Sampai senja aku dan Aina berbual.Memikirkan cara nak memulihkan ingatan Farid tu punya pasal.Kalau tak aku ni asyik kena jadi mangsa kemarahan dia je.Tapi nasib baik lah kesabaran aku tinggi.
**
Aku meneman Aina pulang.Semasa kami turun.Kami nampak Daniel dengan Farid masih ada lagi di bawah.Aku nampak Aina memandang Farid dengan tajam tapi..ehh dia ni yang emo lebih kenapa..aku yang kena maki hamun dengan Farid bukannya dia..tapi..dengan Daniel bukan main manis sekali senyuman dia.Semut pun boleh melekat dekat mulut dia tu...hmm kahwin je lah dua orang ni..daripada menggatal macam ni...
**
Di luar pagar..
"Balik elok-elok tau..jangan melencong tempat lain pula.."perli aku..
"Ish kau ni tak habis-habis ayat tu je keluar bila aku nak balik..aku ingatlah jalan balik rumah aku..aku tak hilang ingatan lagi macam Farid tu.!"marah Aina..ehh tu suami aku tau kau perli..walaupun dia benci aku..but aku still sayang dia..
"Suka hati kau lah nak cakap apa...yang penting balik elok-elok ok..!"
"Ok byee...love you my bff!"
"Love you too my bff..!"
**
Apabila aku masuk rumah aku nampak Daniel dah nak balik.
"Fiya.. aku nak cakap sikit dengan kau boleh?.."tanya Daniel..
"Ohh boleh dekat mana..??"
"Dekat luar je.."
"Oh ok jom.."
Aku nampak Farid pandang kitaorang lain macam..aku pun tak tau kenapa..entah lah..dia kan memang macam tu so biarlah je lah dia tu..
**
"Kau nak cakap apa?"tanya aku.
"Aku nak cakap.Aina ada cakap apa-apa dekat kau pasal aku?"aku mengerut kan dahi aku..aik kenapa tiba-tiba tanya pasal Aina ni..??
"Tak ada..kenapa?"
"Tak ada apa-apa pun..cuma aku nak kau tolong aku.."
"Tolong apa??"
"Tolong teman aku dengan Aina keluar jalan-jalan boleh?"..aku ingatkan serius mana lah dia nak cakap tadi..
"Hahaha..confirm lah boleh..tak ada masalah pun..lagi pun bosan juga duduk rumah nanti..sebab mummy dengan daddy pun..nanti nak keluar pergi oustation..so tinggal aku dengan Farid je lah dekat rumah.."balas aku..
"Ok..sorry lah tanya soalan yang pelik dekat kau ..hahaha..sorry"kadang-kadang aku tengok Daniel ni comel juga..patutlah Aina suka..tapi tak apa...aku ada Farid..
"Ok lah pergi lah balik..dah senja ni..nanti jangan lupa datang esok ya?"
"Ok..thanks sebab dapat tolong..!! bye..!!"
"Byee..!!"
**
Aku naik tangga nak pergi bilik aku.Bila aku nak buka pintu tiba-tiba ada orang pegang tangan aku.Bila aku toleh sebelah kanan aku rupa-rupanya...
"Farid kenapa ni ... i nak masuk lah.."
"Kau ikut aku masuk bilik aku dulu..baru kau masuk bilik kau.." Farid menarik tangan aku dengan kuat dengan muka dia.. jangan cakap lah masam gila..aku pun tak tau kenapa dia tiba-tiba macam ni..
"You kenapa ..nak i masuk bilik you?"tanya aku.
"Aku ni siapa?."tanya Farid.
"You my husband.."
"So..kenapa kau boleh gelak ketawa dengan jantan lain..bukan tu je..dah lh best friend aku pula tu kau gelak tawa borak!"marah Farid..lah baru aku tau maksud daripada muka dia ni.
"Kitaorang bukannya ada apa-apa pun..kalau i tak kisah you dengan Miera..so why you nak kisah pasal i kan.."aku saja memerli dia..biar dia rasa apa yang aku rasa..
"Suka hati aku lah!..kau dengar sini ehh..aku nampak kau dengan laki lain siap kau.."Farid memberi amaran kepada aku..
"Ok..so i dah boleh balik bilik i ke?"
"Pergi lah kau!"
"Ok..tak payah nak cemburu sangat..i tak lari dengan laki lain pun..."kata aku sambil berjalan ke pintu untuk keluar..
**Farid Rafie p.o.v**
Aku pelik kenapa aku nak kena cemburu?
Tak kan aku suka dekat dia?
Betul ke dia isteri aku yang aku sayang dulu?
Tapi kenapa aku ingat Miera je? taj ingat dia?
Ishh!!kenapa aku nak pikir pasal dia ni?!!..
Kau kan dah ada Miera buat apa kau nak dia..!!
Tak payah nak cemburu lah Farid..kau benci dekat dia kan!!!
Selepas aku maki hamun seorang diri...aku pergi mandi dulu..
**End Farid Rafie p.o.v**
**Skip time**
**Pagi**
Aku bangun awal hari ni..sebab aku betul-betul lena dengan tidur aku.Aku jadi lena sebab Farid..bila dia cemburu dekat aku tu..i like it..
**
Aku turun kebawah nak buat breakfest..
"Good morning Mak Intan..nak tolong boleh?"tanya aku dengan gembira..
"Boleh..kenapa happy semacam ni..ada apa-apa ke ni??"tanya Mak Intan..
"Tak ada apa-apa lah..saja je..nak saya tolong apa Mak intan.."
"Tolong buatkan air..boleh?"
"Boleh..no problem.."
**
"Eh awal princess mummy bangun hari ni..lena ke tidur semalam??"..eh mummy macam tau-tau je..
"Tak ada lah mummy..jom makan..mana daddy??"
"Tengah bersiap..Farid mana??"
"Tengah bersiap juga..yelah nak pergi kerja kan hari ni.."
"Aah..diorang balik awal nanti..sebab ada party nak buat hari ni kan.."
"Ohh ok.."
Aku nampak Farid turun dengan diikuti daddy..
"Good morning mummy.."kata Farid..ehh mood baik je ni kenapa..selalu nya..mood basi jee..
"Good morning Farid cepat makan..nak pergi kerja kan kejap lagi.."
"Ok..."
Tengah kami sibuk makan..daddy memulakan berbicaranya..
"Farid Fiya esok mummy and daddy..nak pergi oustation..sepatutnya lusa..tapi disebabkan..ada masalah sikit..so kena pergi awal lah.."kata daddy..
"Ohh ok daddy.."jawab Farid..
"Mummy..."
"Ya kenapa??"tanya mummy..apabila Farid memanggil mummy..
"Mummy hari ni kan ada party..so Farid nak ajak Miera datang boleh tak..??"tanya Farid..
Hampir tersedak mummy..bila dengar Farid nak ajak Miera datang..patutlah baik semacam tadi..takut kena reject lah tu..
"Farid nak ajak Miera??"mummy tanya kepada Farid..tetapi mummy pandang kepada aku..sebab nak tau aku ok ke tak..
Aku menggelengkan kepala aku..
"Boleh ehh mummy..kali ni je.."pujuk Farid..
"Hmm..suka hati lah..mummy tak halang.."mummy akhirnya mengalah..aduh nanti dia datang ke..hancur lah mood aku..
"Mummy..nak cakap boleh..??"tiba-tiba aku tanya dekat mummy..
"Apa?"
"Fiya nak sambung belajar esok boleh..??"
Kali ni mummy betul-betul tersedak..akibat terkejut dengan kata-kata aku..
"Kenapa awal sangat??"tanya mummy..
"Aah lah Fiya kenapa awal sangat??.."tanya daddy..
"Tak ..cume Fiya bosan lah duduk rumah nanti..sebab mummy dengan daddy kan pergi oustation esok..so lebih baik Fiya start esok..please mummy..."pujuk aku..
"Hmm...kalau Fiya dah cakap macam tu..Fiya pergi lah esok..mummy faham.."
"Thanks mummy.."
Farid memandang pelik dekat aku...
Pelik sangat ke keputusan aku ni sampai..semua nak terkejut..
**
Aku sebenarnya..nak hilang kan stress aku..
Aku nak busy kan time aku dengan belajar sebab
FARID RAFIE...
Dengan cara dia tadi pun aku dah tau..confirm dia akan selalu dengan Miera bila mummy dengan daddy tak ada..
Mesti dia lagi marah aku..
Benci dengan aku..
Hmm..aku pun tak tau kenapa ujian ni perlu datang dekat aku..
Aku tak dapat peluang nak ingatkan ingatan dia balik..
Aku hanya perlu redha je lah...apa yang jadu ni..
Share this novel