Setelah majlis akad nikah aku selesai.Catering yang telah diupah mummy dan mama tengah mengemas rumah.Aku menukar baju pengantin aku ke baju t-shirt yang biasa.Aku tengok Farid dan Daniel sedang leka berbual.Aku tengok dengan lama mereka sambil aku minum air di dapur.
"Mak kau oren jus tumpah!!!"melatah aku..aku kalau terkejut memang semua perkataan keluar.
Aku nampak Farid dan Daniel pandang aku.Mana tak nya kuat aku melatah tadi.
"Ish!! kau ni..terkejut aku..!!"marah aku.
"Alaa...sorry la...aku bukan sengaja pun!"jawab Aina.
"Yelah..tapi aku malu auu..sebab melatah kuat tadi!"marah aku lagi.
"Padan muka!..dah aku bukan nak gaduh dengan kau pun sekarang ni aku nak teman kau je..yelah nanti susah nak lepak sama-sama lagi kan.."
"Yelah...sorry lah..."
"Wei aq terpijir gak nanti malam pertama kau macam mna eh??"ngusik Aina sambil ketawa kecil.."Kau nak mati awal ke?Yang mau menyibuk tu apasal?!"tanya aku sambil memberi pandangan maut.
"Alah tanya je tu pun salah ke?!"
Eh minah ni sibuk je masuk campur hal rumah tangga aku.
"Kalau nak tau pergi kahwin awal.!"
"Eleh sombong kita tanya baik-baik dia tanya marah-marah jawapan tak pun tak A+!"
"Suka hati aku lah nak jawab A+ ke G+ ke...tak ada masalah pun kan.!Jab aku pelik lah kau tak balik rumah kau ke nak dekat senja ni tak reti nak balik rumah ke?!"tanya aku dengan nada garang alah aku gurau je bukannya betul-bwtul marah pun.
"Amboiii! menghalau nampak tau lah dah ada suami.Mak ayah aku pergi Uk sebulan sebab business trip..Aku nak ikut tau tapi disebabkan kawan aku sorang ni nak kahwin tak jadi aku."
"Wahh!! terharunya aku dapat kawan macam ni...So that means kau tinggal sini sebulan lah?"
"Yep!"jawab Aina dengan pantas.
"Nape tak berani duduk sorang ke?!!.."perli aku.
"Yekah kau nak aku pengsan kalau benda tu datang..mau mati kejung aku kat rumah tu..kakau rumah kecil tak palah ni rumah besar kau pun sama kan tak berani?!"
"Kita kan sama!!.."jawab aku dengan simple....
"Nak dekat senja ni Fiya!....pergi mandi tidur awal solat dulu..Esok ada majlis lagi Farid pun sama!!"jerit mummy dari ruang tamu.
Selepas aku dengar mummy menjerit aku cepat membasuh cawan aku dan terus naik tangga pergi ke bilik aku untik ambil baju dan mandi...
Share this novel