BAB 7

Romance Completed 1234

Aku kemudiannya mengajak Hana ke satu kawasan lapang. Aku pastikan tiada kenderaan berdekatan dan tempat itu cukup luas untuk Hana memandu tanpa mencederakan dirinya atau kereta aku. Minit-minit yang pertama amat mendebarkan. Dia beberapa kali tersilap pijak pedal minyak walaupun dia sebenarnya mahu membrek. Apa lagi, mengaum dan terlompatlah kereta Myvi aku kedepan.

Berpeluh-peluh aku menahan ketakutan ketika mengajar Hana membawa kereta. Dia nampak kelakar, menggenggam stereng begitu kuat sehingga otot tangannya mengeras. Tangannya lurus kedepan dan dia duduk dalam posisi yang pelik. Keningnya bertaut menandakan betapa dia cuba untuk fokus dalam pemanduan. Habis hidungnya berkerut-kerut ketika dia cuba untuk membelok. Sikit-sikit stereng dipulasnya. Akhirnya, tawa aku meledak juga. Hana menjeling garang.

Akhirnya, setelah beberapa kali dia memandu dalam bulatan, dia sudah agak mahir mengendalikan stereng. Tak lama kemudian, dia memberhentikan kereta menghadap pantai. Kertas renyuk itu dikeluarkan sekali lagi, dan satu garisan ditanda dalam kotak bernombor empat. Hana tersenyum bangga. Kertas tersebut disumbat masuk kedalam poket kurung Pahangnya.

Sunyi. Kami berdua bersandar sambil menikmati pemandangan di depan mata. Deru ombak dan angin pantai yang nakal mengelus rambutku membuatkan aku rasa terbuai.

"Apa kita nak buat lepas ni?" Tanyaku. Kerusi kereta aku betulkan sedikit. Setelah hampir separuh hari memandu, belakang aku mula rasa sakit-sakit.

"Tak ada apa-apa."

Aku terdiam. Buat pertama kalinya Hana tak mahu buat apa-apa.

"Hana..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience