“Di ITM ambil kursus apa?” tanya ‘abang tua’
“DPA,” jawabku pendek.
“Ooo... kursus itu tak banyak kerja.....”
“Siapa kata!” aku mula melenting.
‘Abang tua’ tadi terperanjat melihatkan telatahku.
“Adik saya sebab kawan-kawan dia yang ambil kursus itu semuanya kerja
dengan kerajaan,” jawab ‘abang tua’ ringkas.
“Janji mereka tak menanam anggur!” balasku sinis. ‘Ada hati juga ‘abang
tua ini nak bertekak dengan aku...’ bisik hati kecilku.
“ITM kat Melaka tu yang sebelah Fajar tu ya?” tanya pemuda yang
berpakaian kemas tadi seolah-olah ingin mengetahui sesuatu.
“Ya....,”
“Budak-budak ITM selalu lepak kat sana...rumput dekat padang sebelah ITM
pun botak sebab budak lalu-lalang pi Fajar,” sindirnya tajam.
Seorang pemuda yang berdiri di sisinya tersenyum mendengarkan sindiran
si kemas itu. Dia berambut mencecah bahu dan memang menarik tambahan
pula suaranya yang serak-serak. Aku menggelarnya si serak.
“Itu tak termasuk saya.....tapi bagi saya botak pun lawa jugakan....,”
sambil menjeling ke arah abang tua tadi. ‘Abang tua’ tadi
tersengih-sengih memandang ke arahku.
Sesekali si serak berbual-bual dengan si kemas dan abang tua. ‘Abang
tua’ menanyakan sesuatu kepada si kemas. Bila mengingatkan situasi ini
tiba-tiba sahaja aku mengingatkan akan siri komedi ‘Three Stogges’
“Kerja di mana?”
“Butterworth,”
“Kerja apa?”
“Bahagian perancang bandar...”
“Baru kerja?”
“Ya, bulan 6 dulu balik Malaysia...bulan 9 dapat kerja...”
“Tak lamalah menanam anggur ye?” gerutu abang tua sambil menjeling ke
arahku.
“Alhamdullillah. rezeki saya nampaknya,”
“Abang.....” abang tua mula memperkenalkan dirinya. Rupanya abang tua
ini pegawai polis. Tapi sekali imbas rupa samseng 6 jahanam pula
rasanya. Aku tersenyum sendirian. Abang tua, si kemas dan si serak
semakin rancak berbual-bual maklumlah ingin membuang perasaan bosan yang
berpanjangan di atas gerabak.
Si serak juga turut memperkenalkan dirinya.
“Saya ini kerja kilang saja. Kilang......”ujarnya sambil tersenyum.
‘La...awat suaranya mengancam!’ getus hati kecilku.
Share this novel