“Oo... nama dia Jun,” ujar si kemas sambil merenung ke arah si serak.
Si kemas menghantarku sehingga ke pintu dan sempat berpesan.
“Ingat! 3 cawan air nyior dan semoga berjumpa lagi, Jun,”
Aku membalasnya dengan senyuman.
“Jadi itulah sebabnya engkau enggan naik keretapi lagi?”
“Bukan sebab itu... aku cuma takut berjumpa dengan orang lain pula dan
mengalami peristiwa yang sama,”
“Apa salahnya?”
“Kau tahu tak?.... sehingga kini aku masih tidak dapat melupakan
perbualan kami meskipun sudah hampir 2 tahun ia berlalu dan hampir 2
tahun jugalah aku menanti agar kami dipertemukan semula,”
“Kau gila???”
“Bukan bermakna aku minat kat dia tapi aku cuma berharap agar aku dapat
beg jebon dia dan kami kekal sebagai sahabat,”
“Kau ni kelakarlah,”
“Ya! Dan buat pertama kalinya aku mengerti akan ertinya sebuah
persahabatan. Meskipun aku tidak mengetahui namanya dan asal usulnya
tapi aku menghargai nasihatnya dan kerana nasihatnya itulah aku berjaya
mengekalkan CGPA aku di tahap 3.00 ke atas,”
“Aku berharap kau berjumpa dengannya, insya-Allah,”
“Insya-Allah, buat pertama kalinya aku berperasaan begini,”
“Kenapa kau tak berikan sahaja alamat kau padanya dulu?”
“Kau pun tahukan, aku telah dididik agar tidak mudah memberikan sesuatu
yang menjadi hakku kepada mereka yang tidak aku kenali,”
“Salah kau juga!”
“Aku juga ada egonya! Dan buat pertama kalinya aku menyesali keegoanku.
Share this novel