BAB 9

Romance Completed 1234

Tiga tahun lalu, aku hampir disumbat kedalam lokap setelah mencuri barang kemas mak. Mak ingat rumah kami telah dipecah masuk lalu dia menghubungi pihak polis. Namun, alangkah terkejutnya ibu bapa aku setelah segala bukti yang ditemui terarah kepada aku, satu-satunya anak lelaki dalam rumah tersebut. Mak kecewa. Ayah pula naik angin lalu menyebat aku bertalu-talu tanpa belas.

Ya, aku pernah mencuri. Pernah. Sekarang, tidak lagi.

"Aiman, kau kena balik. Bagi tahu mereka perkara yang sebenar!"

"Mak dengan ayah aku takkan dengar!" Aku menghentak tangan pada dashboard kereta. Hana tersentak. Aku kenal mak ayah aku. Mereka berdua mempunyai ego setinggi langit. Mereka langsung tak mahu mendengar cerita dari sebelah aku. Katanya, itu semua dusta dan aku sengaja mengada-adakannya!

"Diorang akan fikir kau betul-betul bersalah... Aiman. Tapi kau tahu apa yang lagi teruk? Pencuri yang sebenar dapat larikan diri... Dan kau yang akan jadi galang gantinya."

Kata-kata Hana menyentap hatiku. Aku bagaikan dibawa kembali ke dunia nyata. Ada benarnya kata dia. Kalau aku tak balik, pencuri yang sebenar akan terlepas. Dia gembira manakala aku pula sengsara!

Aku menghela nafas.

"Kadang-kadang, aku rasa baik aku mati. Disebabkan satu kesalahan di masa lampau, aku terpaksa berhadapan dengannya seumur hidup!" Aku melepas keluhan berat. "Hana... Susah bila semua orang sudah hilang kepercayaan terhadap diri kau..."

"Kau terlalu lemah Aiman. Masalah kau taklah besar mana. Kau jangan main-main dengan mati. Kalau kau mati, orang akan rindukan kau." Hana berhenti sebentar. "Kau takkan tahu betapa orang yang kau sayang akan merana melihat kau pergi."

Bara dalam hati aku bagai disimbah minyak, kembali marak setelah mendengar sindirian yang keluar dari mulut Hana. "Kau tahu apa? Kau tak apalah, sebab kau gila! Kau boleh buat sesuka hati kau!" Terlepas ayat tersebut dari mulut aku. Amarah aku tak lama sebab kemudiannya aku dibanjiri dengan rasa bersalah yang bertimpa-timpa. Gadis disebelah terkedu. Namun dia tetap tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience