BAB 2

Romance Completed 1234

Melarikan diri nyata tak semudah yang aku sangka. Apabila wang yang dibelanjakan datang dari poket sendiri dan bukan poket mak ayah, aku rasa hidup sempit sekali. Lebih-lebih lagi pada waktu sekarang. Tak ada tempat berteduh. Cuma aku, kereta dan longgokan baju di tempat duduk belakang. Aku mendengus. Tiba-tiba, aku rasa kerusi aku seperti ditolak sedikit.

"Kau tahu, tak semua benda yang kau plan akan jadi kenyataan. Kadang-kadang, dalam hidup...Kau akan berdepan dengan sesuatu yang tak terjangka! Plot twist!"

Aku menekan brek sekuat hati setelah terdengar satu suara kecil di belakang telinga. Kereta Myvi yang aku pandu berhenti mengejut. Gadis di tempat duduk belakang terlontar sedikit kehadapan. Aku terkejut. Dia pula tergamam.

Dari cermin pandang belakang, jelas kelihatan seorang wanita genit berbaju kurung duduk di tengah-tengah lambakan baju yang sempat aku capai di rumah tadi. Rambut ikalnya panjang dan dibiar jatuh, beralun pada kedua belah bahunya. Anak matanya hitam pekat dan bulat. Wangiannya kuat menusuk hidungku. Hantukah? Keringat sejuk mula turun melalui cerun pipiku.

"Kau tak payah lah takut sangat!" Kata gadis tersebut dengan nada marah. Dibetulkan duduknya sebelum dia menghempas badannya pada kusyen.

Aku hilang kata. Salah...Sebenarnya aku terlalu gugup untuk berkata-kata!

Aku putar stereng, cuba untuk mengalihkan kereta kebahu jalan. Serta-merta, aku berpaling kebelakang dan nampak gadis tersebut tersenyum manis kearahku. Selendang putih yang terletak elok atas kepalanya disilang pada leher. Nampak ayu dan anggun sekali apabila dipadankan dengan kurung Pahang yang dipakainya sekarang. Cuma aku rasa sedikit ralat apabila dia memakai pakaian berwarna putih, dari hujung rambut hingga hujung kaki!

Aku diam, cuba mengumpul kekuatan. "Aku tak tahu macam mana kau masuk... Tapi aku nak kau keluar sekarang!"

"Kalau aku tak mahu?" Tanya gadis tersebut. Matanya bundarnya nakal menjengah anak mataku.

Aku terus melangkah keluar. Pintu belakang aku buka seluas mungkin sebelum aku cuba menarik lengan gadis tersebut keluar dari perut kereta. Dia mengengsot ke sebelah yang lagi satu lalu membuka pintu dan melangkah keluar. Dia berdiri tegak di sisi kereta bagai seorang soldadu. Selendang putihnya beralun ditiup angin malam. Gadis itu masih tegar mengulum senyum manakala aku pula diserang rasa keliru dari setiap arah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience