BAB 8

Romance Completed 1234

Hana berpaling. Aku jadi kekok. Itu pertama kali aku menyebut namanya. Dalam hatiku, satu rasa hangat menjalar memenuhi setiap rongga. Indah sekali.

"Sebenarnya, aku... Lari dari rumah." Ujarku jujur. Aku tak tahu kenapa aku membuat pengakuan kepadanya... Tapi, aku rasa aku perlu luahkankannya kepada seseorang. Dan pada waktu ini, aku cuma ada Hana.

"Kenapa?" Tanya Hana. Ada sedikit nada risau dalam pertanyaannya.

Aku melempar pandang ke luar tingkap. "Sebab aku, orang jahat. Aku pencuri!" Air liur terasa pahit. Kau tak tahu betapa sukar untuk aku melafazkan kata-kata terebut. Dalam hati, aku tahu aku bukan pencuri. Namun setelah berkali-kali dituduh, aku putus asa. Aku jadi percaya aku memang pencuri!

"Kau tak nampak jahat, pada mata aku Aiman..." Ikhlas pengakuan yang keluar dari mulut Hana. Sayangnya, dia baru mengenali aku selama beberapa jam. Kalau dia kenal diri aku yang sebenar, naik kereta dengan aku pun mungkin dia tak mahu.

"Mereka tuduh aku!" Ada sedikit getar dalam suaraku.

"Tuduh apa?"

"Mencuri!"

"Kau mencuri?"

Pertanyaan Hana bagai mencurah garam ke luka yang sudah lama berdarah pada hatiku. Lembaran lama yang tertutup rapat kebali terbuka. Kalau aku bersumpah aku tak mencuri, percayakah dia? Mungkin Hana akan percaya, namun keluarga aku, bagaimana?

Tiga utas rantai mak hilang. Jam Rolex ayah juga hilang bersama beberapa bentuk cincin suasa bertatahkan batu delima. Wang tunai RM 500 lesap begitu sahaja. Mak dan ayah pula begitu mudah menunding jari kearahku lalu mengherdik aku supaya memulangkan segala apa yang telah aku ambil dari mereka. Tapi, macam mana aku nak pulangkan kalau bukan aku yang mengambilnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience