BAB 6

Romance Completed 1234

"Aiman, bila kali terakhir kau jalan tak pakai kasut?" Tanya Hana. Aku mengangkat bahu. Aku tak ingat. Mungkin juga aku tak pernah! Aku tak suka menanggalkan kasut. Tidak setelah Muthu, kawan sekolah lama aku terpaksa dihospitalkan setelah terpijak paku tekan karat di padang sekolah! Setelah aku mendapat tahu dari guru kelasku bahawa kejadian tersebut boleh membawa maut, terus aku jadi tak berani.

Hana masih lagi berbaring memandang bintang. Aku pula tidak sedar sejak bila aku leka memandang gadis di depan mata. Hana, dia istimewa... Mengkagumkan! Dia tidak peduli tentang dunia, dan dia berseronok mengikut kata hatinya! Kalaulah aku sebegini kuat dalam menentang cercaan orang kepadaku, aku pasti sekarang aku takkan berada di sini, melarikan diri. Aku akan berdiri dan berani menyatakan perkara yang sebenar kepada mereka.

Namun, bukan mudah jika kau mahu bangkit menentang jika orang yang menuduh itu merupakan keluarga sendiri!

"Aiman!" Hana menjerit. Aku tersedar dari lamunan.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Soal Hana. Aku cepat-cepat berpaling. Rasa hangat menderu naik menggigit pipi. Tak sopan rasanya aku memandang anak gadis orang sebegitu rupa.

"Mana ada aku pandang kau!" Jawabku pantas. Hana memandangku semula dengan mata yang membulat. Kertas dalam genggamannya diangkat lalu dilayangkan dihadapanku. Dia kemudiannya, dengan yakinnya, menanda kotak bernombor 6. Kotak yang tertulis - bercinta.

"Ta.. . Tak!"

"Ya ya ya!" Dia tanpa segan silu mengenyitkan mata kepadaku.

"Kenapa kau nak nafikan, dari cara kau pandang aku pun aku dah boleh agak. Kau suka aku kan...?"

Aku terus menggeleng, dan aku maksudkannya. Aku tak rasa aku sukakan dia. Langsung. Aku cuma rasa sedikit terhibur dengan keletah gadis tersebut. Itu sahaja. Namun, beriya-iya benar Hana cuba menyakatku. Aku yang malas hendak ambil pusing terus membiarkan sahaja dia mengejek tanpa sebarang kata balas dariku. Biar nanti dia penat sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience