BAB 3

Romance Completed 1795

“Cakap Aisyah... “Demi Allah, sungguh aku dapat mengagak, jika memang itu terjadi, maka engkau akan berduaan dengan salah seorang isterimu di rumahku pada esok harinya.” Hehehe. Kelakar kan, sayang?”

Zahiril gelak nipis. Saidatul mengambil ibrah dari pengkisahan itu tetapi untuk ketawa, tidak sama sekali. Perasaannya berkecamuk. Pun begitu melihat tawa si suami yang begitu lapang sekali, sedikit sebanyak menenangkan jiwanya. Asyik Saidatul menatap wajah tampan suami tercinta, dia melihat ada airmata yang tiba-tiba mengalir dari tubir mata Zahiril.

“Abang...kenapa ni?”

“Sayang...dada abang sakit sangat...” Zahiril nya akhirnya membuat pengakuan. Dia memegang dadanya. Peluh sudah merenik di dahi.

Menggigil Saidatul mencapai telefon. Nombor Engku Khalsom dihubunginya. Sebaik saja panggilan bersambut, tanpa salam, Saidatul terus memaklumkan.

“Mummy...abang Zahiril sakit dada tiba-tiba ni...”

Beberapa hari lagi hendak raya. Di hujung-hujung Ramadan, cinta dan iman Saidatul diuji untuk kesekian kali. Menurut doktor, jantung suaminya bengkak akibat jangkitan selsema. Virus yang menyebabkan serangan selsema ini dipercayai turut menjejaskan otot jantung. Lemah seluruh anggota Saidatul mendengarnya. Airmata dan ayat-ayat Allah menemaninya sepanjang hari.

“Sabarlah sayang. Mummy yakin Zahiril akan sihat semula...” Engku Zulaikha memujuk. Tengku Mustafar membiarkan isteri dan menantunya itu berbicara dari hati ke hati.

“Saidatul teruk mummy. Saidatul tak pandai jaga suami...” Saidatul merembeskan airmatanya dalam pelukan mertua yang dikasihi.

“Hisy, apa pulak cakap macam tu? Redha ye sayang...”

“Abang Zahiril sepanjang bulan Ramadan ni boleh dikatakan tiap-tiap malam ada saja aktivitinya. Tidak pernah berehat. Lepas habis terawih, malam tu dia bertadarus. Kemudian selepas tengah malam hingga pukul tiga pagi, dia dengan teman-teman sukarelawannya. Bila balik rumah, dia mandi. Saidatul ada perasan abang asyik bersin tapi tak sangka pula sampai macam ni jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience