“Lain kali saya nak syorkan agar dibuat 1 gerabak khas untuk budak-budak
DPA.” si kemas menyindirku.
“Di tepi-tepi dindingnya diletakkan bantal supaya senang mereka tidur,”
sambungnya lagi.
Aku mula mengetap bibirku tanda marah.
“Aku cekik kang!” ugutku.
“Alamat! Kalau budak DPA cekik...sure kita mati,” si kemas menepuk bahu
si serak sambil tersengih.
Aku mencapai payung di tepiku dan menyua-nyuakan ke perut di kemas dan
si serak.
“Alamak! Ada bakat jadi askar!” sindir si serak.
“Kat ITM ambil KESATRIA ke?” tanya si kemas.
“Tak...” jawabku pendek.
“Kalau tidak, bolehlah kita orang daftarkan nama awak untuk pi Kuwait,”
“Nampak ini!” aku menyua-nyuakan penumbukku.
Si Kemas dan si serak ketawa melihatkan telatahku. Si pendiam hanya
tersenyum manakala si abang tua tadi kelihatan benar-benar keletihan.
Suasana yang riuh di dalam keretapi ini menyukarkan aku untuk lena
tambahan pula di tempatku berdiri, minyak penyambung gerabak telah
mengotori begku. Tanganku juga hitam disebabkan minyak berkenaan. Aku
terus membuka zip begku untuk mengambil tisu. Sedang aku membuka
bungkusan tisuku.
“Boleh saya tumpang tanya? Mengapa perempuan suka bawa tisu?” si kemas
bersuara.
“Sebab senang orang lelaki nak bodek!” sindirku apabila dia mengambil
sehelai tisu untuk mengelap tangannya yang dipenuhi minyak hitam.
“Saya dah dapat satu pengajaran, jika kita ingin naik keretapi, kita
hendaklah memakai kain baju yang buruk dan saya kalau boleh lain kali
pakai kain buruuk yang mak saya gunakan buat lap lantai dapur,” ujarnya
cuba berjenaka.
‘Pakailah! Kalau hang pakai, sure sebijik macam orang yang terlepas dari
Tanjung Rambutan,’ getus hatiku.
‘Abang tua’ juga turut menyampuk dan perbualan mereka diakhiri dengan
hilai ketawa.
Suasana semakin larut, sebaik sahaja aku memerhatikan ke arah si kemas,
kulihat dia sedang duduk di atas begku.
“Apasal hang duduk atas beg aku? Ada ilmu di dalamnya....!!!”jeritku
sambil menumbuk punggungnya. Masya-Allah! Dimana datangnya keberanianku
ini...aku pun hairan.
“Saya tidak kesah, sebab saya dah habis menuntut ilmu..,”
Aku menarik begku sambil memasamkan mukaku kepadanya.
‘Ada ubi ada batas....’ getus hatiku sambil ligat berfikir untuk
mengenakan si kemas pula.
Setelah lama perjalanan diteruskan, aku pun mula bersuara.
“Boleh saya tumpang duduk atas beg jebon hang?”
Si kemas diam memerhatikanku.
Share this novel