Perjalanan kurasakan hampir sampai ke destinasi, tanganku dan kemejaku
kotor disebabkan oleh minyak hitam.
“Macam mana hendak hilangkan minyak ini ye??” tanyaku kepada si serak
dan si kemas.
“Bubuh dalam kabaid, lepas itu bubuh air dan cucuh api.... lepas itu
bukan sahaja minyak tak nampak bahkan kemeja-kemeja itu pun sekali
hilang,” si serak cuba berjenaka.
Abang tua, si kemas dan si pendiam tersenyum melihatkan telatah si serak
mengenakan aku.
“Ambil...,” si pendiam pelajar UTM memberikan petuanya dan aku percaya
kepada kata-katanya memandangkan jurusan memang berkaitan dengan minyak.
“Ambil 3 cawan air kelapa...” si kemas menyusulkan idea gilanya.
Aku hanya tersenyum memandang ke arahnya.
“Aku nak turun kat Ipoh jugalah...” ujar si serak apabila aku
memberitahu destinasiku.
“Turunlah kat Butterworth,” pelawa si kemas.
“Jangan...nanti dia ikut!” si serak menunding ke arah si kemas.
Aku diam dan memerhatikan gelagat mereka berdua. ‘Abang tua’ sudah tidak
ikut berbual mungkin kerana keletihan.
Akhirnya keretapi singgah ke destinasiku. Ema datang menghampiriku.
“Jun, jom turun,” ajak Ema.
“Apasal hang panggil nama aku!” aku yang sedari mula cuba merahsiakan
namaku.
Share this novel