan Tengku Hilyan minggu depan nanti".Ujar Tan Sri Dhaffin pada Mikaell.
“Okay pa..nanti apa-apa Mika akan update..bye mama..papa".Balas Mikaell sambil melambai tangan dan terus berjalan menuju ke lapangan terbang.
*
“All airplane passengers are required to wear seat belts for safety and activate Airplane Mode on your cell phone".Kata salah seorang Pramugara yang sedang memberikan arahan pada penumpang.
“Hi baby...tak sangka jumpa you dekat sini kan!".Kata Damia pada Mikaell sambil menghenyakkan punggung pada sebelah seat Mikaell.
“What are you doing here shit!.Macam mana kau boleh ada dekat sini?"Tanya Mikaell pada Damia dengan raut wajah dan reaksi yang terkejut.
“I ada dekat sini sebab nak teman you pergi Australia lah baby..sampai hati you tak bagitahu i yang you nak pergi sana kan".Kata Damia sambil menyentuh dada bidang Mikaell dengan penuh menggoda.
“Eh kau sana lah perempuan..jangan mimpi yang kau akan bersama dengan aku dekat sana nanti".Balas Mikaell sambil menjegilkan mata lalu dia menepis tangan Damia ke tepi.
jangan lupa support novel saya ya..terima kasih pada yang sudi membaca karya ini..
Share this novel