“Dapat biasiswa?” tanyanya lagi. Aku tertunggu-tunggu juga bila agaknya
dia akan berhenti bertanya.
“Tak,”
“After belajar nak buat apa?”
“Further study kat UIA, ambil Law,” jawabku ikhlas.
“Belajar betul-betul, boleh minta biasiswa JPA, abang dulu dapat
biasiswa JPA...” terangnya ikhlas.
‘Alamak! diapun dah kena badi si abang tua tadi,’ kutuk hatiku.
“Biasiswa JPA loaded juga ya?” tanyaku.
“Loaded le juga,”
“Abang saya pun dapat biasiswa tu..”
“Sekarang dia di mana?”
“Di Illinois,”
“Cik Adik...!” tiba-tiba dia memanggilku setelah perbualanku dengannya
terhenti seketika.
“Apa cik adik-cik adik ini!.... mengada-ngada saja bunyinya,” tempikku.
“Habis nak panggil apa? nama tak bagi,” si kemas mula mencuba
memancingku untuk mengetahui namaku.
“Panggil sahaja minah!” tegasku.
“Tak mahulah...” jawab si serak.
“Kita panggil ‘Hai Girl’ seperti SAM panggil dalam 2 + 1,” anjur si serak.
Perbualan kami berjalan lancar. Sesekali kata-kataku diketawakan oleh di
kemas dan si serak.
“Dulu sekolah di mana?”
“Buat apa nak tahu?” tanyaku kurang senang.
“Sahajalah..., kalau tak mahu cakap, saya teka,” ugut si kemas.
“Tekalah,”
“Henry Gurney!” spontan sahaja si kemas memberikan jawapannya.
“Apa?? Pasal apa pula aku Sekolah Henry Gurney?” bentakku marah.
“Sebab ada rupa tenaga pengajar di situ,” jawab si kemas lalu disambut
dengan hilai tawa dari si serak.
“Sek Ad-din..,” ujiku menduga sama ada mereka faham atau tidak.
“Sekolah apa tu?”
“Sekolah Agama S. A. S, Perak,”
“Jadi...ini ustazah rocklah?”perli si kemas.
Setiap kali orang bertanyakan sekolah lamaku, aku cuba menyembunyikannya
bukan kerana aku malu bersekolahkan di Sekolah agama tetapi kerana
mereka akan berkata bahawa aku ini ustazah blueslah, ustazah
rocklah...adilkah mereka yang hanya menghakimi aku melalui penampilan
luaranku?
Aku diam...dan cuba untuk melelapkan mataku.
Share this novel