Bab 37

Romance Series 6574

Aku memandu kereta aku dengan laju tetapi aku tak tahu mana mahu aku pergi.
Aku memberhentikan kereta aku di RNR.
Aku memikir sejenak , kemana aku mahu pergi.
Kalau aku pergi ke rumah mama dan papa pasti mereka kecewa dengan apa yang berlaku antara aku dan Farid dan aku takut papa terkena serangan sakit jantung.
Aku tak nak beri mereka kejutan yang dapat menyakitkan hati mereka.

***

Sejenak aku memikir , akhirnya aku dapat membuat keputusan iaitu tinggal di rumah Aina.
Lalu aku menelefon Aina.
"Wei Aina tolong aku ! " desak aku secara tiba-tiba.
"Waalaikumsalam...nak tolong apa ?.. baru nampak hantu ke ?! Tergesa semacam ! " perli Aina..
"Woi sempat kau perli aku ! Aku dah lah tengah serabut ni ! " marah aku.
"Alololo...kesian dia , yelah nak tolong apa ? " pujuk Aina.
"Sementara ni , aku nak tinggal dengan kau boleh tak ?! " tanya aku dengan tergesa.
"Boleh sayang , tapi kau dah minta kebenaran suami kau ke ?.." tanya Aina.
"Dah !!.." jerit aku.
"Ehh kau ni tak payahlah jerit-jerit aku tak pekak lagi lah ! Kenapa kau marah sangat ni ?! Kau ada masalah dengan dia ke ?!.." tanya Aina sambil memarahi aku.
"Memang selalu ada masalah kalau duduk dengan dia ! Nanti lah aku cerita lah ! Ni boleh ke tak ?!.." marah aku..
"Tadi kan dah cakap ! siapa yang pekak ni kau ke aku ?!.." marah Aina sambil memerli aku..
"Sorry .. aku tak dapat nak kawal emosi aku..Oklah aku nak gerak pergi rumah kau ni. Dalam 10 minit lagi aku sampai ! " pesan aku.
"Ok hati- hati , jangan sampai jumpa hantu pula..." perli Aina..
"Dah lama jumpa , tadi pun kau dah jumpa dekat pantai kan.." perli aku semula..
" Oh faham-faham..oklah bye.." jawab Aina.
"Ok bye.."

***

"Ting tong ! "
Aku menekan loceng rumah Aina.
"Kejap ! " jerit Aina yang berada di dalam rumah.
Aku nampak Aina sedang berlari keanak-anakan ke arah aku.
"Sorry lambat , tadi aku tak dengar kau panggil sebab aku tengah leka layan my Fake love." ujar Aina.
"Aku tak kisah kau nak layan Fak Love kau tu ,tapi kalau ya pun jemput lah aku masuk dulu ..ni tak ! " perli aku..
"Sorry again...silalah masuk tuan puteri... , meh aku tolong bawakan beg bagasi kau tu..." pujuk Aina.

***

Aina membawa aku masuk ke biliknya.
Kami kalau tidur serumah pasti akan tidur sebilik..kami dah biasa tidur sama-sama.
Di rumah aku pun sama..
Aina akan tidur sebilik dengan aku.
"Kau tak kisahkan tidur sama-sama dengan aku ? " tanya Aina.
" Buat apa nak kisah..dah biasa tidur dengan kau..ngigau kau semua aku dah tau..tapi yang penting kau tak buat perkara yang bukan- bukan " perli aku.
"Kau ingat aku ni dalam golongan LGBT !! " marah Aina.
"Tak adalah.. aku gurau je , nak menyejukkan hati aku.." ujar aku.
"Hati kau yang sejuk ..hati aku ?!?! " marah Aina semula.
"Dah tak payah nak marah-marah..nanti cepat tua..karang Daniel dah tak nak kahwin dengan kau dah..siapa yang nak kahwin nenek macam kau ?!?! " perli aku..
"Amboiiii....dah lah..ni aku nak tau..apa masalah kau dengan Farid ?!? Sampai keluar rumah bagai kenapa ?!?! " tanya Aina.
"Jangan sebut nama dia ! kalau kau nak cakap pasal dia..panggil dia hantu ! faham ! " pesan aku.
"Uish garang nya..ok faham..apa masalah puan dengan hantu tu..saya nak selidik masalah puan dengan hantu tu.." kata Aina seperti seorang polis.
Aku menjeling kepada Aina.
Entah apa masalah dia ni..
"Si hantu tu bawa masuk betina sewel tu dalam rumah mummy ! " marah aku.
"Hah ! biar betik ?!?! .." jerit Aina sambil membeliakkan matanya.
"Kalau dia nak melepak dengan pontianak siang tu dekat luar ke tak pun gitu-gitu je dalam rumah tak apalah..Ni dia...... " tak sempat aku habiskan kata-kata aku air mata aku sudah mengalir.
"Eh.....kenapa tiba-tiba kau nangis ni ?!?!?.. dia buat apa ?!?!.." tekejut Aina selepas melihat aku menangis..
Aku tidak mempedulikan soalan Aina lalu aku terus memeluknya dan menangis sekuat hati.
"Ala Fiya jangan macam ni , kau kan strong..tak apa aku ada..kau cerita je , selagi kau tak cerita selagi tu perit.. " nasihat Aina sambil memujuk ku.
Aku menegakkan kepala aku dan menghadapkan muka aku ke Aina.
Aku cuba menguatkan diriku untuk cerita.
"Farid...dia nak bercerai dengan aku.." ujar aku dan menundukkan kepala aku semula dan menangis.
"What ?!?! Kenapa pula ?! " tanya Aina dengan terkejut.
"Dia betul-betul dah bencikan aku.... buat apa aku nak dengan orang yang tak sayang aku lagi dah ! " raung aku.
" Kau jangan lah putus asa.Selagi dia tak lafazkan talak dekat kau selagi tu korang ni suami isteri .And kau pun tau yang dia hilang ingatan...So tak payah nak marah sangat.." pujuk Aina.
"Walau dia hilang ingatan pun..but dia still kena layan aku macam isteri dia..dia kena laksanakan tanggungjawab dia..kalau tak dapat layan aku baik-baik pun percayakan lah aku..itu pun masih marah-marah aku..lebih percayakan kan si sewel tu.." bantah aku dengan kata-kata Aina.
"Dah lah , benda dah jadi nak buat macam mana lagi..dia dah tak nak aku ...so dengan cara lepaskan aku je akan buat hidup dia aman dan hidup aku.." sambung aku.
"Kalau kau dah buat keputusan macam tu...aku tak dapat nak halang kau ...And aku doakan kau ni jalan yang terbaik untuk kau.." ujar Aina.
"Thank you...Sebab faham aku... " puji aku.
" Welcome ..dah pergi lah mandi . Nanti malam makan sama dengan aku..lagipun mak dengan ayah aku balik esok.." ujar Aina.
"Ok..bye aku nak mandi..."
"Byee...jangan lama-lama pula mandi tu...aku nak mandi juga..badan aku dah bau kambing ni ha ..." pesan Aina.
"Biar je ...Daniel bukan kisah pun..." perli aku sambil mengambik towel lalu menuju ke bilik mandi.
"Diamlah ! " marah Aina.
"Hehe..biarlah aku nak bising.." ngomel aku sendiri tanpa Aina sedari.

***

Sudah 2 hari aku tinggal di rumah Aina.
Aku masih belum ready nak bagi tau mama dan papa.
Tengah aku sibuk termenung sendirian di bilik .
Tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada panggilan .
Aku nampak di kaca skrin telefon aku tertulis nama mama.
Aku sudah menjadi gelabah dan aku cuba menenangkan diri aku.
Perlahan-lahan aku mengangkat panggilan mama.
"Assalammualaikum..mama.." aku memberi salam dengan suara yang tergetar-getar.
"Waalaikumsalam....Fiya.... " mama menjawab salam aku..
Tetapi dengan suara yang menangis..
Jantung aku tiba-tiba berdegup laju.
Aku dapat rasakan ada sesuatu yang akan berlaku.
Tetapi sesuatu yang buruk.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience