Bab 34

Romance Series 6574

Party selesai pada pukul 11.00 malam.
Mama dan papa aku pun sudah balik.
Semua sudah pulang kerana party sudah selesai kecuali hanya catering yang diupah mummy and daddy.
Aku dah rasa mengantuk , aku terus naik ke atas.

**

Pagi esok...
"Good morning mummy..! " sambut aku dengan gembira.
"Good morning..! " balas mummy dengan memberi senyuman manis nya..
"Mummy pukul berapa nak pergi Uk ? "tanya aku.
"Dalam pukul 8.00 kami gerak pukul 9.00 nanti baru kami berlepas."
"Ohh ok.."
"Ni Fiya..sebelum mummy pergi oustation ni..mummy nak pesan.." mummy memerlahankan suaranya.
"Nak pesan apa mummy ? " tanya aku.
"Kalau Farid tu keluar dengan Miera ke.Balik lambat ke.Marah-marah Fiya.Roger je mummy ok! " mummy memesan kepada aku.
"Ok.Tapi mummy kalau dia marah Fiya bagi tau mummy.How? " tanya aku lagi.Yelah mesti dia akan ugut aku.Kalau kau bagi tau mummy siap kau aku kerja kan.Itu je lah ayat yang aku dengar dekat drama.Tak sangka pula aku pun terjebak sekali.Aihh nasib lah.
"Bagi je tau.Biar dia..ha tu dia dah turun." mummy dan aku nampak Farid dah turun terus kami mebuka topik lain. Coverline supaya tak kantoi.
"Morning mummy !.." sambut Farid dengan ceria.
"Morning..aih happy je..kenapa best sangat ke malam tadi ?.."perli mummy.
"Mana ada mummy.Ni mummy dengan daddy nak gerak pukul berapa? " tanya Farid.
"Kejap lagi kitaorang gerak lah.Ni makan ni dulu baru pergi kerja . Fiya pun makan dulu baru pergi kolej ok !.." pesan mummy..
"Ok!.."
Akhirnya daddy pun turun selepas bersiap.
Dan kami makan bersama-sama.

**

"Ok ya kami gerak dulu.Farid jaga Fiya baik-baik.Jangan nak menggatal je kerja.Dekat office pun sama.Ok kami pergi dulu Assalammualaikum..." pesan daddy.
"Waalaikumsalam...bye.." balaa aku.
Selepas mereka keluar.Aku terus mengambil kunci kereta aku dan heel aku.
"Ok lah Farid aku pergi dulu..assalammualaikum.." kata aku sambil menyalam Farid dengan acuh tak acuh. Hati aku dah sakit dengan dia. Bila dia buat perangai semalam.

** Flashback**

"Aih...isteri tu wujud lagi lah.Tak mampus pun lagi.." perli aku..
Betapa sakitnya hati aku bila tengok dia pegang-pegang tangan bersuap bagai depan mata aku.Ingat aku ni tak wujud ke dekat sini.
"Suka hati aku lah ! yang kau menyibuk tu kenapa ?!!.." marah Farid.
"Entah perempuan jenis macam kau ni tak layak lah.Nak jadi isteri dia ok..!! Dan tak payah nak sibuk pasal Farid ehh perempuan tak guna.." nyampuk Miera.
Ehh betina ni..yang kau sibuk masuk hal rumah tangga aku pahal.
"Aku isteri dia.Suka hati aku lah nak buat apa dekat suami aku ni ! Yang kau sibuk tu pahal !.."marah aku lebih menjadi-jadi.Tapi aku cuba mengawalnya.
"Ehh Fiya !! kau ni semak lah ! macam mana lah kau ni boleh wujud dekat hidup aku! dah ahh berambus lah !!..Kau tak payah nak jerit-jerit dekat Miera ni ! kau tak ada hak pun !" marah Farid.Suaranya kali ini menjadi lantang.
Aku dah tahan air mata aku supaya tak mengalir . Tak kuasa aku nak menangis depan orang yang tak guna macam ni.Aku nampak Miera tengah senyum happy bila aku kena pekik dengan Farid.Ingat sini ada buat MLM..setan punya betina..!!
" Suka hati kau lah Farid !!!...aku dah malas nak layan kau lagi.!!" aku lantangkan suara aku dan terus naik ke atas sambil menangis.Aku dah tak boleh tahan nak menyimpan air mata aku lagi.

**End flashback**

"Eh kau ni..tak nak salam sudah.Baik tak yah salam kalau kau salam suami kau macam ni!.." marah Farid.
"Suka hati aku lah.And sejak bila kau sedar jadi suami aku.Setahu aku sampai mati pun kau tak kan sedar aku isteri kau kan !.."perli aku.
Aku terus masuk ke dalam kereta dan terus pandu kereta aku ke kolej .
Aku dah penat dah asyik kena caci maki dengan orang kena hina.Ingat aku tak ada maruah ke !!..marah aku dalam hati.

**

Sampai di kolej..
"Hai Fiya..!!" sambut Aina dengan happy.
"Hai...." aku menjawab dengan malas.
"Kau ni kenapa ?..macam ada masalah je ?..kalau ada cerita lah dekat aku.." pujuk Aina.
" Tak adalah.Mana ada aku penat je semalam." jawab aku.Aku dah tak nak fikir pasal Farid dah.Hati aku dah hancur dengan dia.
"Kau jangan tipu.Aku dah kenal kau lama tau..19 tahun aku kenal kau..aku tau kau ada something yang tak kena..cuba cerita dekat aku.." pujuk Aina lagi.
"It okay.Tak ada something yang jadi pun.." aku masih cuba untuk mengelak dari menjawab pertanyaan Aina.
"Ok fine tak nak bagi tau tak apa..but aku ada satu syarat kalau kau tak nak bagi tau.." pinta Aina.
"Apa syarat nya??" tanya aku.
"Aku nak kau senyum and borak dengan aku seolah-olah kau ni happy.Boleh? " pinta Aina..
"Boleh..perkara yang mudah je.." balas aku sambil mengukirkan senyuman.
"Ada kala..kita kena pura-pura happy untuk diri kita..supaya dapat lupakan masalah yang datang.Kita tak boleh lari dari masalah sebab tu kita kena sentiasa happy.Tak kira lah kau dalam keadaan macam mana pun nak nazak ke..apa-apa lah.Yang penting kita happy.Sebab bila kita happy fikiran kita akan sentiasa positif.Ada ke orang tengah happy dia mencarut tak adakan..So jalan penyelesaian dia akan lebih mudah.And buat apa nak tunjuk kesedihan tu dekat orang.Nak merajuk ke apa tak perlu.Sebab orang bukan suka pun tengok kita macam tu orang lebih suka tengok kita happy.." nasihat Aina membuatkan aku berfikir semula.
"Thank you so much Aina !! you are my best friend and amazing friends..." puji aku..
"Welcome..Apa guna nya kita cakap tu best friend kita.Tapi besf friend tu langsung tak dapat buat apa-apa time kita ada masalah.Macam langsung tak membantu.Yang dapat hanya selalu lepak dengan kita je..Itu bukan dikira best friend tau..itu just kawan sahaja..bagi aku kau ni sahabat.Maksud sahabat dengan kawan lain tau..Kawan kita ramai kawan dekat mana-mana kita dapat kawan senang je kita sebut kawan dekat orang lain , macam jom kawan dengan aku?..but sahabat kita jarang sebut..nak cakap sahabat pun jarang kita dapat dengar..lagi satu susah nak cari sahabat sebab kita akan sebut sahabat dengan sorang je.Dalam banyak-banyak kawan kita ..sorang je kita panggil sahabat maksudnya.Bila kita susah dia tolong bila kita senang dia ada bersama kita.Bila kita happy dia turut senang sekali bukannya memerli.Bila kita jauh dia selalu ingatkan kita.Kita hanya dapat percaya seorang sahaja dalam ramai-ramai kawan kita ada..itu maksudnya sahabat.And kau lah sahabat aku dunia akhirat..Jauh mana pun kita pergi..Kita pasti akan saling merindui.." nasihat Aina..
Kata-kata Aina membuatkan air mata aku jatuh ke pipi.
Dalam tak sangka Aina pun turut menangis.
"Ish dah lah..jom masuk kelas nanti lambat..drama dah habis dah pun.." kata Aina sambil mengesat air matanya..
"Ok lah jom..." balas aku..

Ya Allah kau .
Terima kasih lah memberi sahabat aku yang baik yang selalu ada dengan aku.
Aina YOU ARE MY BEST FRIEND FOREVER AND EVER..
Aku sayang kau Aina...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience