BAB 3

Drama Completed 258

“Hah! kamu pula...?” tanya abang tua kepada seorang lagi pemuda yang
senyap di sisiku. Pendiam benar orangnya. Semasa ‘Three Stogges’
berborak-borak tadi, pemuda tadi hanya tersengih-sengih sahaja.

“UTM,”

“ITM? samalah dengan dia?” abang tua menuding ke arahku.

“Tak....UTM,”

“Ambil kursus apa?” tanyaku kepada pemuda yang pemalu itu.

“Petroleum,”

“Mesti pandai kimia!” usikku.

“Tak adalah!” jawab si pemalu seolah-olah merendahkan diri.

“Kalau cam tu.. tentu hang ini bodoh!” lancang sungguh mulutku tetapi
aku cepat-cepat menyembunyikan kebiadapanku. Three stogges memandang ke
arahku. Semacam.

“Bukan apa.... aku bagi hang 2 pilihan sahaja, pandai ataupun bodoh dan
hang kata hang tak pandai so aku ‘assume’kan yang hang ke alternatif
kedua iaitu bodoh!” jelasku kepadanya sambil tersenyum.

Pengalaman perjalanan menaiki keretapi ini sungguh membosankan.
Sudahlkah tersepit di celah-celah orang ramai, pemandangan luar langusng
tidak keruan. Bosan. ‘Si kemas’ dari tadi cuba membetul-betulkan
kedudukan beg bimbitnya. Serba salah sahaja gayanya.

“Bak aku pegang beg jebon hang tu...” pelawaku.

Entah dari mana datangnya sikapku yang terlampau peramah ini, aku pun
tak tahu sedangkan selama ini aku seorang yang begitu sombong dan tidak
suka berbual dengan orang yang tidak kukenali asal usulnya.

Si kemas seolah-oplah terkejut mendengarkan pelawaanku. Dia memerhatikan
aku dan aku hanya tersenyum.

“Bagi aku pegangkan tapi ingat! Mengkerasnya 50 sen sejam,” aku cuba
berjenaka.

“50 sen sikit sangat,” ujarnya sambil tersengih.

Kami berbual-bual di dalam keretapi, aku rasa akulah yang paling kuat
sekali kerana orang di gerabak lain memerhatikanku sedari awal perbualan
kami. Sesekali apabila aku mula mendiamkan diri, si kemas mula mengusikku.

“Sekarang di tahun berapa?”

“Tahun? Di ITM kami tak panggil tahun, cuba kami panggil ‘part’ sahaja,”
jawabku.

“Oo.. part, sekarang DPA part berapa?”

“Hish, buat apa menyebuk?” marahku kerana seboleh-bolehnya aku ingin
menyembunyikan bahawa aku masih di part 1.

“Sahajalah nak tahu...”

“Insya-Allah nanti grad juga...”

“Surelah awak tu grad, Grad nanti buat kat mana? Kat PWTC?”

‘Hish!! Mat seekor ini dah melampau...semuanya hendak dikoreknya,’
bentak hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience