BAB 1

Romance Completed 1234

Setiap kali aku menggenggam stereng kereta, aku rasa bebas. Bebas seperti burung yang terbang bebas di langit biru yang terbentang luas di angkasaraya sana.

Kaki kanan aku menekan kuat pedal minyak. Kereta terus memecut lebih 140 kmjam. Terbang, aku harap kereta aku terbang. Ataupun terbabas. Ataupun jatuh gaung. Tapi, aku tak nak mati. Kalau aku langgar apa-apa, aku harap aku tak mati, tapi aku harap aku terhentak kuat sampai aku tak ingat apa-apa. Biar memori aku terpadam, supaya aku tak akan ingat siapa-siapa.

"Sekali kau mencuri, selamanya kau pencuri!"

Ayat tersebut menjerit keras dalam kepalaku. Bergema-gema. Cis, nampaknya semua orang tak percayakan aku! Pedal ditekan lebih kuat. Nafas aku jadi tersekat-sekat. Aku menghentak kuat stereng dengan kedua-dua belah tangan berkali-kali. Aku rasa marah, bengang dan dikhianati!

Kalaulah aku boleh putar masa... Ibarat aku dapat peluang kedua dalam kehidupan! Macam... Bila karekter kau mati dalam game dan kau boleh main sekali lagi, restart, tapi kali ini kau dah arif pasal permainan tu. Kau tahu apa yang bakal kau tempuh dan kau tahu macam mana nak atasinya. Pendek kata, kau macam ada akses kepada cheat code! Cheat code untuk hidup kau!

Tapi, sekuat mana pun keinginan aku, aku tahu semua itu tak akan jadi kenyataan. Tak ada peluang kedua untuk hidup setelah kau menjengah ke alam sana. Perjalanan kau dah berakhir. Game over. Waktu tu baru kau sedar, betapa tak bermaknanya hidup berbanding apa yang menanti di sebelah sana. Apa yang kau kejar selama ini, harta, pangkat, wanita, sebenarnya tak bernilai sesen pun!

Aku terpaksa berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi tanki kereta yang hampir kering. Perut aku juga sejak tadi menyanyi-nyanyi minta diisi. Aku capai beberapa tin air, tiga bungkus keropok dan sebotol air mineral. Kemudian, aku terus bergerak beredar dari situ. Sepanjang perjalanan, aku mencari tempat yang sesuai untuk bermalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience