BAB 10

Romance Completed 1234

"Siapa tak gila... Bila orang paling kau sayang pergi tinggalkan kau buat selamanya!"

"Hana..."

"Mak aku, baru meninggal... Dua minggu lepas." Manik-manik jernih mula terbentuk pada hujung matanya. Cepat-cepat dia seka dengan hujung baju. Kertas renyuk didalam saku bajunya dikeluarkan semula. "Kau tahu ni apa? Ini perkara yang mak aku janji akan buat bersama aku bila dia sihat nanti... Dia paling nak tengok aku berkahwin... Dan sebagai gurauan aku tulis bercinta, sebab nak tak nak dia terpaksa tengok aku bercinta sebelum aku kahwin..." Hana ketawa dalam sedu.

"Mak..." Air matanya tak putus-putus mengalir turun. Hati aku direnggut pilu. Hana kemudiannya menyambung lagi, "Mak dah bertahun-tahun melawan kanser... Tapi, aku tahu dia sudah tak berdaya. Badan mak dah tinggal tulang. Tiub-tiub yang membelit badan mak semakin banyak... Kau patut bersyukur Aiman, sebab kau masih ada kedua-dua ibu dan bapa. Tapi aku... Aku tunggal! Bapa aku dah meninggal dua tahun lepas!"

Lengan bajunya ditonyoh pada muka. Mengesat segala sisa air mata yang ada.

Gadis disebelah yang sebelum ini nampak kuat dan begitu cergas dihadapan aku rupa-rupanya cuma seorang insan yang rapuh. Hatinya pasti hancur setelah diuji dengan ujian sebegitu rupa. Berbeza dengan aku. Apa yang aku hadapi cumalah satu tuduhan semata-mata. Namun, aku terasa amat putus asa sehingga terfikir untuk membunuh diri! Hana telah kematian kedua ibu bapanya, ada dia terfikir untuk membunuh diri? Tidak!

"Hana, you're wonderful. Kau... Istimewa." Ujarku.

"Terima kasih..." Balas Hana sambil tersenyum manis.

Selepas itu, malam jadi sunyi. Hana sudah terlena disebelah sementara aku pula masih melayan perasaan. Hati aku bengkak. Aku diracun rasa marah yang amat sangat dan dalam masa yang sama, aku dihantui rasa kecewa. Perasaan yang bercampur-baur dalam dada membuatkan kepala aku pening. Aku penat. Perlahan, kelopak mataku jadi berat. Tanpa kusedari, aku turut sama terlelap disamping Hana.

AKU BANGUN dengan pandangan yang berbalam. Aku pandang sebelah, Hana sudah tiada.

Aku meraup wajah. Tidak pasti sama ada kejadian semalam merupakan satu realiti atau fantasi. Semuanya terasa terlalu benar untuk sebuah mimpi. Aku memegang leher. Terasa badan aku lenguh-lenguh. Sewaktu aku memalingkan badan, aku terlihat sehelai kertas berwarna putih terletak elok disebelah gear. Perlahan, kertas berlipat empat itu aku buka.

Kau terlambat Aiman. Aku dah hilang malam tadi, bertukar menjadi ratusan rama-rama biru lalu terbang menuju ke bulan. Anyway, kalau ada apa-apa, kau boleh call aku. - 019 -5544

Aku pusing-pusing kertas itu di depan mata. Pada muka surat belakang, tercoret satu ayat dengan sebuah kotak kecil disebelahnya. Kotak tersebut sudahpun bertanda.

Bagi tahu mereka perkara yang sebenar!

Dan aku pun tersenyum. Matahari menyambut aku dengan sinarnya yang hangat. Aku pula sudah membulatkan tekad. Enjin dihidupkan. Destinasi seterusnya - balik, dan cerita pada mereka perkara yang sebenarnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience