bab 12

Romance Series 6574

Hari ni hari yang aku memang tak kan lupa sampai mati sebab hari ni hari perkahwinan aku dengan Farid.Perkahwinan aku berlangsung di rumah aku .Aku rasa macam nak nangis je tapi aku tahan aku tak nak rosakkan majlis.Aku tak tau apa akan jadi lepas ni...
"Fiya dah mandi ke?"tanya mama.
"Sure lah mama!"jawab aku.
"Ok kalau macam tu ni yang akan make up anak dara mama yang tak lama jadi isteri orang ni.."
"Ish mama ni...yelah tapi masih anak mama kan..."
"Yer...ok lah dah nanti lambat pula Fiya nak bersiap..mama turun bawah dulu kejap lagi mama naik.."kata mama
"Ok!"...
Mama tinggalkan aku dengan orang yang akan make up aku.

Setelah beberapa jam aku sudah bersiap memakai gaun pengantin untuk majlis akad nikah.Aku tak tau nak menyerikan wajah aku lagi dengan senyuman.Aku bukan suka pun kahwin dengan Si Farid tuu...aku dah tolak dipaksa apalah nasib...
"Wow menatu mummy cantik macam bidadari..."puji mummy.
"Wow...ni kalau Farid nampak ni terpegun...."tak sempat Aina sambungkan ayat dia aku dah mencubit tanggannya.
"Aduh sakit la!"marah Aina.
"Padan muka siapa suruh mulut tu bisa!"marah aku.
"Ok dah jangan gaduh jom turun bawah...pengantin lelaki dah ada dekat bawah.Jom!"
"Jom!"serentak aku dan Aina jawab.

Aku dapat rasakan bertapa sejuk dan menggigilnya kaki dan tangan aku semasa turun tangga.Lagi-lagi aku ternampak Farid dah ada bersama bapa aku yang menjadi wali untuk aku.Nasib baik aku tak tergolek ke masa turun tangga kalau tak...malu tak terkata....Aku dan Aina duduk bersebelahan mummy dan mama..Aku sungguh nervous macam nak jawab periksa SPM...
"Weii kau ok tak nii..?"tanya Aina..
"Aku ok cuma nervous and takut."jawab aku ...
"Relax jangan gelabah sangat ok!"
"Ok!"

"Muhammad Farid Rafie bin Dato' Haris Rafie"
"Ya saya"
"Aku nikah kan di kau dengan anak ku Nurina Sofiya binti Fakhrul Hisyam dengan mas kahwinnya RM5000 tunai..."
"Aku terima nikahnya Nurina Sofiya binti Fakhrul Hisyam dengan mas kahwinnya RM5000 tunai..."
"Sah!"
"Sah!.."

Farid berjalan menuju ke aku untuk menyarung cincin di tangan aku.
Selepas menyarung cincin dia mencium dahiku...aku menahan air mata aku supaya tak jatuh di pipi ...

"Sekarang ni Fiya dah jadi isteri orang kena ikut cakap suami ya"pesan mama..
"Ok mama"jawab aku sambil memeluk mama.Yelah nanti aku mesti rindu mama.Nak kacau mama pagi-pagi.Nak gosip dengan mama...Apatah lagi Aina aku memang akan rindu sangat dekat kawan aku sorang ni..walaupun aku selalu gaduh dengan dia...tapi aku akan rindu time aku dengan dia...lepak lepak dengan dia makan sama-sama dengan dia..
Sebab aku dah jadi isteri orang tak boleh keluar sesuka hati je.Aku kena minta izin dulu.
Aku pandang Aina aku dah nampak air mata bertakung dekat mata dia.
"Aina! Selalu telefon aku tau nanti.Aku jadi isteri orang je tau..bukan nak berpisah dengan kau.."jawab aku sambil mengeluarkan air mata.
"Sure lah aku akan call kau selalu.Aku dengan kau mana boleh berpisah sampai mati pun...kalau boleh aku nak kubur aku sebelah kau bila aku dah mati nanti ...."kata Aina sambil menangis dan memeluk aku...
"Aku sayang kau macam keluarga aku sendiri tau..."
"Me too...."

Esok masih ada majlis lagi...tapi yang penting aku nak luangkan masa dengan Aina sekarang....You are my best friend forever Aina....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience