Bab 36

Romance Series 6574

Hampir 2 jam kami berada di pantai.Sepatutnya hanya sekejap sahaja tetapi disebabkan perempuan sewel itu membuatkan kesabaran aku hilang kerana itu aku ingin menenangkan jiwa aku sebelum pulang ke rumah.
"Wei..aku nak baliklah dah pukul 4.30 petang ni.Baik aku balik sebelum orang dekat rumah tu bising!.. " kata aku..
"Aku faham.Kau balik lah ..aku naik Daniel nanti." balas Aina.
"Okay thanks , dapat luangkan masa dengan aku..."
"Welcome..bye..take care..Kalau ada apa-apa just roger je tau.." pesan Aina..
"Ok bye.." balas aku..

**

Sampai aku di rumah pada pukul 5.00 petang.Aku nampak kereta Farid sudah ada terpakir di halaman rumah.
Menandakan dia sudah pulang.

Aku mahu masuk ke dalam rumah.
Tetapi aku ternampak sepasang kasut tumit tinggi tersusun di ruangan rak kasut , dan aku pasti itu bukan kepunyaan aku dan mummy.
Aku tiba-tiba merasakan tidak sedap hati , tetapi aku membiarkan sahaja perasaan itu.
Aku membuka pintu dengan menguncapkan bismillah kerana aku takut apa-apa yang berlaku di dalam rumah.
Aku sudah membuka pintu , tetapi badan aku tiba-tiba tidak bergerak seperti aku menjadi beku.
Tanpa aku sedari air mata aku berjujuran jatuh di pipi aku.
Betapa terkejutnya aku dengan apa yang terjadi sekarang.
Aku tak sangka Farid akan bawa betina tu masuk ke dalam rumah mummy dan daddy.
"Farid ! Ape benda korang buat ni ?! " jerit aku. Aku memang tidak dapat mengawal emosi aku sekarang apabila aku melihat agenda mereka.
Aku nampak mereka terkejut akan jeritan aku.
"Eh ! Kau ni masuk rumah dah menjerit. Tak ada perasaan malu ke ?! " marah Farid.
"Sepatutnya aku yang tanya dekat kau soalan tu.Kau tak ada perasaan malu dengan apa yang kau buat ni ?! Kau tu suami orang tapi boleh berpeluk-pelukan bagai dengan betina lain !! " lenting aku.
"Kau jangan berani panggil dia betina.Kau yang layak digelar betina ! " lenting Farid kepada aku.
"Dia memang layak lah digelar betina ! Dia tu betina murahan ! " lenting aku dari sekali.
PANG ! badan aku jatuh terduduk ke lantai.
Aku merasakan pipi aku begitu sakit dan air mata aku lebih laju mengalir.
Aku sungguh tak menyangka dia akan buat aku macam ni !..
"Aku dah tak tahan dengan perangai kau ni ! Naik benci aku tengok muka kau ni ! Jadi aku nak bercerai dengan kau !! " lenting Farid.
Aku terus bangun dan berdiri di depan Farid.
"OK FINE ! Aku akan tuntut surat cerai dekat mahkamah nanti ! Kau ingat aku tak ada maruah kau nak hina aku ! Aku pun dah naik menyampah tengok muka kau dengan betina ni ! " aku melentingkan kata-kata aku sambil mengalir air mata aku yang laju membasahi pipi ku.
Aku terus berlari naik ke atas dan masuk ke bilik aku.
Lalu aku terus mengambil pakaian-pakaian aku dan memasukkannya ke dalam beg bagasi aku.
Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu bilik aku dengan perlahan.
"Masuklah..." kata aku.
Rupanya Mak Intan yang mengetuk pintu bilik aku.
"Mak Intan nak apa...?" tanya aku sopan..walaupun aku tengah marah tapi aku masih menghormati orang tua.
"Fiya..kenapa kemas baju ni ? Fiya nak keluar rumah ke ?! " tanya Mak Intan dengan risau.
"Ya Mak Intan , Fiya dah tak tahan dengan dua hantu dekat bawah tu ! " balas aku sambil cuba mengawal emosi aku supaya tak bercakap kasar.
"Cuba Fiya bawa berbincang dengan Farid baik-baik. Insyaallah jalan penyelesaian dia baik nanti.. " nasihat Mak Intan kepada aku.
"Tak perlu Mak Intan. Dia dah benci sangat dekat Fiya sampai sanggup lempang isteri sendiri demi mempertahankan perempuan yang tak ada maruah tu ! Lagi pun Fiya nak tuntut cerai nanti. Mak Intan mesti dengar apa yang dia cakap tadi kan.. " balas aku.
"Tapi Mak Intan tak nak ...." tak sempat Mak Intan habiskan kata-katanya aku sudah menyambung.
"Tak apa Mak Intan jangan risau. Terima kasih ambil berat pasal Fiya.Halalkan makan minum Fiya " pesan aku lalu memeluk Mak Intan sambil air mata aku yang tak berhenti mengalir.
"Jaga diri baik-baik tau Fiya. Mak Intan tak kisah pun semua tu. Mak Intan dah anggap Fiya ni anak Mak Intan sendiri.. " pesan Mak Intan.
"Baik Mak Intan..Fiya pergi dulu Assalammualaikum.." balas aku dengan sopan..
"Waalaikumsalam.." balas Mak Intan dengan lembut.

**
Aku turun ke bawah sambil membawa beg bagasi aku.
Aku nampak mereka seperti sudah menunggu aku untuk keluar dari rumah ni.
"Baguslah kau keluar dari rumah ni. Menyemak je duduk dalam rumah ni. Dan kau memang tak akan layak duduk dalam rumah ni sampai bila-bila.." perli Farid.
"Suka hati aku lah nak berambus dari rumah ni ke tak ! Dan aku tak minta ulasan dari kau sebelum aku keluar dari rumah ni ! " perli aku semula..
"Kau makin lama , makin kurang ajar . Kau kena ingat aku ni still suami kau tau tak ?! " lenting Farid.
Aku memberhentikan pergerakkan aku dan aku memusingkan badan aku untuk berpalingkan badan aku ke Farid apabila dia menyebut perkataan 'SUAMI'..
"Sejak bila kau sedar suami aku ?!?! Setahu aku dulu kau yang pernah cakap yang kau ni tak nak jadi suami aku tapi kau nak jadi suami kepada mahluk ciptaan Allah S.W.T ni betul tak ?! And aku dah tak anggap lagi yang kau ni suami aku. Buat apa aku nak still sayang dengan suami yang langsung tak ada kepercayaan kepada isteri dia sendiri kan ! Lagi pun kita dah nak bercerai pun kan. So perktaan ' S.U.A.M.I ' tu kau buang jauh-jauh dalam laut ! sebab perkataan tu dah tak berguna lagi dalam hidup kau dengan aku !..Harap korang happy lah ya dapat jadi satu keluarga kan. Cepat-cepat lah kahwin daripada buat perkara tak senonoh memberatkan dosa buat apa kan ! So bye...! " perli aku habis-habisan.
Farid terus terdiam apabila termakan dengan perlian aku.
Aku terus memulakan pergerakan aku semula.
" Kau jangan ingat ini pengakhiran hidup kau ! Ni baru permulaan . Dan last aku tak akan biar kau bebas ! " gertak Miera.

Aku hanya membiarkan perempuan itu membebel sendiri.
Aku dah malas nak layan dua hantu ni.
Hati aku dah retak seribu.
Diorang betul-betul mencabar iman aku.
Aku rasa lebih baik aku akhirkan kisah ini dengan lafaz talak dari Farid sahaja.
Daripada membuat hidup aku lebih terseksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience