bab 1 hanya sepasang baju putih

Romance Series 6574

Tepat pada pukul 6.00 pagi aku bangun untuk menunaikan solat subuh."Ya Allah Ya Tuhanku ampunkanlah dosa hamba mu ini.Ampunkanlah dosa ibu bapa ku.Engkau masukkanlah arwah bapa ku ke dalam syurga mu Ya Allah.Engkau lancarkanlah majlis yang akan berlangsung pada hari ini Ya Allah dan Engkau berkatilah hidupku sentisa Ya Allah,aaminnn...."aku membaca doa sambil ada air yang mengalir di pipi ku.Kenapa?aku selalu soal dalam hidup aku kenapa.Kenapa hidup aku begini?Kenapa aku harus menjadi mangsa dendam dia?Kenapa aku selalu dihina?kenapa dan kenapa? aku tidak mahu menolak takdir , tetapi aku mahu tahu kenapa aku yang perlu terima dugaan ini.Mengapa bukan orang lain?

"Kring Kring Kring"bunyi jam loceng telefon aku sangat bising di telinga aku."ish memakak betul lah kau ni jam"aku menutup jam loceng ku dan mencampak ker lantai dengan mamai."EHHHH!!!fon aku!!!.."aku mengambil semula fon aku dan memeriksa jika fon aku masih hidup dan retak."Alhamdullillah..selamat hidup nasib baik tak retak.Ish! bengapnya aku pegi campak fon aku"membebel aku seorang di pagi buta."Eh!SUBUH..sempat-sempat" aku
berlari keanak-anakan ke bilik mandi untuk mengambil wudhu.

"Aaminnnnn...selamat sempat."aku menghala nafas kerana sempat menyelesaikan solat subuh aku.Selesai solat aku bersiap untuk pergi ke kolej.

"Mama!"..."Ehh anak aku tergolek..ISH! budak ni selalu suka buat mama terkejut!"
"Alah mama ni sorry lah..nanti kalau fiya dah kahwin mama sorang-sorang jer kat rumah.."perli aku sambil mengambil sandwich yang mama buatkan.

"Tak payah nak perli mama.Kalau dia pergi kolej pun sama juga,mama sorang-sorang juga kat rumah nii.."
"aih memang tak dapat kalah kalau dengan mama ni." ngumpat aku dalam hati.
"Ok lah mama fiya nak pergi kolej ni.Kirim salam kat papa.Pesan dekat dia jangan nak kerja sangat rehat kan badan tu sikit."pesan aku sambil berjalan ke ruang tamu untuk pergi ke kolej.

"Assalammualaikum sahabat dunia akhirat aku"jerit Aina dengan gembira apabila nampak aku."Waalaikumsalam sahabat dunia akhirat lah sangat suruh belanja aiskrim dengan kek pun entah bila nak dapat."perli aku ke Aina."Alah..jangan lah marah nanti aku belanja eh!.".Aku memandang dengan tidak puas hati ke Aina."Erh! yelatu entah-entah dua tahun akan datang kau punya janji tu.kau punya nanti tu bukannya boleh percaya.Gelak Aina bila dengar aku cakap macam tu."Kau ingat aku buat MLM kat sini!"marah aku dekat Aina.."Alololo sorry lerr...jangan lah marah bossku...ha bossku! relax lh sis..ehh"balas Aina dengan senyuman manja."Yelah..nasib baik bff aku." jawab aku dengan malas."Thank you,love you bye nak masuk kelas..muah!.."
"Eiii! tak kuasa aku nak lesbian dengan kau kat sini...ok bye.Love you too"balas aku sambil berjalan menuju ke kelas

"Ok kelas kita tamat pada hari ini terima kasih dan jumpa esok"ucap pensyarah dan terus keluar daripada kelas.Aku cepat mengemas buku aku dan mengambil beg terus berjalan keluar dari kelas.
"Wei!Aina..tunggu aku.."berlari aku menuju ke Aina."Ya aku tunggu,aku tak lari pun.."
"Wei..bal..ik..ni...ka..u...tem..an..ak..u..balik ru..mah..jap boleh ta..k?"tanya aku sambil termengah-mengah.Aku rasa penat tu macam lari 200 meter padahal 10 meter jerr."Ya! aku teman kau.Relax tak payah clumsy sangat..ish budak nii..".."dah jom naik kereta kau".."ok" jawab aku dengan simple.
Sampai sahaja aku dirumah aku terlihat kereta yang macam aku kenal dan banyak kasut di depan rumah.
"Wei mak aku ada buat kenduri ker?"tanya aku.
"Yer kut"jawab Aina
"Kenduri apa?"tanya aku balik
"Kenduri tahlil anak dia kut"jawab Aina dengan selamba.Aku memandang Aina seperti mahu memakan dia.
"Wei kau nampak kasut ni?"
"Nampak"
"Kau nak kasut ni melekat dekat muka kau?"tanya aku dengan nada yang garang.
"Tak tak tak.Gurau jer.Relax lah x yah marah.Dah jom lah masuk!"
"Jom"jawab aku dengan ringkas.
Kami membuka kasut dan terus membuka pintu dan memberi salam.Tiba-tiba aku rasa diri aku seperti beku walaupun tak sejuk macam salji."Wei apahal kau tak masuk.Masuk lah!"kata Aina kepada aku.
"Tak kenapa dia?"tanya aku kepada diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience