Bab 38

Romance Series 6574

"Kenapa mama nangis ni ?! " tanya aku dengan cemas.
"Fiya datang dekat hospital sekarang... " pinta mama sambil menangis.
"Ok nanti SMS alamat hospital tu.. " pinta aku.
"Ok.." balas mama..

***

Aku cepat mengambil beg tangan aku dan turun ke bawah.
Apabila aku turun ke bawah lalu mencari Aina.
"Aina ! " jerit aku.
"....... " tiada sahutan dari Aina.
"Ish .. ! mana budak ni ?! " marah aku.
Lalu aku mencari Aina di tepi kolam.
Aku nampak dia sedang bersidai di tepi kolam sambil memakai headphone.
"Patutlah tak den?ar ! " marah aku.
Lalu aku melepuk kepalanya.
"Adooiii !! " Aina mengadu sakit.
"Ish ! kau ni kenapa ?! Main lepuk kepala orang ! Tak benda lain ke boleh main ?! " marah Aina.
"Padan muka ! Aku panggil kau sampai nak terkeluar anak tekak aku ni ..kau still tak dengar ! " marah aku semula.
"Aku tengah layan kpop aku lah ! sebab tu tak dengar ! " balas Aina.
"Sekarang ni aku tak nak dengar alasan kau ! Tak kisah kpop ke nak nazak ke ! cepat siap dan teman aku pergi hospital ! " pinta aku dengan nada yang garang.
"Buat apa nak pergi hospital siapa yang KO ni ?! " rungut aku.
"SIAP JE LAH !! " lenting aku.
"Ya...sabar....aku bukan macam superman boleh terbang terus pergi bilik..aku manusia biasa yang perlu berjalan menggunakan kaki... " perli Aina..
"Memang lah berjalan pakai kaki tak akan pakai gigi pula !! dah cepat lah banyak rungut pula !! " marah aku.
"Yelah..jangan lah marah...itu pun nak marah " ngomel Aina..
Aku hanya memberikan pandangan maut kepadanya.

***

Dalam beberapa minit kami sudah tiba di hospital.
Aku memakirkan kereta aku di tempat pakir kereta yang kosong.
Aku lekas keluar dari kereta.
"Wei sabarlah ! Jangan gelojoh sangat boleh tak ! Nak cepat-cepat buat apa..nak kena langgar dengan kereta ke ?! " tegur Aina dengan tegas.
"Kalau kena langgar pun senang ... depan mata ni ha hospital tak payah susah-susah nak call ambulance..dah cepat lah ... !! " ujar aku.
"Ada je jawapan dari kau.... " rungut Aina.
Selepas aku mengunci kereta , aku terus berlari masuk ke dalam hospital.
"Ish budak ni ! baik tak payah ajak aku teman ! Kalau akhirnya aku sorang-sorang juga ! " ngomel Aina sendirian.

***

Aku cepat masuk ke dalam hospital dan aku tak perlu untuk mencari wad kerana mama sudah memberi tahu aku.
Aku telah sampai di tingkat 2 lalu aku nampak mama terduduk sayu di kerusi.
Aku cepat berlari ke arah mama.

"Mama....kenapa nangis ni ?! " tanya aku dengan risau.
"Fiya ... kalau mama cakap , Fiya kena redha ya sayang... " nasihat mama kepada aku.
"Apa dia mama ? jangan buat Fiya takut... " ujar aku.
"Papa dah tak ada....... " ujar mama sambil menahan air mata nya yang sudah tertakung di kantung matanya.
" Papa dah tak ada ........ ?!?!?... " tanya aku dengan pelik.
"Hah ! Fiya sini pun kau , kau lah laju-laju tu kenapa ?! Suruh aku teman tapi tinggalkan aku sorang ! " marah Aina.
Aina duduk di sebelah aku sambil termengah-mengah.
Aku tak mempedulikan amarah Aina , aku sedang cuba untuk memahami erti ayat mama.
" Ma...cepatlah cakap ! Fiya tak faham ?! Papa nak pergi mana ?! .. " marah aku.
"Eh Fiya ! Ni mama kau kan ! Cakap lah baik-baik ! " marah Aina.

" Papa dah meninggal dunia....." jawab mama dengan layu.
Tak...tam mungkin kenapa tiba-tiba ?!?!?
"Mu...stah...il...!! Tak mungkin !! Aina mama aku tipukan ?!?! "
Aku rasa seperti di alam mimpi .
Apa yang jadi ?!?!..
Aina tidak mengendahkan pertanyaan aku kerana dia pun turut terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ni.

"Fiya kena redha ya sayang..... " pujuk mama sambil memelukku.
Pipi aku yang kering telah menjadi basah kerana dibasahi dengan air mata aku yang mengalir dengan deras.
"Mama .....why...????... " kata aku sambil menangis.
"Fiya ... ni semua takdir Allah..kita kena terima.. " balas mama dengan lembut.
"Fiya kau jangan macam ni...kau kena percaya setiap umat manusia pasti akan mati juga...kau kan masih ada kitaorang.. " pujuk Aina sambil menahan air matanya daripada mengalir kerana dia pun turut sedih atas kematian arwah papa.

"Fiya jom kita jumpa papa untuk kali terakhir ... " ujar mama.
Aku hanya mengangguk.

Kami masuk ke dalam bilik wad.
Air mata aku terus laju mengalir kerana aku tak sangka...
Orang yang aku sayang , yang selalu berada di samping aku kini telah terkunjur kaku baring di atas katil.
Aku terus memeluk papa sambil menangis seesaknya..
Mama dan Aina tidak dapat lagi menahan tangisan mereka selepas melihat reaksi aku.
" Papa jahat ! papa tak sayang Fiya ! Papa sanggup pergi tinggalkan Fiya ! Fiya ada buat dosa besar ke dekat papa sampai perlu tinggalkan Fiya ?!?!...Papa tak rindu dekat Fiya ke ?! Dah lama kita tak jumpa...Bila Fiya nak jumpa papa..papa dah tak nak tengok Fiya..kenapa ?!?!?!.." meronta aku dengan tangisan yang menjadi-jadi sambil memukul badan papa aku yang kaku itu.
"Fiyaaa....... " mama memelukku dengan erat.
Aku terus terduduk ke lantai sambil dalam pelukan mama.
"Mama...papa dah tak ada ke ?!?!.." kata aku seperti tidak mempercayai apa yang berlaku sekarang ini.
"Redha Fiya...ingat Allah... " pujuk mama.
Lalu Aina turut memelukku sekali.
Aku tak dapat percaya yang semua ini berlaku..
Kerana seperti mimpi sahaja yang aku rasa sekarang ni.
"Papa dah tak sayang Fiya ! " ronta aku lagi , lalu mama berselawat ke telinga aku.
Makin lama , aku mula menjadi tenang sedikit.
Selepas aku menenagkan diri aku , kami keluar dari bilik wad.

***

"Mama , apa yang jadi sebenarnya ? " tanya aku sambil mengesat air mata aku.
Aku cuba redha dengan apa yang jadi sekarang ni..
"Papa dapat serangan jantung.... " jawab mama dengan layu.
"Macam mana papa boleh kena ? " tanya aku lagi..
"Ok , sebelum mama cerita ... mama nak cakap something dulu... " ujar mama.
"Mama nak cakap apa ? " tanya aku.
"Sekarang ni Farid ada dekat dalam wad.... " ujar mama.
"Hah ! Kenapa ?! " serentak aku dan Aina tanya.
"Dia pengsan bila dia datang rumah mama tadi... " balas mama.
"Pengsan ?! Macam mana boleh pengsan ?! Dia buat apa pergi dekat rumah mama ?! " bertalu-talu aku mangajukan soalan dengan perasaan yang terkejut.

Aku betul-betul tak faham dengan apa yang berlaku sekarang ni !
Apa sebenarnya yang berlaku ni ?!?
Kenapa orang yang aku sayang perlu disakiti ?!?
Kepala aku sangat pening kerana memikirkan perkara yang sedang terjadi sekarang ni secara tiba-tiba dan serentak !!
Aku keliru ?!?!?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience