BAB 6

Drama Completed 258

“Bolehke?” aku mula tersengih-sengih. ‘Ada ‘can’lah aku nak kenakan dia
balik,’bisik hatiku.

“Hang bagi ke tidak?...aku tak peduli, aku nak duduk juga,” ugutku
sambil membaringkan beg jebonnya dan aku duduk di atasnya sambil
memerhatikannya. Dia merenungku.

“Saya tak tahu kenapalah saya begitu lemah bila digoda oleh perempuan,”
akui si kemas.

‘Kelakar habis!’ hatiku hampir sahaja tergelak.

“Dalamnya ada banyak dokumen penting,” ujar si kemas seolah-olah merayu
agar aku tidak lagi duduk di atas beg jebonnya.

Aku segera bangun dan melihatnya mula tersengih. Macam kerang busuk.

“Hang memang kedekut!” kataku sambil menghulurkan beg jebon kepadanya.

Si kemas membuka beg jebonnya dan mengeluarkan sebuah fail kepadaku. Aku
membukanya meskipun hatiku tertanya-tanya, ‘Apasal dia baik benar pulak
ini?’. Kulihat sijil SPMnya 1985. ‘Sebaya dengan Yeop!’ hatiku berkata lagi.

“Oo...budak King Edward, Taiping. Tempat budak jahat,” aku memberitahunya.

Dia juga menunjukkan Degreenya yang diperolehi dalam bidang town
planning dari universiti luar negeri. Bahkan dia juga menunjukkan tiket
penerbangannya.

‘Berlagak sungguh si kemas ini, sampai nak menunjuk-nunjuk kat aku
pula!’ getus hatiku.

“Nampaknya saya kena beri buah tangan kepada awak sebab tolong pegangkan beg saya,” ujarnya.

“Awak nak apa?” tanyanya seolah-olah memberikan aku peluang meminta.

“Aku nak beg jebon hang ni, glamor sebab ada lambang persekutuan,” jawabku.

“Kalau nak beg ini, kena tunggu la...sebab bila ada seminar sahaja baru
dapat, awak bagi alamat awak kat saya,”

“Alamat?? tak main ye!”bentakku marah. Akupun tidak tahu mengapa aku
tidak semena-mena menjadi geram bila dia meminta alamatku. Dia terdiam
mendengarkan bentakanku.

“Kalau camtu, minta yang lain,” nada suaranya ikhlas.

“Nak Neck-tie tu..”aku menunding ke poket kemejanya.

“Yang ini tak bolehlah...ini untuk ikat makwe,”dia memberikan alasan.

“Udahlah tu, kalau kedekut, cakap saja kedekut!” aku mula meninggikan
suaraku.

“Apa? Ingat makwe boleh di goda dan diikat dengan neck-tie tu?
kecualilah makwe tu beruk yang boleh diikat-ikat,” seranahku. Merah
padam muka si kemas. Lancang betul mulut aku.

Aku mula mendiamkan diriku. Si serak masih lagi berbual-bual dengan si
kemas dan sesekali melemparkan pandangan ke arahku. Tiba di satu stesen,
si serak bertanya.

“Hai amoi, kita orang nak beli air, hang hendak tak?”

“Tak payahlah...” jawabku pendek walaupun pada ketika itui aku sudah
kehausan tetapi bila mengenangkan kembali bahawa duit yang aku miliki
kini hanyalah cukup-cukup untuk tambang aku balik ke kampung.

Si serak membeli 5 bungkus air teh. Diberikannya setiap seorang dan juga
dihulurkan kepada aku sebungkus.

“Ambillah,”

“Siapa yang belanja?” tanyaku.

“Minum sajalah,” arah si kemas.

“Aku tanya siapa yang belanja supaya senang aku nak ucapkan terima
kasih,” terangku.

“Saya,” si kemas bersuara.

“Terima kasih!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience